Sebagai saluran bagi memastikan tindakan segera diambil oleh Auditi terhadap isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sekali gus menyelesaikan isu-isu tertunggak.
Memaklumkan orang awam secara dalam talian mengenai isu LKAN secara ringkas, padat dan tepat.
Menggalakkan ketelusan.
Sebagai pencetus tekanan untuk mempercepatkan penyelesaian isu yang dibangkitkan dalam LKAN.
Memperbaiki persepsi awam terhadap LKAN khususnya dan Jabatan Audit amnya.