KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
Isu : PENGURUSAN PROJEK - PROJEK PENGAWALAN HAKISAN PANTAI DI PANTAI KUALA NERUS, TERENGGANU
Dalam Tindakan :
a. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus, Terengganu merupakan projek sambungan daripada RMKe-11 yang diluluskan pada tahun 2018. Bagaimanapun, kelulusan projek ini ditangguhkan melalui surat Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi bertarikh 7 Jun 2018. Projek ini dimohon semula dan kemudiannya diluluskan sebagai projek baharu di bawah Rolling Plan 4 (RP4) RMKe-11 tahun 2019 oleh Unit Perancang Ekonomi. Maklumat projek adalah seperti dalam Jadual 8.
b. Kontrak antara JPS dan kontraktor yang telah ditandatangani pada 11 Disember 2023 menetapkan tanggungjawab Kontraktor untuk menyediakan Work Programme selaras dengan syarat-syarat Kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) 203A (Rev.1/2010), Klausa12.1 Programme...
Isu : KELEMAHAN PENTADBIRAN KONTRAK - LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES (LAD) RM404,399 BELUM DIKUTIP
Dalam Tindakan :
Liquidated and Ascertained Damages (LAD) RM404,399 Belum Dikutip
a. Klausa 40.1, Dokumen Kontrak menyatakan "If the Contractor fails to complete the Works by the Date for Completion or within any extended time granted pursuant to clause 43, the S.O. shall issue a Certificate of Non-Completion to the Contractor". Klausa 40.2 pula menyatakan "Without prejudice to the Government's right to terminate this Contract, when the S.O. issues the Certificate of Non-Completion, the Government shall be entitled to recover from the Contractor, Liquidated and Ascertained Damages calculated at the rate stated in Appendix from the date of the failure to...
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Isu : Kelewatan Penyiapan Keseluruhan Projek LPB Sabah Fasa 1
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Perjanjian PDP yang ditandatangani di antara Kerajaan dengan PDP, tempoh pembinaan dan penyiapan Projek LPB Sabah Fasa 1 sepanjang 706 km adalah selama 69 bulan (lima tahun sembilan bulan), bermula 11 April 2016 hingga 31 Disember 2021. Secara keseluruhan, status kemajuan fizikal Projek LPB Sabah Fasa 1 bagi 35 pakej kerja semasa penamatan PDP pada 21 September 2019 adalah 12.8% berbanding mengikut jadual 41.9% iaitu lewat 29.1%. Status kemajuan fizikal semasa penamatan PDP bagi 12 pakej kerja yang dalam pelaksanaan pula adalah antara 8.3% hingga 63.4% berbanding jadual antara 8.9% hingga 100%. Ini merangkumi sembilan projek lewat,...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Perancangan Projek - Tapak Projek Tidak Disediakan Sepenuhnya Sebelum Projek Dimulakan
Dalam Tindakan :
a. Garis Panduan Penyediaan RMKe-11 dan RMKe-12 menggariskan aspek pemilikan tanah adalah penting untuk memastikan projek sedia dilaksanakan. Permohonan bagi projek binaan tidak akan dipertimbangkan sehingga urusan perolehan dan pemilikan tanah selesai. Pihak pelanggan hendaklah mengesahkan tapak/tanah tiada bebanan/tuntutan dan sedia dimasuki oleh kontraktor menerusi maklum balas Pihak Berkuasa Tanah di Negeri. Tapak projek perlu siap sedia untuk dimasuki oleh kontraktor. Untuk itu, tapak perlu dipastikan bukan sahaja telah sempurna milik oleh Kerajaan malahan mempunyai kebenaran izin lalu bagi tapak milik orang perseorangan/pihak ketiga serta bebas daripada bebanan. Kementerian perlu memastikan perolehan tanah/tapak telah selesai terlebih dahulu sebelum memohon ...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pelaksanaan Projek - Tiada Kemajuan Fizikal Bagi Perubahan Reka Bentuk - WP01 dan WP02
Dalam Tindakan :
a. Klausa 24.1 kontrak WPC memperuntukkan bahawa SO boleh mengeluarkan APK dan sebarang perubahan yang diarahkan tidak membatalkan kontrak. Sebaik sahaja APK dikeluarkan, kontraktor hendaklah mematuhi arahan tersebut dengan serta-merta. Klausa 24.3 pula memperuntukkan bahawa sebarang perubahan kerja tidak melepaskan kontraktor daripada obligasi kontraknya. Selanjutnya, Klausa 25.1(a) memperuntukkan bahawa penilaian kadar harga bagi kerja perubahan yang mempunyai sifat dan keadaan pelaksanaan yang sama hendaklah menggunakan kadar yang terdapat dalam Bill of Quantities (BQ).
b. Klausa 25.2 memperuntukkan bahawa sekiranya kerja perubahan tidak dapat diukur atau dinilai dengan sewajarnya, SO boleh menggunakan kaedah daywork berdasarkan kos sebenar bahan, loji...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pelaksanaan Projek - Status Penyiapan Baki Kerja - WP04 dan WP10
Dalam Tindakan :
a. Sehingga 31 Mac 2026, terdapat dua pakej kerja yang sepatutnya disiapkan iaitu WP04 dan WP10 dengan tarikh sepatut siap selepas EOT masing-masing pada 12 November 2025 dan 14 November 2024. Kedua-dua WPC yang terlibat telah dikenakan LAD masing-masing berjumlah RM9.17 juta (WP04) dan RM32.59 juta (WP10). Butiran projek adalah seperti dalam Jadual 7.
b. Semakan Audit terhadap Laporan Kemajuan Kerja WP04 dan WP10 setakat 31 Mac 2026 serta lawatan susulan pada 6 dan 7 Mei 2026 mendapati baki kerja di tapak masih belum disiapkan antaranya seperti dalam Jadual 8.
c. Semakan Audit terhadap Laporan Kemajuan Bulan...
Isu : Pengurusan Projek - Pemantauan Melalui Sistem Maklumat Projek Tidak Berkesan
Dalam Tindakan :
a. Susulan penamatan Perjanjian PDP pada 22 September 2019, KKR telah meneruskan pelaksanaan Sistem Maklumat Projek yang digunakan PDP bagi Projek LPB Sabah Fasa 1A. Pada 23 Februari 2022, kontrak perkhidmatan sistem tersebut melibatkan Projek LPB Sabah Fasa 1A (15 Pakej Kerja) telah dimeterai KKR bagi tempoh 58 bulan 15 hari bermula pada 14 April 2021 hingga 28 Februari 2026 dengan nilai kontrak berjumlah RM28.53 juta. Skop projek ini merangkumi perolehan perkakasan, perisian, rangkaian serta perkhidmatan sistem maklumat. Butiran perkhidmatan Sistem Maklumat Projek tersebut adalah seperti dalam Jadual 9.
b. Sistem maklumat ini digunakan bertujuan untuk mengurus dan...
Isu : Pengurusan Projek - Ketidakpatuhan Perundangan, Peraturan dan Garis Panduan - Arahan Perubahan Kerja Diluluskan Melebihi Had Kuasa Melulus
Dalam Tindakan :
a. Perenggan 2.9 (i) (e) dan Jadual ll (Tender) Pekeliling Perbendaharaan PK 4.1 Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan Secara Am menyatakan sebelum mengeluarkan APK, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kerja tersebut benar-benar perlu dan ada peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan dan kelulusan hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa seperti dalam Jadual 10.
b. Berdasarkan had nilai perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus yang ditetapkan dalam Jadual ll PK 4.1, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah selaku SO bagi Projek LPB Sabah Fasa 1 boleh meluluskan APK dengan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan bagi kontrak...
Isu : Pengurusan Projek - ketidakpatuhan Perundangan, Peraturan dan Garis Panduan - Tuntutan Pengalihan Utiliti Bagi Pakej Kerja Siap Lewat Dilaksanakan
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Perenggan 6, Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 serta Surat Ketua Pengarah ICU bertarikh 30 Januari 2018, kos pengalihan dan pemasangan semula utiliti bagi projek Kerajaan yang terlibat dengan kawasan rizab ditanggung oleh syarikat utiliti berkenaan kecuali syarikat bekalan air negeri yang melaksanakan sistem pengagihan air. Berdasarkan Perenggan 11 dalam Garis Panduan yang sama, kos sebenar pengalihan dan pemasangan semula utiliti akan dibiayai terlebih dahulu menggunakan peruntukan Kerajaan. Setelah kos dimuktamadkan, tuntutan semula perlu dikemukakan oleh agensi pemilik kepada syarikat-syarikat utiliti. Kos ini hendaklah dituntut daripada...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pentadbiran Kontrak - Penyediaan Bill of Quantity (BQ) Terhadap Item Kerja Awalan
Dalam Tindakan :
Bill. No. 1 dalam BQ merupakan item-item yang diperlukan untuk membolehkan kerja-kerja utama dilaksanakan. Namun item ini bukan merupakan struktur kekal bagi sesebuah projek yang dilaksanakan. Item tersebut merangkumi item keperluan kontrak, bidang tugas SO, item keperluan projek dan tanggungjawab pihak kontraktor. Semakan Audit terhadap item kerja awalan mendapati perkaraberikut:
a. Penetapan Item Levi CIDB Dalam BQ
i. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Tahun 1994 [Akta 520] menghendaki kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan bernilai RM0.50 juta ke atas dikenakan levi berjumlah 0.25% daripada nilai kontrak.
ii. Perkara 3 dan 4 dalam surat yang...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pentadbiran Kontrak - penetapan Klausa Had Kelulusan Arahan Perubahan Kerja (APK)
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan had nilai perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus yang ditetapkan dalam Jadual ll PK 4.1, bagi kontrak yang melebihi RM10 juta, satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh SO boleh meluluskan APK dengan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta. Sekiranya melebihi had yang ditetapkan, perubahan kerja tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi atau KSP untuk kelulusan.
b. Semakan Audit terhadap Klausa 4.1(a) yang dinyatakan dalam 34 dokumen kontrak mendapati sebanyak tiga (8.8%) dokumen kontrak telah disediakan selaras dengan Jadual ll PK 4.1. Walau bagaimanapun, baki 31 (91.2%) dokumen kontrak tidak disediakan selaras dengan Jadual ll...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pentadbiran Kontrak - Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Sistem Maklumat Projek LPB Sabah Fasa 1A
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan PK 4.1, Perenggan 2.7 (i) (a) menyatakan perubahan kontrak dan pelanjutan tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan bagi perolehan Persekutuan boleh diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan tender asal dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perenggan (1) hingga (4). Seksyen 71, Akta Kontrak 1950 (Akta 136) pula memperuntukkan sebarang kerja, barangan atau perkhidmatan yang diberikan secara sah dan bukan secara percuma (non-gratuitous) hendaklah dibayar atau diberikan pampasan yang munasabah oleh pihak yang menerima dan menikmati manfaatnya.
b. Klausa 6.3 (a) Pembayaran Perkhidmatan Syarikat, Kontrak Sistem Maklumat Projek menyatakan sebagai balasan bagi pelaksanaan perkhidmatan tersebut, Kerajaan hendaklah membayar...
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Isu : Pengurusan Projek - Tuntutan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Belum Diselesaikan
Dalam Tindakan :
a. GP Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 bagi pelaksanaan semua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) (baharu dan sambungan) menetapkan:
i. Perenggan 6 - kos pengalihan dan pemasangan semula utiliti bagi projek Kerajaan yang terlibat dengan kawasan rizab Persekutuan dan Negeri, ditanggung oleh syarikat utiliti berkenaan kecuali syarikat bekalan air negeri yang melaksanakan sistem pengagihan air.
ii. Perenggan 9 - kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti akan dilaksanakan oleh kontraktor utama melalui Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum) atau Kerja Binaan (Builder’s Work) yang disediakan dalam kontrak dengan mematuhi syarat ditetapkan.
iii. Perenggan...
Isu : Pengurusan Projek - Project Information System Agreement for Phase 1 Pan Borneo Sarawak Highway Project (Sistem Maklumat Projek) - Pengurusan Perjanjian Sistem Maklumat Projek
Dalam Tindakan :
i. Sepanjang tempoh pelaksanaan Projek LPB Sarawak di bawah kaedah PDP (Julai 2016 hingga 22 Februari 2020), Syarikat 1164980-W telah dilantik untuk mengendalikan Sistem Maklumat Projek. Susulan penamatan Perjanjian PDP pada 20 Februari 2020, MJM pada 24 Julai 2020 telah memberi kelulusan secara prinsip kepada KKR untuk meneruskan pelaksanaan sistem dengan melantik semula Syarikat 1164980-W secara rundingan terus dengan kos siling berjumlah RM40 juta.
ii. Pada 10 Mac 2022, Perjanjian Project Information System Agreement for Phase 1 Pan Borneo Sarawak Highway Project (Sistem Maklumat Projek) telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh KKR dengan Syarikat 1164980-W bagi tempoh 45 bulan...
Isu : Pengurusan Projek - Project Information System Agreement for Phase 1 Pan Borneo
Sarawak Highway Project (Sistem Maklumat Projek) - Bayaran Perkhidmatan Sistem Maklumat Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
Dalam Tindakan :
i. Klausa 6.3(a) Pembayaran Perkhidmatan Syarikat, Perjanjian Sistem Maklumat Projek menyatakan sebagai balasan bagi pelaksanaan perkhidmatan tersebut, Kerajaan hendaklah membayar harga perjanjian kepada syarikat tertakluk kepada amaun siling tetap, dan dalam keadaan di mana kos sebenar yang ditanggung dalam pelaksanaan perkhidmatan tersebut tidak melebihi amaun siling perjanjian, pelarasan ke bawah boleh dibuat selaras dengan Appendix 5 Perjanjian ini.
ii. Semakan Audit terhadap Arahan Pembayaran (AP) mendapati sejumlah RM32.07 juta telah dibayar melalui lapan AP dari tahun 2021 hingga 2024 sebagai balasan perkhidmatan yang telah dibuat. Bayaran tersebut telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pasukan Projek Sistem Maklumat Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
iii. Semakan...
Isu : Pengurusan Projek - Project Information System Agreement for Phase 1 Pan Borneo
Sarawak Highway Project (Sistem Maklumat Projek) - Penyerahan Aset Sistem Maklumat Projek
Dalam Tindakan :
i. Perenggan 5.3. (e) Deliverable Hardware and Third Party Software, Perjanjian Sistem Maklumat Projek menyatakan, the ownership of each deliverable hardware shall pass to the Government upon the acceptance of the deliverable hardware in accordance with Clause 5.9 of this Agreement.
ii. Perenggan 3, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan A.M 2.3 Pendaftaran menyatakan, aset alih yang diterima melalui pembelian dengan wang Kerajaan, yang disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui hadiah, pindahan dan melalui proses perundangan atau perjanjian hendaklah didaftarkan.
iii. Semakan Audit mendapati KKR telah menerima 20 unit Zebra Mobile Inspection Tablet bernilai RM205,800 dengan Nota Penghantaran bertarikh 18...
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
Dalam Tindakan :
a. Projek PLSB Fasa 1 dilaksanakan meliputi kawasan Tumpat dan Pasir Mas dengan kos siling diluluskan berjumlah RM881.10 juta meliputi kerja-kerja pembinaan dan bekalan, pengalihan utiliti, perunding, pengambilan tanah dan kerja ukur serta kerja Penyiasatan Tanah [Soil Investigation (SI)]. Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Perunding dengan nilai kontrak asal berjumlah RM198.02 juta. Nilai kontrak semasa telah meningkat kepada RM601.20 juta setelah mengambil kira perubahan skop dan Arahan Perubahan Kerja (APK). Antara faktor peningkatan kos ialah perubahan skop melibatkan Jalan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN). Pewartaan Jalan KESBAN sebagai Jalan Persekutuan pada 24 Julai 2017 telah mengubah skop projek, di mana konsep...
Isu : Pengambilan Balik Tanah Yang Belum Diselesaikan Menjejaskan Pelaksanaan Projek
Selesai :
a. Garis Panduan Penyediaan RMKe-11 (2016–2020) dan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008 menetapkan urusan perolehan dan pemilikan tanah hendaklah diselesaikan sebelum projek binaan dimulakan bagi memastikan tapak projek sedia untuk dilaksanakan.
b. Semakan Audit mendapati Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 telah dimulakan sebelum proses pengambilan balik tanah diselesaikan sepenuhnya, bertentangan dengan ketetapan bahawa projek binaan hanya boleh dimulakan selepas urusan perolehan dan pemilikan tanah selesai.
c. Merujuk kepada Minit Mesyuarat Teknikal Bil. 20 bertarikh 18 Ogos 2021, pewartaan semula telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)....
Isu : Kelemahan Pembinaan Rumah Pam
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Detailed Design Report (2010), Kerja Penyiasatan Tanah tambahan diperlukan bagi reka bentuk terperinci struktur manakala Garis Panduan Perancangan Kerja Penyiasatan Tanah dan Ujian Makmal JKR 2019 menyatakan kerja SI perlu dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan parameter tanah, batuan dan air tanah untuk reka bentuk dan kaedah pembinaan yang optimum. Merujuk kepada Jadual 2 dalam Garis Panduan tersebut, bilangan penyiasatan yang diperlukan adalah satu borehole (BH) bagi setiap blok bangunan sampingan (1BH/Blok) dan kriteria penamatan bagi tanah lembut (marine clay) untuk kerja BH adalah N = 50 berturut-turut sehingga lima kali hentaman atau kedalaman maksimum 45 meter (mana terlebih...
Isu : Kelewatan Pembinaan Jambatan Kekal
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan dokumen kontrak, kontraktor dikehendaki menyiapkan empat buah jambatan dengan kos keseluruhan berjumlah RM3.65 juta. Berdasarkan CPM Laporan Kemajuan Projek No. 97, tarikh mula pembinaan keempat-empat jambatan adalah antara 1 Jun 2024 hingga 14 Jun 2025 dan tarikh siap antara 1 Julai 2026 hingga 16 Julai 2026. Berdasarkan Consultancy Service Agreement (CSA) 2019, Appendix 1: Terms of Reference, Perkara 4.0 (Main Scope of Services) dan Perkara 4.2 (Home Office Support), perunding bertanggungjawab untuk menyediakan lukisan pembinaan, memberi sokongan teknikal sepanjang tempoh pembinaan serta memastikan kerja dilaksanakan mengikut reka bentuk, spesifikasi dan amalan kejuruteraan yang baik.
b....
Isu : Pembinaan Alur Limpah (Spillway) Sementara
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE) Bil. 1 Tahun 2015 dan Garis Panduan Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK) menetapkan skop, fungsi asas projek dan anggaran kos hendaklah ditentukan dengan jelas semasa perancangan projek. Selain itu, Department of Irrigation and Drainage (DID) Manual
Volume 1, Chapter 10 Design Criteria and Design Considerations menetapkan reka bentuk ban hendaklah mengambil kira aspek kestabilan struktur, kawalan limpahan dan faktor reka bentuk yang berkaitan bagi memastikan sistem perlindungan banjir berfungsi dengan berkesan.
b. Berdasarkan dokumen kontrak, Ban Lanchang Lemal sepanjang 19.84 kilometer direka sebagai struktur tebatan banjir kekal di tebing kanan Sungai Lanchang...
Isu : Kelemahan Kontrak Perunding
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan PK 3.1. Perenggan 8 berkenaan Terma Rujukan [Terms of Reference (TOR)] Perunding menyatakan Agensi bertanggungjawab dalam menyediakan TOR bagi sesuatu projek yang ingin dilaksanakan. TOR yang jelas dan lengkap adalah penting untuk memastikan perunding dapat memahami keperluan projek yang ingin dilaksanakan dan seterusnya memastikan kelancaran sesuatu projek. TOR hendaklah mengandungi antaranya skop perkhidmatan perunding yang menjelaskan semua aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh perunding serta output yang dikehendaki. Klausa 5.1(a) dan (b) Perjanjian Perkhidmatan Perunding (CSA) menetapkan bahawa perunding hendaklah melaksanakan perkhidmatan dengan standard profesional, kemahiran, perhatian dan ketelitian yang munasabah.
b. JPS telah melantik...
Isu : Kemungkiran/Pelanggaran Kontrak
Dalam Tindakan :
a. Klausa 5.1 (a) dan (b) CSA menetapkan perunding hendaklah melaksanakan perkhidmatan dengan standard profesional, kemahiran, perhatian dan
ketelitian yang munasabah. Klausa 5.4 (b) pula menyatakan, perunding hendaklah hadir sendiri atau melalui wakil ke semua mesyuarat yang diadakan
oleh pihak Kerajaan apabila dijemput. Perunding juga perlu memberi nasihat dan bantuan kepada Kerajaan untuk semua hal berkaitan perkhidmatannya.
b. Klausa 10.2 CSA memperuntukkan bahawa sekiranya perunding gagal melaksanakan obligasi atau melanggar mana-mana terma perjanjian, Kerajaan hendaklah mengeluarkan notis bertulis dan memberikan tempoh pemulihan selama 14 hari. Sekiranya kemungkiran gagal dipulihkan dalam
tempoh tersebut, Kerajaan berhak mengambil tindakan lanjut termasuk...
Isu : Kelemahan Penyediaan Kontrak Perunding
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan klausa 5.3. (a) dalam perjanjian CSA 2019, “if the CE fails to deliver any Deliverables by the due date(s) agreed by both parties as specified
in Appendix 5 of this Agreement without reasonable cause, the CE shall pay Liquidated and Ascertained Damages (LAD) to the Government for the delay.
The period of delay shall be calculated beginning from the scheduled delivery date and ending on the actual date as delivered and submitted to the Government.†Perjanjian memperuntukkan pengenaan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) sekiranya perunding gagal menyerahkan deliverables yang dipersetujui pada tarikh yang ditetapkan seperti dalam Appendix...
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Isu : TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN - Pinjaman Tidak Pernah Dibayar Balik
Dalam Tindakan :
2.4.1. Analisis Audit mendapati termasuk dalam 190 pinjaman tertunggak berjumlah RM8.084 bilion adalah 66 pinjaman berjumlah RM4.637 bilion (57.4%) yang tidak pernah dibayar balik sejak jadual bayaran balik berkuat kuasa antara tahun 1981 hingga 2025. Jumlah ini merujuk kepada anuiti yang telah melebihi tempoh matang. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 3.
2.4.2. Analisis Audit selanjutnya mendapati lima peminjam terdiri daripada tiga syarikat dan dua Kerajaan Negeri mencatatkan tunggakan tertinggi yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM4.502 bilion (97.1%) sejak jadual bayaran balik berkuat kuasa antara dua hingga 26 tahun. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 4.
Isu : TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN- Pinjaman Telah Tamat Tempoh Bayaran Balik
Dalam Tindakan :
2.5.1. Analisis Audit mendapati 14 peminjam mempunyai sebanyak 39 pinjaman tertunggak berjumlah RM4.766 bilion (59%) yang telah tamat tempoh bayaran balik antara satu hingga 42 tahun. Pinjaman ini masih belum dikutip sepenuhnya seperti dalam Jadual 5.
2.5.2. Analisis Audit selanjutnya mendapati lima peminjam terdiri daripada tiga syarikat, satu Kerajaan Negeri dan satu badan berkanun mencatatkan tunggakan tertinggi berjumlah RM4.364 bilion (91.6%) melibatkan pinjaman yang telah tamat tempoh bayaran balik antara satu hingga 28 tahun. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 6.
Isu : PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN - Pinjaman Distruktur Semula Masih Tertunggak
Dalam Tindakan :
Sehingga 31 Disember 2025, jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman baharu selepas penstrukturan pada tahun 2025 adalah berjumlah RM16.15 juta (61.4%). Tunggakan ini melibatkan lapan pinjaman baharu oleh tiga peminjam. Kerajaan Negeri Melaka merekodkan tunggakan tertinggi melibatkan empat pinjaman berjumlah RM11.93 juta (68.1%), diikuti oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Kerajaan Negeri Perlis dengan tunggakan berjumlah RM2.77 juta (100%) dan RM1.45 juta (24.1%) yang masing-masing melibatkan dua pinjaman. Butiran lanjut berkaitan prestasi bayaran balik pinjaman baharu yang telah distruktur semula adalah seperti dalam Jadual 10.
JABATAN LAUT MALAYSIA
Isu : Pengurusan Bayaran Akaun Amanah Khas - Jabatan Laut Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia
Dalam Tindakan :
TIADA PUNCA KUASA BAGI BAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN MENGGUNAKAN DANA KWDA DAN KWPPL
2.1. Perlembagaan Persekutuan menetapkan segala hasil, wang yang didapatkan atau diterima oleh Persekutuan dengan cara apa sekalipun hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Subseksyen 7(c) Akta 61 menyatakan Kumpulan Wang Amanah yang dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah Wang Awam. Subseksyen 6(1) Akta 61 pula menyatakan pengurusan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan pengawasan, kawalan dan arahan bagi semua perkara berhubung dengan hal-ehwal kewangan Persekutuan yang tidak diserahkan dengan khususnya kepada mana-mana orang lain oleh mana-mana undang-undang lain hendaklah, tertakluk kepada Persekutuan dan...
Dalam Tindakan :
BAYARAN ELAUN DAN KEMUDAHAN TANPA PUNCA KUASA YANG DIBAYAR PADA TAHUN 2025
3.1. Pada 31 Disember 2025, baki KWDA adalah berjumlah RM273.12 juta dengan terimaan tahun 2025 berjumlah RM103.48 juta dan bayaran tahun 2025 berjumlah RM131.98 juta. Baki KWPPL pada 31 Disember 2025 adalah berjumlah RM24.72 juta dengan terimaan tahun 2025 berjumlah RM5.81 juta dan bayaran tahun 2025 berjumlah RM6.77 juta. Termasuk dalam perbelanjaan tersebut adalah bayaran elaun dan kemudahan berjumlah RM2.55 juta yang melibatkan dana KWDA dan KWPPL.
3.2. Semakan Audit terhadap perbelanjaan KWDA bagi tahun 2025 mendapati RM2.31 juta dana KWDA telah digunakan bagi tujuan bayaran elaun dan kemudahan kepada...
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dapat Dikutip
Dalam Tindakan :
Bagi lima syarikat berstatus bubar selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2012, WPK berjumlah RM12.83 juta telah diberikan dan hanya RM2.15 juta (16.8%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK yang berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip melibatkan tiga syarikat di KPM. ABT WPK berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip balik daripada syarikat berstatus bubar kerana syarikat tidak lagi mempunyai kapasiti untuk dikenakan tindakan undang-undang atau dipertanggungjawabkan terhadap liabilitinya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
Dalam Tindakan :
Bagi 13 syarikat telah digulungkan selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2013, WPK berjumlah RM50.85 juta telah diberikan dan hanya RM23.09 juta (45.4%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK berjumlah RM27.76 juta tidak dapat dikutip sepenuhnya melibatkan 11 syarikat di KPM. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
Dalam Tindakan :
WPK berjumlah RM49.79 juta telah diberikan kepada enam syarikat berstatus aktif yang telah dikeluarkan Notis Penamatan antara tahun 2008 hingga 2024. Daripada jumlah tersebut, hanya sejumlah RM19.42 juta (39%) dapat dikutip menyebabkan ABT WPK berjumlah RM30.37 juta seperti berikut:
a. tiga syarikat telah diberi Notis Penamatan melebihi 10 tahun, melibatkan satu projek KPM.
b. tiga syarikat telah diberi Notis Penamatan kurang daripada lima tahun, melibatkan satu projek KPM. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dilaporkan
Dalam Tindakan :
Semakan Audit mendapati dua projek, iaitu di melibatkan KPM telah dikeluarkan Notis Penamatan masing-masing pada 22 Mei 2025. Walau bagaimanapun, baki WPK berjumlah RM5.67 juta yang belum dikutip bagi kedua-dua projek tersebut tidak dilaporkan sebagai ABT pada tahun 2025 seperti dalam Jadual 9. Pihak Audit mendapati syarikat yang melaksanakan projek KPM telah digulung pada 13 Januari 2025 berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dapat Dikutip
Dalam Tindakan :
Bagi 13 syarikat telah digulungkan selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2013, WPK berjumlah RM50.85 juta telah diberikan dan hanya RM23.09 juta (45.4%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK berjumlah RM5.83 juta tidak dapat dikutip sepenuhnya melibatkan satu syarikat di KKR. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dapat Dikutip
Dalam Tindakan :
Bagi lima syarikat berstatus bubar selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2012, WPK berjumlah RM12.83 juta telah diberikan dan hanya RM2.15 juta (16.8%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK yang berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip melibatkan satu syarikat di MINDEF. ABT WPK berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip balik daripada syarikat berstatus bubar kerana syarikat tidak lagi mempunyai kapasiti untuk dikenakan tindakan undang-undang atau dipertanggungjawabkan terhadap liabilitinya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
Dalam Tindakan :
WPK berjumlah RM49.79 juta telah diberikan kepada enam syarikat berstatus aktif yang telah dikeluarkan Notis Penamatan antara tahun 2008 hingga 2024. Daripada jumlah tersebut, hanya sejumlah RM19.42 juta (39%) dapat dikutip menyebabkan ABT WPK berjumlah RM30.37 juta seperti berikut:
a. Tiga syarikat telah diberi Notis Penamatan melebihi 10 tahun, melibatkan satu projek MINDEF. Satu syarikat di MINDEF merupakan tuntutan WPK yang tidak boleh dibawa ke perundangan disebabkan telah melebihi tempoh had masa di bawah peruntukan Akta Had Masa 1953 [Akta 254]. Kelewatan ini disebabkan MINDEF sedang menyusuli dengan Polis Diraja Malaysia berkenaan status kes jaminan insurans palsu oleh...
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dapat Dikutip
Dalam Tindakan :
WPK berjumlah RM49.79 juta telah diberikan kepada enam syarikat berstatus aktif yang telah dikeluarkan Notis Penamatan antara tahun 2008 hingga 2024. Daripada jumlah tersebut, hanya sejumlah RM19.42 juta (39%) dapat dikutip menyebabkan ABT WPK berjumlah RM30.37 juta seperti berikut:
b. Tiga syarikat telah diberi Notis Penamatan kurang daripada lima tahun, melibatkan dua projek MOT. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dilaporkan
Dalam Tindakan :
Semakan Audit mendapati dua projek, melibatkan MOT telah dikeluarkan Notis Penamatan masing-masing pada 25 Mac 2022. Walau bagaimanapun, baki WPK berjumlah RM5.67 juta yang belum dikutip bagi kedua-dua projek tersebut tidak dilaporkan sebagai ABT pada tahun 2025 seperti dalam Jadual 9. Pihak Audit mendapati syarikat yang melaksanakan projek MOT masih aktif berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Isu : Akaun Belum Terima Wang Pendahuluan Kontraktor Tidak Dapat Dikutip
Dalam Tindakan :
Bagi lima syarikat berstatus bubar selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2012, WPK berjumlah RM12.83 juta telah diberikan dan hanya RM2.15 juta (16.8%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK yang berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip melibatkan satu syarikat di KDN. ABT WPK berjumlah RM10.68 juta tidak dapat dikutip balik daripada syarikat berstatus bubar kerana syarikat tidak lagi mempunyai kapasiti untuk dikenakan tindakan undang-undang atau dipertanggungjawabkan terhadap liabilitinya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
Dalam Tindakan :
Bagi 13 syarikat telah digulungkan selepas penamatan kontrak antara tahun 2008 hingga 2013, WPK berjumlah RM50.85 juta telah diberikan dan hanya RM23.09 juta (45.4%) dapat dikutip. Keadaan ini menyebabkan ABT WPK berjumlah RM27.76 juta tidak dapat dikutip sepenuhnya melibatkan satu syarikat di KDN. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.
Dalam Tindakan :
WPK berjumlah RM49.79 juta telah diberikan kepada enam syarikat berstatus aktif yang telah dikeluarkan Notis Penamatan antara tahun 2008 hingga 2024. Daripada jumlah tersebut, hanya sejumlah RM19.42 juta (39%) dapat dikutip menyebabkan ABT WPK berjumlah RM30.37 juta seperti berikut:
a. Tiga syarikat telah diberi Notis Penamatan melebihi 10 tahun, melibatkan satu projek KDN. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Isu : Pengusiaan ABT Kos Pengalihan Utiliti
Dalam Tindakan :
2.2. Semakan Audit mendapati ABT kos pengalihan utiliti berjumlah RM90.50 juta yang melibatkan 36 tuntutan kepada enam syarikat utiliti. ABT tertinggi melibatkan Syarikat 199001009294 berjumlah RM64.54 juta (71.3%), diikuti Syarikat 198401016183 berjumlah RM16.03 juta (17.7%). Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.
2.3. Analisis Audit terhadap laporan pengusiaan ABT mendapati sejumlah RM84.05 juta (92.8%) daripada keseluruhan tunggakan telah melebihi 12 bulan. ABT yang berusia 37 hingga 72 bulan adalah yang tertinggi, iaitu RM42.39 juta (46.8%) melibatkan 12 tuntutan, diikuti ABT berusia 13 hingga 36 bulan berjumlah RM39.13 juta (43.2%) melibatkan 10 tuntutan, manakala ABT berusia melebihi 73 bulan berjumlah...
Isu : KETEPATAN PELAPORAN ABT
Dalam Tindakan :
3.3. Semakan Audit mendapati tujuh tuntutan melibatkan tiga projek RMKe-10 berjumlah RM30.46 juta telah direkodkan sebagai ABT bagi bayaran balik kos pengalihan utiliti setakat 31 Disember 2025. Kos tersebut tidak sepatutnya dituntut semula daripada syarikat utiliti kerana dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan selaras dengan GP Utiliti RMKe-10. Keadaan ini menyebabkan rekod ABT yang dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum di Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 terlebih nyata sejumlah RM30.46 juta, sekali gus menjejaskan ketepatan rekod ABT dan pelaporan kewangan berkaitan bayaran balik kos pengalihan utiliti. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.
3.4. Semakan Audit terhadap rekod yang diselenggara...
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Isu : Kelewatan Kemajuan Fizikal Keseluruhan
Dalam Tindakan :
Implementation Schedule SC 6 menetapkan PHO bagi lima LCS dilaksanakan secara berperingkat mulai 26 Ogos 2026 hingga 26 April 2029. Butiran adalah seperti dalam Jadual 3.
Semakan Audit mendapati projek LCS yang dimulakan semula pada bulan Mei 2023 masih belum mencapai prestasi kemajuan fizikal yang ditetapkan. Sehingga 25 Jun 2026, prestasi kemajuan fizikal keseluruhan projek mencapai 78.99% berbanding 86.54% yang dirancang, iaitu lewat 7.55%. Bagi tempoh 18 bulan bermula pada 25 Januari 2025 hingga 25 Jun 2026, kemajuan fizikal sebenar meningkat 7.70% berbanding peningkatan 13.91% yang dirancang. Prestasi ini menyebabkan jurang kelewatan meningkat daripada 1.34% kepada 7.55%,...
Isu : Elemen Equipment Kelewatan Pembekalan Peralatan Major
Equipment System dan Non-Major Equipment System
Dalam Tindakan :
Jadual 1 (Implementation Schedule) dalam SC 7 menetapkan pembekalan 167 peralatan bagi setiap LCS, terdiri daripada 38 unit MES dan 129 unit Non-MES. Bagi LCS 1, penerimaan MES dan Non-MES ditetapkan selewat-lewatnya pada 25 Februari 2025 dan 25 Ogos 2025. Bagi LCS 2 pula, penerimaan MES ditetapkan pada 25 Mac 2026, manakala Non-MES pada 25 November 2025.
Semakan Audit terhadap Laporan Kemajuan Bulanan setakat 25 Jun 2026 mendapati pembekalan 10 peralatan LCS 1 dan 19 peralatan LCS 2 masih belum diselesaikan walaupun telah melepasi tarikh penerimaan yang ditetapkan dalam Implementation Schedule SC 7. Bagi LCS 1, 10...
Isu : Rigid Hull Inflatable Boat
Dalam Tindakan :
Klausa 3.1.1 Kontrak Utama menetapkan Pembekal hendaklah mereka bentuk kapal mengikut CBS dan reka bentuk tersebut hendaklah mendapat kelulusan Kerajaan. Schedule 2A (CBS) Perenggan 5830.1.3.4 pula menetapkan RHIB hendaklah mencapai kelajuan maksimum sekurang-kurangnya 40 knot pada muatan penuh dalam Sea State 1 (keadaan laut tenang dengan ketinggian ombak sehingga 0.1 meter 1) dan berupaya beroperasi pada Sea State 5 (keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 4.0 meter). Bagi pemasangan RHIB, had berat maksimum 4,500 kg ditetapkan pada peringkat reka bentuk bagi memastikan pematuhan terhadap Safe Working Load (SWL) Boat Davit (kren pengangkat RHIB) sebanyak 45 kN...
Isu : Elemen Construction Kelewatan Kerja Piping dan Cabling
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Jadual 1 (Implementation Schedule) SC 7, kerja piping dan cabling bagi LCS 1 hendaklah disiapkan masing-masing selewat-lewatnya pada 17 September 2025 dan 2 September 2025, manakala bagi LCS 2 kedua-dua kerja tersebut hendaklah disiapkan selewat-lewatnya pada 10 Mac 2026.
Semakan Audit mendapati sehingga 25 Jun 2026, kemajuan kerja piping bagi LCS 1 dan LCS 2 masing-masing mencapai 87.70% dan 74.73% berbanding sasaran 100%, iaitu lewat 12.30% dan 25.27%. Kelewatan ini melibatkan 4,113 pipe spool disebabkan oleh perubahan reka bentuk yang memerlukan pelaksanaan kerja semula (rework) termasuk rerouting paip bagi memenuhi sasaran prestasi dan menyelesaikan isu clashing.
Isu : Elemen Trial and Commissioning Kelewatan Penyediaan dan Kelulusan Acceptance Test Procedure
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Jadual 1 (Implementation Schedule) dalam SC 7, trial and commissioning bagi LCS 1 dijadualkan dilaksanakan mulai 3 Mac 2025 hingga 26 Ogos 2026, manakala bagi LCS 2 mulai 21 Ogos 2025 hingga 26 April 2027. Ketersediaan ATP yang diluluskan merupakan antara keperluan bagi membolehkan aktiviti pengujian dilaksanakan mengikut jadual.
Semakan Audit terhadap MKK Bil. 137 bertarikh 16 Julai 2026 mendapati penyediaan dan kelulusan ATP masih belum diselesaikan walaupun tempoh trial and commissioning bagi LCS 1 dan LCS 2 telah bermula. Daripada keseluruhan 526 ATP, sejumlah 282 ATP (53.61%) telah diluluskan oleh PPLCS, manakala 244 ATP (46.39%) masih...
Isu : Bayaran Kemajuan Tidak Dituntut Mengikut Jadual Pembayaran
Dalam Tindakan :
Klausa 10A.1 hingga 10A.5 SC 6 menetapkan bayaran kemajuan hendaklah berdasarkan kemajuan kerja sebenar yang disahkan Kerajaan serta memenuhi Checkpoint dan deliverables dalam Lampiran A dan Lampiran B, Jadual 5B. Kontraktor mengemukakan tuntutan kemajuan kerja beserta dokumen sokongan dan bayaran hanya boleh dibuat selepas SOP dikeluarkan.
Tuntutan bayaran kemajuan oleh Kontraktor tidak dibuat mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan. Daripada 65 bayaran kemajuan berjumlah RM695.15 juta yang dibuat dalam tempoh Januari 2025 hingga Jun 2026, sebanyak 50 bayaran kemajuan berjumlah RM674.60 juta telah lewat antara satu hingga 17 bulan berbanding jadual pembayaran yang ditetapkan. Ini menunjukkan kelewatan...
Isu : Bayaran Kemajuan Belum Dituntut
Dalam Tindakan :
Klausa 10A.1 hingga 10A.5 SC 6 menetapkan bayaran kemajuan hendaklah berdasarkan kemajuan kerja sebenar yang disahkan Kerajaan serta memenuhi Checkpoint dan deliverables dalam Lampiran A dan Lampiran B, Jadual 5B. Kontraktor mengemukakan tuntutan kemajuan kerja beserta dokumen sokongan dan bayaran hanya boleh dibuat selepas SOP dikeluarkan.
Terdapat bayaran kemajuan yang masih belum dituntut walaupun telah melepasi jadual pembayaran yang ditetapkan.
Sehingga 25 Jun 2026, sebanyak 39 bayaran kemajuan berjumlah RM764 juta masih belum dibuat tuntutan oleh Kontraktor walaupun telah melepasi jadual tuntutan yang ditetapkan dengan kelewatan antara satu hingga 12 bulan. Butiran adalah seperti dalam Jadual...
Isu : Pengurusan Integrated Logistics Support and Trial Aids
Dalam Tindakan :
Minit Kick-Off Meeting Projek ILS-TA Bil. 1/2025 bertarikh 13 November 2025 menetapkan skop ILS-TA bagi LCS 1 hendaklah diselesaikan dalam tempoh 18 bulan mulai 1 Januari 2026 atau selepas kontrak dimuktamadkan, manakala keseluruhan skop bagi LCS 1 hingga LCS 5 dijadualkan selesai pada bulan Mei 2029. Bagaimanapun semakan Audit mendapati sehingga 25 Jun 2026, kemajuan keseluruhan ILS-TA adalah 30.49% berbanding sasaran 37.41%, iaitu lewat 6.92%. Kelewatan antaranya melibatkan elemen Global, Data and Documentation, Training and Training Services dan Trial Aids.
Selain prestasi yang lewat, Minit PMR Bil. 1/2026 turut merekodkan bahawa Kontraktor telah menggantung kerja ILS-TA mulai 15...
Isu : Penghantaran SSM Belum Dilaksanakan
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Klausa 18 (Delivery Period) Kontrak Utama SSM serta Jadual 2 (Master Schedule) dalam Kontrak Tambahan Kedua, penghantaran 48 unit SSM dan 2 unit Missile dijadualkan antara 15 November hingga 14 Disember 2025.
Semakan Audit mendapati Pembekal SSM tidak melaksanakan penghantaran 48 unit SSM dan dua Telemetry Missile dalam tempoh yang ditetapkan. Jadual penghantaran telah ditunda sebanyak dua kali, iaitu kepada 18 Februari 2026 melalui surat bertarikh 24 November 2025 dan seterusnya kepada 4 Mac 2026 melalui surat bertarikh 5 Februari 2026.
Kerajaan telah membayar sembilan kemajuan kepada Pembekal SSM berjumlah EUR124.35 juta (96.6%), daripada nilai keseluruhan...
Isu : Tindakan Penyelesaian Kontrak SSM Masih Belum Dimuktamadkan
Dalam Tindakan :
Klausa 24 (Settlement of Disputes) menetapkan sebarang pertikaian antara Kerajaan dan pembekal berhubung pelaksanaan kontrak boleh dirujuk kepada Dispute Resolution Committee (DRC) melalui notis bertulis oleh mana-mana pihak. DRC hendaklah bermesyuarat dan berusaha mencapai penyelesaian secara baik (amicable solution), dan keputusan DRC adalah mengikat kedua-dua pihak.
Klausa 25 (Arbitration) menetapkan sekiranya pertikaian tidak dapat diselesaikan melalui DRC dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis di bawah Klausa 24.1 atau dalam tempoh lain yang dipersetujui secara bertulis, mana-mana pihak boleh merujuk pertikaian tersebut kepada timbang tara (arbitration) mengikut Arbitration Act 2005.
Klausa 26 (Termination of Contract) menetapkan...
Isu : Kontrak Perolehan Surface-to-Air Missile Belum Dimuktamadkan
Dalam Tindakan :
Klausa 24.3 dan 24.5 Kontrak Utama menetapkan Kerajaan hendaklah membekalkan misil dan sasaran bagi pelaksanaan Missile Live Firing Test (MLFT), manakala Kontraktor hendaklah membuktikan keupayaan combat system melalui sekurang-kurangnya satu pelancaran SAM dan SSM yang berjaya semasa MLFT.
Semakan Audit mendapati Surat Niat bagi perolehan 29 unit SAM telah dikeluarkan kepada Pembekal SAM pada 29 Julai 2025. Rundingan harga telah diadakan pada 4 September 2025 dan nilai anggaran perolehan sebanyak EUR107.89 juta telah dipersetujui. Selanjutnya, permohonan memuktamadkan harga dikemukakan kepada MoF pada 29 Oktober 2025 selepas mendapat kelulusan Pegawai Pengawal pada 26 Oktober 2025 dan dipertimbangkan...
Isu : Perolehan Ammunition 3P Medium Caliber Gun dan Integrated Decoy
Launching System
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Minit Mesyuarat PTC Siri 4/25 bertarikh 21 November 2025, pembekalan peluru 3P MCG dan IDLS merupakan tanggungjawab Kerajaan (TLDM) bagi memenuhi keperluan pelaksanaan ujian meriam. Sehubungan itu, perolehan peluru perlu diselaraskan dengan jadual pengujian LCS bagi memastikan pengujian meriam dapat dilaksanakan.
Semakan Audit mendapati perolehan 3P MCG dan IDLS masih belum dimuktamadkan. Proses tender terbuka yang dilaksanakan tidak dapat diteruskan setelah semua petender gagal pada peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender. Sehingga tarikh pengauditan, kontrak bagi kedua-dua perolehan masih belum ditandatangani menyebabkan jadual pembekalan 3P MCG dan IDLS belum dapat ditetapkan. Kelewatan memuktamadkan perolehan tersebut berisiko menyebabkan peluru 3P...
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Baki Geran Penyelidikan Tidak Dipulangkan-KPT
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan PA 3.2 Perenggan 10 menetapkan perkara berkaitan Perakaunan untuk Pemberian (Geran) oleh Kerajaan Persekutuan. Perenggan 10.2.3 menyatakan sebarang lebihan daripada perbelanjaan, termasuk pemberian bagi setiap tahun kewangan, tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulan wang rizab atau dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain, selain daripada tujuan yang diluluskan oleh Perbendaharaan terlebih dahulu.
b. Berdasarkan surat pelantikan agensi pelaksana program/projek pembangunan di peringkat MOSTI, baki peruntukan perbelanjaan pembangunan perlu dipulangkan selepas projek berakhir.
c. Setakat 30 Jun 2025, baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan adalah sejumlah RM183.11 juta yang melibatkan 7,904 projek. Baki terkumpul bagi...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Projek Naik Taraf Bangunan dan Fasiliti Berkulat di UKM Belum Disiapkan Menjejaskan Aktiviti Penyelidikan
Dalam Tindakan :
a. Dua blok Bangunan Sains Biologi dan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM Kampus Bangi berkeluasan 39,284 m2 yang telah dibina pada tahun 1980 telah mengalami masalah serangan kulat sejak tahun 2010. Bangunan ini dalam keadaan sangat kritikal dan tidak selamat diduduki akibat penyebaran kulat yang serius menyebabkan bangunan ditutup dan tidak digunakan sejak tahun 2020. Pihak UKM telah mengosongkan dua blok bangunan ini pada bulan Disember 2020 dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dilaksanakan skop kerja seperti naik taraf, rawatan bangunan dan kelengkapan peralatan makmal pada tahun 2023. Isu pengudaraan, pengubahsuaian fungsi bilik dan...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Projek Pembangunan COVID-19 Screening and Monitoring Tool i-Breath UTM
Dalam Tindakan :
a. Projek Pembangunan COVID-19 Screening and Monitoring Tool (i-Breath) di bawah Dana Penyelidikan Strategik (SRF) telah diluluskan oleh MOSTI kepada National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dengan jumlah peruntukan sejumlah RM1.06 juta. NIBM bertanggungjawab sebagai Agensi Pelaksana dan Pemantau (APP) manakala UTM dilantik untuk membantu APP dalam melaksanakan projek tersebut. Prototaip i-Breath dibangunkan bagi tujuan mengukur tahap karbon dioksida yang dihasilkan daripada pernafasan individu, sama ada yang mempunyai masalah pernafasan atau tanpa masalah pernafasan. Perjanjian bagi Dana SRF telah ditandatangani antara NIBM dan UTM pada 31 Mei 2022. Maklumat dan objektif projek adalah seperti dalam Jadual 11.
b. Merujuk kepada laporan...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian DSTIN 2021-2030
Dalam Tindakan :
a. DSTIN 2021-2030 meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Melalui dasar ini, Kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan pembangunan dan penggunaan teknologi tinggi tempatan bagi memacu kemampanan ekonomi negara berasaskan inovasi sains dan teknologi. Usaha mencapai matlamat ini juga akan disokong melalui pemerkasaan bakat tempatan, R&D dalam bidang-bidang strategik negara, perundangan dan peraturan yang menyokong pembangunan STI serta penaiktarafan infrastruktur teknologi termasuk teknologi digital.
b. DSTIN digubal bagi menggariskan hala tuju strategik agenda pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara seterusnya menjadikan STIE sebagai elemen utama dalam penyediaan dasar dan pelan induk utama Kerajaan bagi menggalakkan...
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Paten oleh Warganegara
Dalam Tindakan :
a. Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Perekodan permohonan paten oleh warganegara adalah penting untuk negara sebagai petunjuk tahap inovasi nasional, pengukuran keupayaan R&D tempatan dan merangka dasar/inisiatif serta penentuan kedudukan dalam GII.
b. Berdasarkan objektif RMKe-12, sasaran bilangan permohonan paten oleh warganegara ditetapkan sebanyak 2,000 permohonan. Analisis Audit mendapati bilangan permohonan paten oleh warganegara bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 belum dicapai dengan purata permohonan hanya sebanyak 968 paten. Butiran lanjut seperti Rajah 4.
c. Analisis Audit...
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR)
Isu : Asas Kepada Pendapat Penafian
Dalam Tindakan :
Pelarasan Tahun Lepas
Merujuk Nota 42 dalam Penyata Kewangan, Lebihan Terkumpul tahun 2022 telah dinyatakan semula dengan pelarasan tahun lepas berjumlah RM185,989,003. Pihak Audit tidak memperoleh bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian disebabkan ketiadaan maklumat dan dokumen sokongan.
Dalam Tindakan :
Akaun Penyatuan (Kumpulan) – Ketidakselarasan Piawaian
Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan disediakan berdasarkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS), manakala syarikat subsidiari menggunakan pakai Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS). Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tidak menyediakan kertas kerja pelarasan peralihan dasar piawaian perakaunan syarikat subsidiari daripada MPERS kepada MPSAS bagi tujuan penyediaan akaun penyatuan. Pihak Audit tidak memperoleh bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk mengesahkan penyediaan penyata kewangan disatukan, khususnya berhubung kesan material yang timbul daripada perbezaan dasar atau proses peralihan kepada MPSAS.
Dalam Tindakan :
Hartanah, Loji Dan Peralatan
Nilai buku bersih Hartanah, Loji dan Peralatan terlebih nyata sejumlah RM53,340,861 disebabkan kesilapan mengiktiraf aset pada nilai saksama bagi aset yang diperoleh selepas tempoh peralihan MPSAS. Manakala aset Taman Agropolitan Kelantan Selatan yang diterima daripada agensi lain tidak diiktiraf pada nilai saksama menyebabkan Hartanah, Loji dan Peralatan terkurang nyata sejumlah RM42,099,149. Kesannya, Hartanah, Loji dan Peralatan telah terlebih nyata sejumlah RM11,241,712.
Dalam Tindakan :
Hasil Urus Niaga Pertukaran
Hasil Urus Niaga Pertukaran terlebih nyata sejumlah RM305,942,313 melibatkan lebihan penilaian saksama Hartanah, Loji dan Peralatan yang tidak dibuat secara retrospektif menyebabkan terlebih nyata sejumlah RM315,113,546 dan Belanja Operasi Ladang telah diimbangi (offset) menyebabkan terkurang nyata sejumlah RM9,171,233.
Dalam Tindakan :
Hasil Urus Niaga Bukan Pertukaran
Hasil Urus Niaga Bukan Pertukaran terkurang nyata sejumlah RM6,834,041 melibatkan Pelunasan Geran Tertunda.
Dalam Tindakan :
Mengambil tindakan tatatertib selaras dengan peruntukan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] terhadap ketakteraturan serius yang telah dibuat oleh pegawai yang terlibat dengan pengurusan dana Kumpulan Wang Pembangunan dan Akaun Khas berjumlah RM25,231,779 bagi memastikan penyelewengan seperti ini tidak berulang lagi.
Dalam Tindakan :
Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hendaklah memantapkan pemantauan terhadap penyaluran dana kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan memandangkan hanya 15.9% telah digunakan dengan baki peruntukan sebanyak RM67,683,932 setakat 31 Disember 2023. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18,491,128 (27.3%) merupakan baki dana yang disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan RM1,228,923 (1.8%) melibatkan baki dana daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat.
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Baki Geran Penyelidikan Tidak Dipulangkan - MOSTI
Selesai :
a. Pekeliling Perbendaharaan PA 3.2 Perenggan 10 menetapkan perkara berkaitan Perakaunan untuk Pemberian (Geran) oleh Kerajaan Persekutuan. Perenggan 10.2.3 menyatakan sebarang lebihan daripada perbelanjaan, termasuk pemberian bagi setiap tahun kewangan, tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulan wang rizab atau dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain, selain daripada tujuan yang diluluskan oleh Perbendaharaan terlebih dahulu.
b. Berdasarkan surat pelantikan agensi pelaksana program/projek pembangunan di peringkat MOSTI, baki peruntukan perbelanjaan pembangunan perlu dipulangkan selepas projek berakhir.
c. Setakat 30 Jun 2025, baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan adalah sejumlah RM183.11 juta yang melibatkan 7,904 projek. Baki terkumpul bagi RU dan agensi pelaksana di...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Ketidakpatuhan Syarat Perjanjian/Garis Panduan - Akaun Bank Berasingan Tidak Diwujudkan untuk Penyaluran Dana
Selesai :
a. Klausa 4.1.3, Perjanjian Dana Penyelidikan Strategik MOSTI oleh Agensi Pelaksana dan Pemantau (SRF-APP) antara Kerajaan Malaysia dan MIMOS Berhad bertarikh 1 November 2021 menetapkan Agensi Pelaksana dan Pemantau (APP) hendaklah mempunyai akaun bank berasingan bagi pengurusan dana dan diasingkan daripada perniagaan yang lain.
b. Merujuk Perenggan 7 (ii), Terma Rujukan APP di bawah MOSTI dalam Lampiran 2, Garis Panduan SRF-APP bertarikh 3 Januari 2025, APP dikehendaki mewujudkan akaun bank yang berasingan bagi tujuan penyaluran peruntukan daripada MOSTI dan pemantauan transaksi perbelanjaan program/projek.
c. Semakan Audit mendapati MIMOS Berhad tidak mewujudkan akaun bank berasingan untuk penyaluran peruntukan dari MOSTI. Bagaimanapun, pihak MOSTI...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Ketidakpatuhan Syarat Perjanjian/Garis Panduan - Baki Projek Tamat Belum Dikutip Semula Berjumlah RM5.58 Juta
Dalam Tindakan :
a. Merujuk kepada Subklausa Penamatan Projek, Perjanjian R&D Fund antara Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan penerima dana menyatakan selepas penamatan perjanjian, entiti hendaklah membayar balik kepada Kerajaan keseluruhan dana yang telah dibayar oleh Kerajaan dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Notis Penamatan.
b. Perenggan 7, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, WP10.6 Pengurusan Akaun Belum Terima (ABT) menetapkan perkara mengenai tanggungjawab Pegawai Pengawal untuk memungut semua terimaan termasuk Akaun Belum Terima selaras dengan AP. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas tunggakan ABT serta gagal mengambil tindakan mengutip balik tunggakan boleh dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib.
c. Sebanyak 10 projek telah...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Ketidakpatuhan Syarat Perjanjian/Garis Panduan - Kutipan Hasil oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (CFSB) Tanpa Kelulusan
Selesai :
a. Berdasarkan Perkara 20, Garis Panduan Penyediaan RMKe-12 tahun 2021 hingga 2025, kementerian/agensi tidak dibenar membuat sebarang pindaan skop projek yang telah diluluskan bagi memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan projek. Sebarang pindaan hendaklah mendapat kelulusan KE.
b. Berdasarkan surat pelantikan CFSB sebagai agensi pelaksana bagi melaksanakan projek/program pembangunan MOSTI bagi tahun 2021 hingga 2025, CFSB bersetuju dengan terma yang ditetapkan seperti berikut:
i. Memastikan penggunaan peruntukan perbelanjaan pembangunan hanya mengikut tujuan dan skop yang diluluskan;
ii. Mengembalikan baki peruntukan perbelanjaan pembangunan selepas projek berakhir (sekiranya ada);
iii. Menyediakan carta perbatuan pelaksanaan projek; dan
iv. Memohon dan mendapatkan kelulusan MOSTI bagi perkara-perkara seperti penggunaan selain daripada...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian Objektif RMKe-12 - Pemangkin Dasar 2 dan SDG 9
Dalam Tindakan :
a. Pemangkin Dasar 2 dalam RMKe-12 adalah strategi untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi, bertujuan untuk mendigitalkan ekonomi, memperluas penggunaan teknologi termaju dan memupuk persekitaran yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital melalui peningkatan ketersambungan digital, inovasi dan pembangunan bakat.
b. Bagi menilai pencapaian objektif RMKe-12, sebanyak enam sasaran utama ditetapkan iaitu Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK); Perbelanjaan R&D oleh Sektor Swasta (BERD); bilangan penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh; perbelanjaan penyelidikan eksperimental kepada GERD; kedudukan 20 negara teratas dalam Global Innovation Index (GII); dan permohonan paten oleh warganegara.
c. Penilaian juga melibatkan pencapaian sasaran SDG 9.5 iaitu meningkatkan...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian DSTIN 2021-2030
Dalam Tindakan :
a. DSTIN 2021-2030 meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Melalui dasar ini, Kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan pembangunan dan penggunaan teknologi tinggi tempatan bagi memacu kemampanan ekonomi negara berasaskan inovasi sains dan teknologi. Usaha mencapai matlamat ini juga akan disokong melalui pemerkasaan bakat tempatan, R&D dalam bidang-bidang strategik negara, perundangan dan peraturan yang menyokong pembangunan STI serta penaiktarafan infrastruktur teknologi termasuk teknologi digital.
b. DSTIN digubal bagi menggariskan hala tuju strategik agenda pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara seterusnya menjadikan STIE sebagai elemen utama dalam penyediaan dasar dan pelan induk utama Kerajaan bagi menggalakkan...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Projek Pembangunan COVID-19 Screening and Monitoring Tool i-Breath UTM
Dalam Tindakan :
a. Projek Pembangunan COVID-19 Screening and Monitoring Tool (i-Breath) di bawah Dana Penyelidikan Strategik (SRF) telah diluluskan oleh MOSTI kepada National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dengan jumlah peruntukan sejumlah RM1.06 juta. NIBM bertanggungjawab sebagai Agensi Pelaksana dan Pemantau (APP) manakala UTM dilantik untuk membantu APP dalam melaksanakan projek tersebut. Prototaip i-Breath dibangunkan bagi tujuan mengukur tahap karbon dioksida yang dihasilkan daripada pernafasan individu, sama ada yang mempunyai masalah pernafasan atau tanpa masalah pernafasan. Perjanjian bagi Dana SRF telah ditandatangani antara NIBM dan UTM pada 31 Mei 2022. Maklumat dan objektif projek adalah seperti dalam Jadual 11.
b. Merujuk kepada laporan...
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Baki Geran Penyelidikan Tidak Dipulangkan - MitI
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan PA 3.2 Perenggan 10 menetapkan perkara berkaitan Perakaunan untuk Pemberian (Geran) oleh Kerajaan Persekutuan. Perenggan 10.2.3 menyatakan sebarang lebihan daripada perbelanjaan, termasuk pemberian bagi setiap tahun kewangan, tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulan wang rizab atau dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain, selain daripada tujuan yang diluluskan oleh Perbendaharaan terlebih dahulu.
b. Berdasarkan surat pelantikan agensi pelaksana program/projek pembangunan di peringkat MOSTI, baki peruntukan perbelanjaan pembangunan perlu dipulangkan selepas projek berakhir.
c. Setakat 30 Jun 2025, baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan adalah sejumlah RM183.11 juta yang melibatkan 7,904 projek. Baki terkumpul bagi RU dan agensi pelaksana di...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian DSTIN 2021-2030
Dalam Tindakan :
a. DSTIN 2021-2030 meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Melalui dasar ini, Kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan pembangunan dan penggunaan teknologi tinggi tempatan bagi memacu kemampanan ekonomi negara berasaskan inovasi sains dan teknologi. Usaha mencapai matlamat ini juga akan disokong melalui pemerkasaan bakat tempatan, R&D dalam bidang-bidang strategik negara, perundangan dan peraturan yang menyokong pembangunan STI serta penaiktarafan infrastruktur teknologi termasuk teknologi digital.
b. DSTIN digubal bagi menggariskan hala tuju strategik agenda pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara seterusnya menjadikan STIE sebagai elemen utama dalam penyediaan dasar dan pelan induk utama Kerajaan bagi menggalakkan...
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Baki Geran Penyelidikan Tidak Dipulangkan - KPKM
Selesai :
a. Pekeliling Perbendaharaan PA 3.2 Perenggan 10 menetapkan perkara berkaitan Perakaunan untuk Pemberian (Geran) oleh Kerajaan Persekutuan. Perenggan 10.2.3 menyatakan sebarang lebihan daripada perbelanjaan, termasuk pemberian bagi setiap tahun kewangan, tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulan wang rizab atau dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain, selain daripada tujuan yang diluluskan oleh Perbendaharaan terlebih dahulu.
b. Berdasarkan surat pelantikan agensi pelaksana program/projek pembangunan di peringkat MOSTI, baki peruntukan perbelanjaan pembangunan perlu dipulangkan selepas projek berakhir.
c. Setakat 30 Jun 2025, baki geran penyelidikan di empat kementerian yang tidak dipulangkan adalah sejumlah RM183.11 juta yang melibatkan 7,904 projek. Baki terkumpul bagi RU dan agensi pelaksana di...
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Ketidakpatuhan Syarat Perjanjian/Garis Panduan - Peruntukan Pembangunan R&D&C&I MARDI Digunakan bagi Perbelanjaan Mengurus
Dalam Tindakan :
a. Garis Panduan RMKe-12 menetapkan bahawa kementerian/agensi perlu mematuhi klasifikasi pembiayaan peruntukan berdasarkan Senarai Klasifikasi Pembiayaan Projek di bawah Belanja Pembangunan (DE) dan Belanja Mengurus (OE). Perbelanjaan seperti penyenggaraan sistem dan yuran langganan/lesen perisian bukan secara program/pakej, perolehan perkhidmatan ICT serta perbelanjaan lain seperti bayaran bil utiliti, tuntutan perjalanan dan bayaran emolumen, elaun dan bantuan tunai kakitangan termasuk lantikan kontrak/sementara dikategorikan OE di bawah peruntukan mengurus.
b. Berdasarkan Peraturan Kewangan MARDI, selain daripada sumber peruntukan mengurus yang diterima daripada KPKM, pihak MARDI turut membiayai perbelanjaan jenis mengurus menggunakan Wang Rezab MARDI (WRM). Skop perbelanjaan WRM seperti Perenggan 4.2.5.d, Peraturan Kewangan MARDI...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian DSTIN 2021-2030
Dalam Tindakan :
a. DSTIN 2021-2030 meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Melalui dasar ini, Kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan pembangunan dan penggunaan teknologi tinggi tempatan bagi memacu kemampanan ekonomi negara berasaskan inovasi sains dan teknologi. Usaha mencapai matlamat ini juga akan disokong melalui pemerkasaan bakat tempatan, R&D dalam bidang-bidang strategik negara, perundangan dan peraturan yang menyokong pembangunan STI serta penaiktarafan infrastruktur teknologi termasuk teknologi digital.
b. DSTIN digubal bagi menggariskan hala tuju strategik agenda pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara seterusnya menjadikan STIE sebagai elemen utama dalam penyediaan dasar dan pelan induk utama Kerajaan bagi menggalakkan...
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Isu : PENGURUSAN PROGRAM R&D&C&I - Projek Naik Taraf Bangunan dan Fasiliti Berkulat di UKM Belum Disiapkan Menjejaskan Aktiviti Penyelidikan
Selesai :
a. Dua blok Bangunan Sains Biologi dan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM Kampus Bangi berkeluasan 39,284 m2 yang telah dibina pada tahun 1980 telah mengalami masalah serangan kulat sejak tahun 2010. Bangunan ini dalam keadaan sangat kritikal dan tidak selamat diduduki akibat penyebaran kulat yang serius menyebabkan bangunan ditutup dan tidak digunakan sejak tahun 2020. Pihak UKM telah mengosongkan dua blok bangunan ini pada bulan Disember 2020 dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dilaksanakan skop kerja seperti naik taraf, rawatan bangunan dan kelengkapan peralatan makmal pada tahun 2023. Isu pengudaraan, pengubahsuaian fungsi bilik dan...
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Isu : Baki Tunai dan Bank - RM754,592
Dalam Tindakan :
Baki Tunai dan Bank berjumlah RM754,592 setakat 31 Disember 2024 tidak dapat disahkan disebabkan unreconciled disbursements sebanyak RM13.56 juta dan unreconciled receipts sebanyak RM12.88 juta yang tidak dikenal pasti sejak tahun 2022.
PERBADANAN LABUAN
Isu : Geran Pembangunan dan Geran Mengurus
Dalam Tindakan :
Pelunasan geran pembangunan bagi 124 aset dan geran mengurus bagi lima aset dibuat berdasarkan amaun susut nilai dan bukan mengikut syarat geran sebagaimana yang ditetapkan di bawah Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 23. Nilai Buku Bersih (NBV) bagi keseluruhan aset tersebut yang berjumlah RM236.97 juta masih belum dilunaskan. Pelunasan hendaklah diiktiraf sepenuhnya apabila syarat yang dikenakan ke atas geran tersebut telah dipenuhi. Ini menyebabkan Kumpulan Wang Pembangunan terlebih nyata berjumlah RM236.12 juta dan Tabung Penyelenggaraan Perkhidmatan terlebih nyata berjumlah RM0.85 juta manakala Hasil Urus Niaga Bukan Pertukaran pula terkurang nyata berjumlah RM236.97 juta.
Isu : Hartanah, Loji dan Peralatan
Dalam Tindakan :
Pada 31 Disember 2024, dua Jalan Persekutuan yang diwartakan sebagai milik Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 dan 2023 masih direkodkan sebagai aset tetap Perbadanan Labuan berjumlah RM106.79 juta. Selain itu, Pump Sump bernilai RM0.35 juta yang telah diserah milik kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. pada tahun 2017 masih direkodkan sebagai aset Perbadanan Labuan. Kegagalan mengeluarkan aset berkenaan menyebabkan Hartanah, Loji dan Peralatan terlebih nyata berjumlah RM107.14 juta.
PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA
Isu : penghutang pinjaman rm3,054,874
Selesai :
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera tidak membuat elaun penjejasan nilai bagi penghutang pinjaman bagi dana Public Private Partneship -Skim Pembiyaan Mikro – Usahawan Veteran – Angkatan Tentera Malaysia (PPP-SPM-UV-ATM) yang tertunggak melebihi 12 hingga 24 bulan. Perkara ini menyebabkan penghutang pinjaman terlebih nyata sejumlah RM238,452.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Isu : Pendapatan Transaksi Pertukaran Yuran Pelajar
Selesai :
Universiti Kebangsaan Malaysia telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Koperasi Siswazah Bangi Berhad bagi pengurusan Program Sarjana Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia (Mod Cuti Sekolah) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Mod Cuti Sekolah). Kedua-dua perjanjian kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor dan Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkuat kuasa masing-masing pada 1 Mac 2017 dan 3 September 2022. Perjanjian tersebut menetapkan Koperasi Siswazah Bangi Berhad mendapat sebanyak 50% hingga 53% daripada yuran pelajar bagi Program Sarjana Eksekutif manakala 55% daripada yuran pelajar bagi Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Bagaimanapun, perjanjian tersebut tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah...
Isu : Pelaburan dalam Entiti Dikawal
Selesai :
Berdasarkan kepada Nota 6 Kepada Penyata Kewangan, Pelaburan dalam Entiti Dikawal adalah berjumlah RM8 juta. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari walaupun terdapat petunjuk syarikat telah mengalami kerugian terkumpul sejumlah RM451,254. Perkara ini menyebabkan Pelaburan dalam Entiti Dikawal terlebih nyata sejumlah RM452,410.
Isu : Pembayaran Tidak Teratur
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Nota 29 Kepada Penyata Kewangan, Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan berjumlah RM761.82 juta adalah termasuk pembayaran tidak teratur di Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) melibatkan empat bayaran berjumlah RM694,985 iaitu, Perolehan Pakej Penginapan Bermalam berjumlah RM260,251 dan Perkhidmatan Promosi Suria FM berjumlah RM108,000 tidak melalui Jawatankuasa Sebut Harga Universiti; bayaran bagi perbelanjaan ke luar negara terhadap lapan individu yang tidak layak berjumlah RM126,734; dan bayaran kepada syarikat tanpa dokumen sokongan yang berjumlah RM200,000. Selain itu, berdasarkan Nota 28 kepada Penyata Kewangan, Emolumen Pekerja berjumlah RM1.007 bilion adalah termasuk dua lagi bayaran berjumlah RM46,568 iaitu, bayaran pemberian ex-gratia...
Isu : Hartanah, Loji dan Peralatan
Selesai :
Berdasarkan Nota 4 kepada Penyata Kewangan, Hartanah, Loji dan Peralatan menunjukkan sejumlah RM3.18 juta sebagai amaun penambahan dalam Kerja Dalam Kemajuan, termasuk kos menaik taraf dan penggantian lif berjumlah RM120,050. Namun demikian, amaun tersebut sebenarnya merupakan bayaran bagi kerja penyelenggaraan lif yang sepatutnya diiktiraf sebagai Belanja Operasi. Pengiktirafan ini adalah tidak selaras dengan kehendak Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 17 - Hartanah, Loji dan Peralatan, dan telah menyebabkan item Hartanah, Loji dan Peralatan terlebih nyata sejumlah RM120,050 serta Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan terkurang nyata bagi tahun semasa.
Selain itu, Nota yang sama turut menyatakan penambahan aset pada...
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Isu : Pembinaan Dalam Kemajuan Terlebih Nyata
Selesai :
Sebanyak 26 projek pembangunan berjumlah RM79,336,220 yang telah menerima Sijil Perakuan Siap Kerja pada tahun kewangan 2023 dan 2024 masih direkodkan sebagai Pembinaan Dalam Kemajuan. Perkara ini bercanggah dengan Dasar Perakaunan Penting dalam Nota 2(h) Penyata Kewangan Universiti Sains Islam Malaysia iaitu kos pembinaan akan dipermodalkan apabila Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan dan tidak selaras dengan perenggan 14, Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 17.
Ini memberi kesan kepada baki akhir Hartanah, Loji dan Peralatan terkurang nyata sejumlah RM79,336,220 dan sekaligus memberi kesan kepada perbelanjaan susut nilai terkurang nyata sejumlah RM1,605,942.
Isu : GERAN/PENDAPATAN TERTUNDA TERLEBIH NYATA
Selesai :
Pada tahun 2022, Universiti Sains Islam Malaysia telah merekodkan pelunasan geran/pendapatan tertunda sejumlah RM7,022,477. Pada tahun 2023, sejumlah RM6,913,600 telah dibuat pelarasan jurnal geran/pendapatan tertunda setelah didapati dokumen sokongan tidak dapat dikenalpasti disebabkan tidak difailkan dan disimpan secara teratur. Bagaimanapun, pelarasan pembetulan jurnal pada tahun 2023 tidak sepatutnya dibuat kerana sebenarnya pelunasan geran/pendapatan tertunda yang dibuat pada tahun 2022 telah disimpan dalam bentuk salinan softcopy. Ini menyebabkan geran/pendapatan tertunda terlebih nyata sejumlah RM6,913,600.
PERBADANAN ASET KERETAPI
Isu : Aset Semasa - Tunai dan Kesetaraan Tunai dan Akaun Belum Terima - RM3,456,469
Dalam Tindakan :
Baki bank yang direkodkan dalam penyata kewangan berbaki negatif dan terkurang nyata sejumlah RM405,707. Hal ini disebabkan transaksi bank tahun 2024 berjumlah RM467,099 tidak direkodkan dan transaksi bank tahun 2024 berjumlah RM61,826 tidak dapat dikenal pasti. Akaun Belum Terima juga terlebih nyata sejumlah RM2,113,000 disebabkan kesilapan perekodan sewa kehadapan dalam item liabiliti direkodkan ke dalam akaun Penghutang Sewaan. Selain itu, pelarasan dan lebihan bayaran berjumlah RM814,544 yang direkodkan dalam Akaun Belum Terima tidak dapat disahkan kerana dokumen sokongan tidak dapat dikemukakan.
Isu : Aset Bukan Semasa - Hartanah, Loji dan Peralatan dan Kerja Dalam Pelaksanaan - RM3,590,140
Dalam Tindakan :
Hartanah, Loji dan Peralatan terlebih nyata sejumlah RM2,215,434 disebabkan pelupusan rel berjumlah RM2,211,064 dan sebuah dewan dengan nilai buku bersih RM4,370 tidak dilaksanakan pada tahun semasa. Selain itu, empat projek melibatkan Projek Baik Pulih Bukit Tembok, Projek Pintasan Air Selangor di PNR Rawang, Projek KVDT dan Projek PRE-Prihatin yang telah siap dan memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) tidak dipermodalkan. Hal ini menyebabkan Kerja Dalam Pelaksanaan terlebih nyata sejumlah RM1,374,706 dan belanja susut nilai tidak diambil kira dalam tahun kewangan semasa.
Isu : Akaun Belum Bayar - RM1,166,040
Dalam Tindakan :
Pelarasan Akaun Belum Bayar berjumlah RM1,166,040 tidak dapat disahkan kerana dokumen sokongan dan maklumat terperinci berkaitan pelarasan tersebut tidak dapat dikemukakan.
Isu : Keuntungan Terkumpul - RM748,371
Dalam Tindakan :
Pelarasan tahun lalu berjumlah RM748,371 yang dilaksanakan pada tahun 2024 tidak dapat disahkan ketepatannya kerana ketiadaan dokumen sokongan.
Isu : Hasil Urus Niaga Bukan Pertukaran dan Perbelanjaan Lain - RM4,152,007
Dalam Tindakan :
Hasil Urus Niaga Bukan Pertukaran terlebih nyata sejumlah RM992,073 disebabkan pelunasan geran tidak dapat disahkan. Tindakan Perbadanan Aset Keretapi membuat pelunasan tersebut dengan tujuan untuk menyamakan dengan baki Geran Kerajaan Persekutuan adalah tidak teratur kerana ketiadaan dokumen sokongan. Selain itu, Perbelanjaan Lain terlebih nyata sejumlah RM3,159,934 disebabkan kerugian ke atas aset pada tahun 2020 direkodkan pada tahun semasa.
PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Isu : URUS NIAGA PERTUKARAN BELUM TERIMA - PERUNTUKAN HUTANG RAGU
Dalam Tindakan :
Peruntukan tambahan Hutang Ragu berjumlah RM4.92 juta bagi tahun 2024 tidak dibuat walaupun terdapat peningkatan baki tunggakan pinjaman berjumlah RM3.525 bilion menyebabkan nilai bersih penghutang yang dilaporkan tidak tepat.
Isu : Urus niaga pertukaran belum terima - penghutang yang telah meninggal dunia dan tanpa perlindungan insurans
Dalam Tindakan :
Penghutang pinjaman yang telah meninggal dunia tanpa pelindungan insurans berjumlah RM3.08 juta melibatkan pinjaman yang diluluskan antara tahun 2001 hingga 2009, iaitu sebelum pelaksanaan skim takaful. Ini menyebabkan baki penghutang yang dilaporkan melebihi nilai boleh pulih sebenar kerana tuntutan insurans tidak boleh dibuat bagi menampung baki pinjaman tersebut.
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
Isu : HARTANAH LOJI DAN PERALATAN
Dalam Tindakan :
Hartanah, Loji dan Peralatan
Nilai kos Hartanah, Loji dan Peralatan serta susut nilai telah terlebih nyata sejumlah RM166,088 dan terkurang nyata sejumlah RM1,154,519 disebabkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu tidak mengiktiraf aset dalam pegangannya mengikut kehendak Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 17 - Hartanah, Loji dan Peralatan. Kesannya, Hartanah, Loji dan Peralatan telah tersalah nyata sejumlah RM1,320,606.
Dalam Tindakan :
Peristiwa Selepas Tarikh Pelaporan
Nilai buku bersih "Projek Low Weir" yang sejumlah RM1,409,335 tidak dihapus kira dalam penyata kewangan berakhir 31 Disember 2024. Projek tersebut telah dimuktamadkan oleh Lembaga dengan status "Tidak diteruskan" dan ianya menjelaskan bahawa projek tersebut tidak lagi memberi manfaat ekonomi pada pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, maka ia seharusnya dilupuskan sepenuhnya dalam tahun kewangan semasa mengikut kehendak Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 14 - Peristiwa Selepas Tarikh Pelaporan.
INSTITUT KOPERASI MALAYSIA
Isu : Pendahuluan kepada SyarIkat Subsidiari Tidak Dikenakan Rosot Nilai
Dalam Tindakan :
Merujuk Nota 8 kepada Penyata Kewangan, Institut Kaperasi Malaysia memberikan pendahuluan kepada syarikat subsidiarinya iaitu MKM Global Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM4.16 juta. Merujuk Nota 9 kepada Penyata Kewangan pula, Institut Koperasi Malaysia mempunyai pelaburan dalam MKM Global Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM10.08 juta. Pelaburan Institut Koperasi Malaysia dalam MKM Global Holdings Sdn. Bhd. telah dirosot nilai sepenuhnya. Namun, Institut Koperasi Malaysia tidak membuat rosot nilai terhadap pendahuluan kepada MKM Global Holdings Sdn Bhd.. Perkara ini menyebabkan Pendahuluan kepada Syarikat Subsidiari terlebih nyata sejumlah RM4.16 juta.
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
Isu : Pelaburan Dalam Anak Syarikat - RM2,818,842
Dalam Tindakan :
Pelaburan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dalam FRIM Incorporated Sdn. Bhd. adalah berjumlah RM3,000,000. Pada 31 Disember 2024, peruntukan rosot nilai terhadap pelaburan anak syarikat sebanyak RM90,579 dibuat berdasarkan nilai bersih aset ketara syarikat. Peruntukan rosot nilai pelaburan anak syarikat sepatutnya berjumlah RM2,909,421, iaitu perbezaan kos pelaburan berbanding nilai bersih aset ketara syarikat. Perkara ini menyebabkan Pelaburan Dalam Anak Syarikat terlebih nyata berjumlah RM2,818,842 dan Kurangan Pendapatan Sebelum Cukai terkurang nyata pada jumlah yang sama.
LEMBAGA AHLI GEOLOGI
Isu : Pendapatan Faedah Simpanan Tetap
Dalam Tindakan :
Lembaga Ahli Geologi telah terkurang rekod pendapatan faedah simpanan tetap berjumlah RM16,195 menyebabkan Pendapatan Lain terkurang nyata dan Kurangan Tahun Semasa terlebih nyata sejumlah RM16,195.
Dalam Tindakan :
Lembaga Ahli Geologi telah membuat pelarasan jurnal bagi perbezaan senarai resit fi dan senarai yuran tertunggak ahli berjumlah RM31,000. Perkara ini menyebabkan Fi Ahli Geologi terkurang nyata dan Kurangan Tahun Semasa terlebih nyata sejumlah RM31,000.
LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM)
Isu : Pelaburan Hartanah - RM40.60 Juta
Dalam Tindakan :
Lembaga Getah Malaysia belum mengakaunkan bangunan dan belanja susut nilai serta belum melupuskan hak milik dua lot tanah berkaitan Projek Perjanjian Usahasama. Perkara ini tidak selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 17. Ini menyebabkan Pelaburan hartanah dan belanja susut nilai telah terkurang nyata masing-masing berjumlah RM267,250,000 dan RM2,672,500 manakala, Tanah Dipegang Untuk Pembangunan Hartanah terlebih nyata sejumlah RM40,330,000.
Lembaga Getah Malaysia juga belum mengakaunkan keuntungan hasil daripada pelupusan dua lot tanah tersebut. Perkara ini tidak sejajar dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 16 menyebabkan Keuntungan Atas Pelupusan Hartanah terkurang nyata sejumlah RM226,920,980.
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN)
Isu : Peruntukan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) - RM441,313
Dalam Tindakan :
Peruntukan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) terkurang nyata sejumlah RM441,313 disebabkan pengiktirafan belanja susut nilai sejumlah RM257,881 sebagai salah satu perbelanjaan yang menggunakan peruntukan tersebut dan kesilapan perekodan perbelanjaan tahun semasa sejumlah RM183,432 disebabkan pelarasan dibuat dua kali terhadap perbelanjaan yang sama.
Isu : Hartanah, Loji dan Peralatan terkurang nyata sejumlah RM1.16 juta
Dalam Tindakan :
Hartanah, Loji dan Peralatan terkurang nyata sejumlah RM1,158,065 disebabkan perbelanjaan penyelenggaraan dan pembaikan menggunakan Kumpulan Wang Mengurus berjumlah RM745,736 dan Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM412,329 tidak diiktiraf sebagai Hartanah, Loji dan Peralatan walaupun perbelanjaan tersebut memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 17
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
Isu : KERJA DALAM KEMAJUAN
Dalam Tindakan :
Kerja Dalam Kemajuan melibatkan Pembangunan Kerja Hiasan Dalaman Bangunan berjumlah RM33.08 juta telah disiapkan pada 21 Mac 2023. Bagaimanapun, kos pembangunan tersebut tidak dilaraskan kepada Hartanah, Loji dan Peralatan menyebabkan perbelanjaan susut nilai terkurang nyata berjumlah RM1.32 juta.
Isu : KOS EMOLUMEN, PELBAGAI PENGHUTANG
Dalam Tindakan :
Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah meluluskan dan membuat bayaran imbuhan prestasi bagi tahun 2024 berjumlah RM7.99 juta selepas akhir tahun kewangan. Bagaimanapun, tiada peruntukan liabiliti dibuat dalam penyata kewangan tahun semasa bagi pembayaran tersebut. Perkara ini menyebabkan Peruntukan Faedah Pekerja dan Perbelanjaan Bantuan Khas Kewangan masing-masing terkurang nyata berjumlah RM7.99 juta.
Isu : DEPOSIT DAN PRABAYAR
Dalam Tindakan :
Setakat 31 Disember 2024, deposit penyewaan bangunan lama Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia berjumlah RM2.61 juta masih belum diterima daripada pemilik bangunan walaupun tempoh sewaan telah tamat pada 31 Mac 2023. Peruntukan Rosot Nilai tidak dibuat bagi deposit sewa yang belum diterima tersebut.
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Isu : Jumlah Terhutang daripada Syarikat Subsidiari - RM5.75 juta
Dalam Tindakan :
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia tidak membuat peruntukan rosot nilai ke atas jumlah terhutang daripada syarikat subsidiarinya iaitu Uxera Sdn. Bhd. berjumlah RM5.75 juta walaupun wujud bukti objektif syarikat tersebut berada dalam kedudukan kewangan yang tidak mampu memenuhi liabilitinya. Syarikat tersebut juga dalam tindakan penggulungan. Keadaan ini menyebabkan Jumlah Terhutang Daripada Syarikat Subsidiari terlebih nyata pada amaun tersebut. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia hendaklah menilai sama ada terdapat apa-apa bukti objektif menunjukkan Jumlah Terhutang Daripada Syarikat Subsidiari terjejas pada akhir tempoh pelaporan selaras dengan peruntukan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) 29.
Isu : Tunai dan Kesetaraan Tunai serta Geran Tertunda - RM4.28 juta
Dalam Tindakan :
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia adalah agensi pelaksana dan pembayar bagi Tabung Bencana dan Tabung Kasih @ HAWANA. Tabung ini diwujudkan oleh Kementerian Komunikasi. Tabung Bencana menerima sumbangan dan menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana, manakala Tabung Kasih @ HAWANA menerima sumbangan dan menyalurkan bantuan kepada pengamal media, petugas media serta wartawan veteran berkaitan kesihatan dan kesempitan hidup. Namun, terimaan sumbangan bagi kedua-dua tabung ini tidak direkodkan dalam penyata kewangan menyebabkan Tunai dan Kesetaraan Tunai serta Geran Tertunda terkurang nyata berjumlah RM4.28 juta pada akhir tahun 2024.
PELABURAN HARTANAH BERHAD
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI PELABURAN HARTANAH - PEROLEHAN BANGUNAN - KADAR PENGHUNIAN
Dalam Tindakan :
a. PHB menetapkan kadar penghunian sebagai salah satu kaedah mengukur KPI tahunan di bawah elemen kewangan bagi menentukan peratus ruang yang berjaya disewakan daripada keseluruhan ruang yang tersedia. Ini bagi menentukan keupayaan sesebuah bangunan untuk menjana pendapatan sewaan.
b. Berdasarkan 24 bangunan yang beroperasi, PHB menetapkan sasaran purata kadar penghunian masing-masing pada kadar 80% (2021), 82% (2022 dan 2023) dan 75% (2024). Pencapaian sebenar purata kadar penghunian ialah 73% (2021), 70% (2022), 68% (2023) dan 76% (2024). Hanya sasaran tahun 2024 yang berjaya dicapai. Hartanah Icon City Car Park tidak ditetapkan sasaran kadar penghunian kerana pengukuran bagi hartanah...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI PELABURAN HARTANAH - PEROLEHAN BANGUNAN - TUNGGAKAN SEWA
Dalam Tindakan :
a. Klausa Perjanjian antara PHB dengan penyewa premis menyatakan bahawa bayaran sewa hendaklah dibayar pada hari ketujuh setiap bulan sepanjang tempoh penyewaan. SOP Finance and Treasury Management yang berkuat kuasa pada April 2014 pula memaklumkan tindakan yang boleh diambil oleh PHB terhadap penyewa yang gagal menjelaskan bayaran seperti dalam Jadual 9.
b. Semakan Audit mendapati tunggakan sewa bagi tahun 2021 hingga 2024 menunjukkan trend penurunan daripada RM93.52 juta kepada RM79.90 juta iaitu penurunan berjumlah RM7.14 juta (7.6%) pada tahun 2022, RM1.40 juta (1.6%) pada tahun 2023 dan RM5.08 juta (6.0%) pada tahun 2024.
c. Hartanah yang mempunyai...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI PELABURAN HARTANAH - PENGURUSAN PEMBANGUNAN HARTANAH PHB - MAYANG MALL, KUALA TERENGGANU - PENAMATAN BERSAMA (mutual termination) dengan kontraktor utama mayang mall
Dalam Tindakan :
i. Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah PHB Bil. 7/2022 pada 19 Disember 2022 telah bersetuju Penamatan Bersama dengan kontraktor utama pembinaan Mayang Mall berdasarkan justifikasi seperti berikut:
kontraktor utama telah memecat kontraktor M&E disebabkan siasatan SPRM berkaitan isu tuntutan palsu oleh kontraktor M&E. Lanjutan itu, kontraktor utama telah menghantar cadangan penambahan kos bagi menyiapkan baki kerja M&E berjumlah RM66.20 juta yang bertentangan dengan keputusan PHB iaitu menyiapkan baki kerja berjumlah RM8 juta tanpa sebarang kos tambahan. Namun kontraktor utama tidak melaksanakan kerja seperti diarahkan dan tiada peningkatan terhadap prestasi kerja di lapangan dalam tempoh empat bulan selepas pemecatan kontraktor M&E.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI PELABURAN HARTANAH - PENGURUSAN PEMBANGUNAN HARTANAH PHB - LOT 61 BANGSAR - PRESTASI FIZIKAL PROJEK
Dalam Tindakan :
Projek Lot 61 Bangsar merupakan sebuah pembangunan bercampur milik PHB yang merangkumi komponen menara pejabat, hotel, apartmen servis, podium runcit sokongan (ancillary retail podium), tempat letak kereta bawah tanah serta pelbagai kemudahan awam. Projek ini dirancang dilaksanakan dalam lima fasa selama 15 tahun, bermula dari tahun 2016 hingga 2031. Perolehan tanah berukuran 18.91 ekar milik Perbadanan Aset Keretapi telah dilaksanakan pada 18 Ogos 2010 dengan nilai RM200 juta. Pengauditan memfokuskan kepada pembangunan Fasa 1 yang melibatkan pembinaan Menara 1, Tempat Letak Kereta (TLK) dan Pusat Pencawang Utama (PPU). Projek Fasa 1 dilaksanakan melalui tiga pakej seperti butiran dalam Jadual...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI PELABURAN HARTANAH - PENGURUSAN PEMBANGUNAN HARTANAH PHB - LOT 61 BANGSAR - PENINGKATAN KOS PROJEK
Dalam Tindakan :
i. Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2016 pada 8 Mac 2016 telah meluluskan peruntukan kos keseluruhan bagi pembangunan Fasa 1 berjumlah RM437.59 juta yang terdiri daripada kos pembinaan, kos umum dan kos pentadbiran. Seterusnya, Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 2/2017 pada 27 September 2017 telah bersetuju dengan cadangan perluasan skop projek melibatkan tambahan kos pembinaan sebanyak RM175.80 juta, menjadikan peruntukan kos pembinaan baharu berjumlah RM568.21 juta berbanding RM392.41 juta. Kos pembinaan ini melibatkan pembinaan Menara 1, pembinaan TLK di Menara 1 dan 2 serta sebahagian Menara 3, kos infra termasuk Underpass Tunnel dan perunding. Walau bagaimanapun, mesyuarat tersebut tidak memperincikan sebarang...
Isu : TATAKELOLA SYARIKAT
Dalam Tindakan :
Pengauditan terhadap aspek tatakelola syarikat telah dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan PHB terhadap prinsip tatakelola yang ditetapkan merangkumi keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah; keberkesanan Audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; serta kemampanan dan tanggungjawab korporat. Penilaian ini dibuat berasaskan Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 Siri 1 No.1 Tahun 2024 – Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional bagi Syarikat Berkepentingan Kerajaan dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Arahan YAB PM 2024), Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 dan OECD Guideline on Corporate Governance of State-Owned Enterprise 2024. Semakan...
KEMENTERIAN EKONOMI
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian Objektif RMKe-12 - Pemangkin Dasar 2 dan SDG 9
Dalam Tindakan :
a. Pemangkin Dasar 2 dalam RMKe-12 adalah strategi untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi, bertujuan untuk mendigitalkan ekonomi, memperluas penggunaan teknologi termaju dan memupuk persekitaran yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital melalui peningkatan ketersambungan digital, inovasi dan pembangunan bakat.
b. Bagi menilai pencapaian objektif RMKe-12, sebanyak enam sasaran utama ditetapkan iaitu Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK); Perbelanjaan R&D oleh Sektor Swasta (BERD); bilangan penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh; perbelanjaan penyelidikan eksperimental kepada GERD; kedudukan 20 negara teratas dalam Global Innovation Index (GII); dan permohonan paten oleh warganegara.
c. Penilaian juga melibatkan pencapaian sasaran SDG 9.5 iaitu meningkatkan...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Pencapaian DSTIN 2021-2030
Dalam Tindakan :
a. DSTIN 2021-2030 meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Melalui dasar ini, Kerajaan Malaysia berhasrat memperkukuhkan pembangunan dan penggunaan teknologi tinggi tempatan bagi memacu kemampanan ekonomi negara berasaskan inovasi sains dan teknologi. Usaha mencapai matlamat ini juga akan disokong melalui pemerkasaan bakat tempatan, R&D dalam bidang-bidang strategik negara, perundangan dan peraturan yang menyokong pembangunan STI serta penaiktarafan infrastruktur teknologi termasuk teknologi digital.
b. DSTIN digubal bagi menggariskan hala tuju strategik agenda pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara seterusnya menjadikan STIE sebagai elemen utama dalam penyediaan dasar dan pelan induk utama Kerajaan bagi menggalakkan...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - Paten oleh Warganegara
Dalam Tindakan :
a. Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Perekodan permohonan paten oleh warganegara adalah penting untuk negara sebagai petunjuk tahap inovasi nasional, pengukuran keupayaan R&D tempatan dan merangka dasar/inisiatif serta penentuan kedudukan dalam GII.
b. Berdasarkan objektif RMKe-12, sasaran bilangan permohonan paten oleh warganegara ditetapkan sebanyak 2,000 permohonan. Analisis Audit mendapati bilangan permohonan paten oleh warganegara bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 belum dicapai dengan purata permohonan hanya sebanyak 968 paten. Butiran lanjut seperti Rajah 4.
c. Analisis Audit...
MIMOS BERHAD
Isu : Tadbir Urus dan Perbelanjaan RM28.13 Juta Tanpa Kelulusan Jawatankuasa Ditetapkan
Selesai :
a. Klausa Mukadimah B, Lampiran C, Perenggan 3 surat bertarikh 12 Disember 2023 dalam Perjanjian Projek MyDID menyatakan MIMOS bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu (JKP) dan Jawatankuasa Teknikal (JKT) projek sebelum sebarang pelaksanaan serta perbelanjaan dibuat.
b. Perenggan 2, surat bertarikh 18 Disember 2023 daripada KDN kepada MIMOS menyatakan “bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Identiti Digital Nasional (IDN) , MIMOS hendaklah mengemukakan perincian peruntukan dan senarai perolehan bagi proses On Boarding Perkhidmatan Awam sebaik sahaja perolehan tersebut dilaksanakan kepada JKT dan JKP untuk disahkanâ€. Perenggan 3 surat yang sama menyatakan, “bagaimanapun, bagi tujuan pelaksanaan dan perolehan seterusnya dalam...
Isu : Perbelanjaan Operasi RM14.09 Juta Menggunakan Peruntukan Pembangunan Projek
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Lampiran 5 [Pecahan Kos] Perjanjian Tambahan No. 1 Projek MyDID, kos penyaluran pertama bagi Skop Perkhidmatan di bawah sub-skop E14 Project Management adalah berjumlah RM12.30 juta.
b. Lampiran II Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, JPM menyatakan perbelanjaan emolumen serta perolehan kelengkapan pejabat tidak dibenarkan dibayar di bawah peruntukan pembangunan. Semua bayaran berkaitan hendaklah dibiayai melalui peruntukan mengurus.
c. Semakan Audit mendapati MIMOS telah membuat tuntutan balik sejumlah RM14.17 juta di bawah sub-skop E14 Project Management. Bagaimanapun, sejumlah RM14.09 juta (99.4%) merupakan perbelanjaan operasi yang...
Isu : Perbelanjaan Tanpa/Melebihi Penyaluran Peruntukan Sejumlah RM4.08 Juta
Selesai :
a. Klausa 4.1 (iv) Perjanjian Tambahan No. 1 Projek MyDID (Lampiran 5 - Pecahan Kos) menyatakan mengenai pecahan kos bagi setiap skop projek mengikut penyaluran peruntukan. Maklumat lanjut mengenai penyaluran pertama berjumlah RM80 juta dalam perjanjian adalah seperti dalam Jadual 4.
b. Semakan Audit mendapati penyaluran peruntukan bagi 11 sub-skop projek dalam perjanjian adalah berjumlah RM23.16 juta. Bagaimanapun, 11 sub-skop ini telah dibelanjakan sejumlah RM27.24 juta, iaitu tanpa/melebihi kos penyaluran sejumlah RM4.08 juta (17.6%). Perbelanjaan tanpa kos penyaluran adalah melibatkan sub-skop B1, B11 dan E7, manakala perbelanjaan melebihi kos penyaluran adalah C7, C8, E1, E9, E10, E11, E14 dan...
Isu : Perbelanjaan Melebihi Jumlah Kos Bagi Sub-Skop Projek Sejumlah RM70,000
Selesai :
a. Klausa 4.1 (iv) Perjanjian Tambahan No. 1 Projek MyDID (Lampiran 5 - Pecahan Kos) menetapkan jumlah kos bagi setiap sub-skop projek.
b. Semakan Audit mendapati jumlah kos dalam perjanjian bagi sub-skop F2 Data Centre Services adalah berjumlah RM1.47 juta. Bagaimanapun, perbelanjaan bagi sub-skop ini adalah RM1.54 juta, iaitu melebihi jumlah kos RM70,000 (4.8%). Butiran lanjut seperti dalam Jadual 6.
c. Perbelanjaan melebihi jumlah kos bagi sub-skop dalam perjanjian adalah disebabkan perubahan sub-skop yang tidak dibawa ke Mesyuarat JKT dan JKP seperti ditetapkan dalam surat bertarikh 12 Disember 2023.
Isu : Perolehan Peralatan Certificate Authority RM79,000 Tanpa Kelulusan Makmal Kajian Nilai
Selesai :
a. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, JPM Bil. 1 Tahun 2015 menyatakan Kerajaan telah menetapkan supaya Pengurusan Nilai dilaksanakan bagi semua program/projek bernilai RM50 juta dan ke atas.
b. Berdasarkan Minit Mesyuarat JKT IDN bertarikh 2 Februari 2024, mesyuarat memaklumkan Makmal Kajian Nilai perlu dilaksanakan bagi projek pembangunan bernilai RM50 juta ke atas. Makmal Kajian Nilai perlu dilaksanakan semula kerana terdapat perubahan atau perbezaan skop projek antara Projek IDN yang dirancang oleh KDN dengan Projek IDN yang dilaksanakan oleh MIMOS.
c. MIMOS telah membentangkan pelan perbelanjaan projek antaranya pelaksanaan dan perolehan Certificate Authority (CA) dalam Mesyuarat JKT IDN bertarikh 2...
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Isu : KUTIPAN HASIL YURAN PELAJAR TIDAK TERATUR - Kutipan Hasil Dibuat oleh Pihak yang Tidak Diberi Kuasa
Dalam Tindakan :
2.4.1. Kuasa Universiti mengikut perenggan 4(1)(u), Perlembagaan UKM adalah menuntut dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah. Berdasarkan peruntukan tersebut, adalah jelas bahawa kuasa mengutip yuran pelajar merupakan suatu kuasa statutori Universiti yang dilaksanakan melalui Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di bawah subseksyen 4(3), Perlembagaan UKM.
2.4.2. Menurut subseksyen 60(1) Perlembagaan UKM, LPU boleh dengan surat cara bertulis mewakilkan kuasanya supaya dijalankan oleh mana-mana orang yang dinyatakan dalam surat cara itu mengikut nama atau jawatannya.
2.4.3. Semakan Audit mendapati kutipan yuran pelajar berjumlah RM50.74 juta, merangkumi SPEND sebanyak RM3.53 juta dan DPLI berjumlah RM47.21 juta telah...
Isu : KUTIPAN HASIL YURAN PELAJAR TIDAK TERATUR - Perjanjian Kerjasama Tidak Sah
Dalam Tindakan :
2.5.1. Subperenggan 5(1)(a) (i), Perlembagaan UKM mengenai Kuasa Tambahan Universiti menetapkan bahawa Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, perjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama dengan atau selainnya sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan swasta atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain.
2.5.2. Semakan Audit mendapati perjanjian kerjasama bagi SPEND dan DPLI yang ditandatangani pada 15 Jun 2023 tidak mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan. Perjanjian tersebut...
Isu : KUTIPAN HASIL YURAN PELAJAR TIDAK TERATUR - Hasil Yuran Pelajar Tidak Diperakaunkan
Dalam Tindakan :
Hasil Yuran Pelajar Berjumlah RM32.36 juta Tidak Diperakaunkan
Berdasarkan kepada Perenggan 19 MPSAS 9, Hasil Daripada Urus Niaga Pertukaran, yang menetapkan bahawa hasil daripada urus niaga perkhidmatan hendaklah diiktiraf apabila amaun hasil boleh diukur dengan pasti dan manfaat perkhidmatan dijangka akan diterima oleh entiti. Berdasarkan kepada Schedule C, Payment Schedule and Details dalam perjanjian kerjasama bagi SPEND dan DPLI menetapkan Koperasi B-5-1788 hendaklah membayar kepada UKMShape sebanyak 47% hingga 50% daripada jumlah keseluruhan yuran pelajar SPEND dan 45% daripada jumlah keseluruhan yuran pelajar DPLI. Sehubungan dengan itu, hasil yuran pelajar yang diakaunkan oleh UKM berjumlah RM28.41 juta adalah...
Isu : KUTIPAN HASIL YURAN PELAJAR TIDAK TERATUR - Agihan Yuran Pelajar Lewat/Belum Diserahkan Kepada UKM
Dalam Tindakan :
2.7.1. Berdasarkan Schedule C, Payment Schedule and Details dalam perjanjian kerjasama yang ditandatangani menetapkan Koperasi B-5-1788 hendaklah menyerahkan yuran pelajar mengikut kadar yang dipersetujui dalam perjanjian kerjasama sejurus selepas pelajar selesai mendaftar pada setiap semester. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.
2.7.2. Semakan Audit mendapati yuran pelajar bagi SPEND dan DPLI berjumlah RM21.02 juta tidak diserahkan kepada UKM sejurus selepas pelajar selesai mendaftar pada setiap semester. Tempoh kelewatan penyerahan oleh Koperasi B-5-1788 kepada pihak UKM berdasarkan tarikh akhir pendaftaran pelajar adalah di antara 31 hari hingga 291 hari. Yuran pelajar bagi Kohort 8/Semester 2 SPEND masih belum...
Isu : KUTIPAN HASIL YURAN PELAJAR TIDAK TERATUR - Konflik Kepentingan Dalam Pengurusan SPEND dan DPLI
Dalam Tindakan :
2.8.1. Berdasarkan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605 ], Jadual Kedua, Seksyen 5 – Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Bahagian II (Tatalaku), subperaturan 4(1) Pekerjaan Luar; menyatakan melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun, seseorang pegawai tidak boleh—
(a) mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian;
(b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja dengan mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;
(c) sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan atau...
Isu : PERBELANJAAN TIDAK TERATUR - Bayaran Komisen Berjumlah RM5.94 juta Kepada Ejen Pengambilan Pelajar yang Tidak Layak
Dalam Tindakan :
3.3.1. Mesyuarat MPU Bil. 16/2024 bertarikh 18 November 2024 telah meluluskan pelantikan Rakan Perniagaan Strategik yang berstatus aktif iaitu 137 ejen pengambilan pelajar bagi pasaran tempatan dan antarabangsa sejak tahun 2022 hingga 2024.
3.3.2. GPKP UKM, Perenggan 43 (2), Bahagian 6 Perbelanjaan dan Pembayaran menetapkan Pegawai Pembayar hendaklah memastikan bahawa semua proses semakan dan pengesahan pembayaran dibuat secara teratur dan mempunyai dokumen sokongan yang bersesuaian. GPPK SBU, perenggan 6.16 menetapkan baucar hendaklah mempunyai tandatangan ringkas pegawai yang mengesahkan kesahihannya.
3.3.3. Semakan Audit mendapati bayaran komisen berjumlah RM5.94 juta telah dibuat kepada 41 ejen pengambilan pelajar yang tidak...
Isu : PERBELANJAAN TIDAK TERATUR - Bayaran Perbelanjaan ke Luar Negara Kepada Enam Individu Bukan Kakitangan UKM
Dalam Tindakan :
3.4.1. Garis Panduan Penggunaan Kad Kredit Korporat UKM menetapkan PTJ yang berkeperluan untuk menggunakan Kad Kredit Korporat Universiti perlu mematuhi perkara berikut:
3.4.1.1. Membuat permohonan bertulis berserta justifikasi permohonan kepada Bendahari dan menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada JKTK.
3.4.1.2. PTJ atau pegawai yang layak menerima Kad Kredit Korporat Universiti adalah berdasarkan kepada kelulusan daripada JKTK sahaja.
3.4.1.3. Penggunaan Kad Kredit Korporat Universiti hanya dibenarkan untuk perbelanjaan rasmi yang diluluskan. Kad Kredit tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan persendirian sama ada oleh pemegang kad atau orang lain.
3.4.1.4. Sebarang keperluan penambahan Kad Kredit Korporat...
Isu : PERBELANJAAN TIDAK TERATUR - Bayaran Elaun Pelajar Sangkutan Industri Kepada Pelajar yang Tidak Layak
Dalam Tindakan :
3.5.1. Perenggan 2(a) dalam Garis Panduan Pengambilan Pelajar Latihan Amali/Praktikal UKM mensyaratkan pelajar hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
3.5.2. Perenggan 43(2), Bahagian 6 Perbelanjaan dan Pembayaran dalam GPKP UKM pula menetapkan Pegawai Pembayar hendaklah memastikan bahawa semua proses
semakan dan pengesahan pembayaran dibuat secara teratur dan mempunyai dokumen sokongan yang bersesuaian.
3.5.3. Semakan Audit mendapati bayaran Elaun Pelajar Sangkutan Industri berjumlah RM35,000 telah dibuat kepada seorang pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) bagi tempoh bulan April hingga Disember 2024. Semakan lanjut mendapati pelajar tersebut tidak memenuhi syarat pengambilan, iaitu warganegara Malaysia. Maklumat lanjut adalah seperti...
Isu : PERBELANJAAN TIDAK TERATUR - Bayaran Pendahuluan bagi Penyelarasan Program Khas Dibuat Tanpa Kelulusan yang Sah
Dalam Tindakan :
3.6.1. GPKP UKM, perenggan 43(2), Bahagian 6 Perbelanjaan dan Pembayaran menetapkan Pegawai Pembayar hendaklah memastikan bahawa semua proses semakan
dan pengesahan pembayaran dibuat secara teratur dan mempunyai dokumen sokongan yang bersesuaian.
3.6.2. GPPK SBU, perenggan 6.10 menetapkan semua baucar hendaklah disokong dengan butir-butir penuh mengenai tiap-tiap satu perkhidmatan, bekalan atau kerja seperti tarikh, nombor, kuantiti, kiraan jarak dan kadar untuk membolehkan baucar itu disemak tanpa merujuk kepada apa-apa dokumen selain yang dikembarkan padanya.
3.6.3. Semakan Audit mendapati baucar bayaran pada 3 April 2024 berjumlah RM200,000 telah dibuat kepada syarikat 1123077-P sebagai bayaran pendahuluan bagi penyelarasan program khas....
Isu : PERBELANJAAN TIDAK TERATUR - Perolehan Pakej Penginapan dan Perkhidmatan Promosi Tidak Dibuat Melalui Jawatankuasa Sebut Harga
Dalam Tindakan :
3.7.1. Garis Panduan Sebut Harga Perolehan UKM, perenggan 2.8.1 menetapkan perolehan yang melibatkan jumlah nilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000 setahun atau suatu kontrak hendaklah dilaksanakan secara sebut harga di kalangan pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
3.7.2. Semakan Audit mendapati dua perolehan pakej penginapan dan perkhidmatan promosi masing-masing berjumlah RM295,500 dan RM108,000 tidak dibuat melalui Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH) sebaliknya hanya diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan yang dipengerusikan oleh mantan Pengarah UKMShape. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.
PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA
Selesai :
2.9. Setakat 31 Disember 2024, baki pemiutang Projek PUKL yang belum dibayar adalah berjumlah RM45.71 juta melibatkan 48 kontraktor.PPHM telah mengadakan rundingan pembayaran dengan 48 kontraktor berdasarkan Strategi Rundingan yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Lembaga PPHM bertarikh 13 Februari 2025. Strategi Rundingan tersebut adalah tawaran penyelesaian pembayaran sebanyak 61.72% daripada baki pemiutang Projek PUKL. Walau bagaimanapun, hanya 44 daripada 48 kontraktor bersetuju dengan tawaran penyelesaian PPHM. Sehingga 30 September 2025, PPHM telah membayar sejumlah RM22.56 juta kepada 44 kontraktor yang bersetuju dengan tawaran penyelesaian. Baki bayaran kepada empat kontraktor yang belum bersetuju dianggarkan berjumlah RM4.33 juta.
Dalam Tindakan :
2.10. PPHM juga telah dilantik sebagai pemaju Projek Mahallah pada tahun 2017 bagi membina satu blok bangunan penginapan di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Selangor dan telah siap dibina pada tahun 2024. Pada 31 Disember 2024, baki kontrak yang telah diperuntukkan adalah berjumlah RM1.61 juta. Walau bagaimanapun, baki tersebut masih belum dibayar kepada kontraktor Projek Mahallah sehingga Sijil Akuan Muktamad dikeluarkan.
Dalam Tindakan :
2.11. Setakat 31 Disember 2024, PPHM juga mempunyai amaun terhutang kepada LTAT berjumlah RM31.79 juta yang terdiri daripada pendahuluan bagi membayar Deposit Maintenance Bond dan Design Guarantee Bond untuk Projek PUKL sejumlah RM29.90 juta dan hasil jualan projek yang belum diserahkan kepada LTAT sejumlah RM1.89 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.
2.12. Pada tahun 2024, amaun terhutang kepada LTAT telah berkurang sejumlah RM45.13 juta disebabkan PPHM telah menyerahkan hasil jualan projek dan membayar sebahagian pendahuluan kepada LTAT. Sehingga 30 September 2025, baki amaun terhutang kepada LTAT adalah berjumlah RM15.43 juta.
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Perancangan Strategik
Dalam Tindakan :
18. Objektif penubuhan PAJ sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Syarikat adalah untuk membantu Kerajaan Negeri merancang strategi, melaksanakan dan mengurus sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi menambah baik rangkaian bandar.
19. Berdasarkan seksyen 211 Akta Syarikat 2016 [Akta 777], perniagaan dan hal ehwal syarikat hendaklah diuruskan oleh atau di bawah arahan Lembaga Pengarah, dan Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk mengurus, mengarah serta menyelia pengurusan syarikat tertakluk kepada Akta ini dan Perlembagaan Syarikat. Selaras dengan seksyen 213 Akta 777 juga, pengarah hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bertindak bagi maksud yang sepatutnya, dengan suci hati demi kepentingan syarikat serta dengan tahap ketelitian, kemahiran...
Isu : Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Dalam Tindakan :
22. Seksyen 252 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] memperuntukkan kewajipan pengarah untuk menyediakan directors’ report bagi setiap tahun kewangan dan memastikan laporan tersebut diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Peruntukan ini tidak mewajibkan penetapan atau pelaksanaan KPI. Seksyen 253 Akta 777 pula menetapkan kandungan minimum directors’ report, termasuk aktiviti utama syarikat dan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Bahagian II, Jadual Kelima Akta 777. Walau bagaimanapun, seksyen ini tidak secara khusus mensyaratkan laporan pencapaian KPI atau analisis prestasi KPI secara terperinci, kecuali setakat ia dimasukkan sebagai sebahagian daripada business review yang bersifat pilihan (optional).
23. Garis Panduan MKD Tahun 2024, Bahagian B, Peranan Ahli...
Isu : prestasi aktiviti - Prestasi Aktiviti Pelaksanaan Program Pengangkutan Awam
Dalam Tindakan :
36. PAJ juga diberi peranan untuk melaksanakan program pengangkutan awam melalui Kontrak Perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri selama tiga tahun bermula 13 Mac 2018 hingga 12 Mac 2021. Seterusnya pelanjutan tempoh selama dua tahun menerusi Kontrak Perkhidmatan Tambahan bermula 13 Mac 2021 hingga 12 Mac 2023.
37. PAJ telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sejumlah RM8.37 juta bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 untuk melaksanakan program pengangkutan awam. Bagi tahun 2021 hingga 2023, penyaluran peruntukan telah dibuat berdasarkan Kontrak Perkhidmatan Tambahan antara Kerajaan Negeri dan PAJ dengan harga siling sejumlah RM5.00 juta setahun dengan kaedah pay and claim. Bermula tahun 2024, penyaluran...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Perkhidmatan BMJ
Dalam Tindakan :
41. Pentadbiran Kontrak BMJ. LP PAJ melalui Ketetapan Beredar bertarikh 28 Julai 2016 meluluskan tatacara perolehan PAJ adalah mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.
42. Perenggan 4.2 Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 Surat Setuju Terima, Pesanan Kerajaan dan Inden Kerajaan Bagi Perolehan Kerajaan, bagi kategori perolehan bermasa yang mempunyai tempoh melebihi empat bulan bagi semua had nilai, Surat Setuju Terima (SST) hendaklah disusuli dengan penyediaan dokumen kontrak dalam tempoh empat bulan selepas SST ditandatangan balas oleh syarikat.
43. Perkhidmatan BMJ telah bermula pada April 2016 berdasarkan kontrak terdahulu dengan tempoh perkhidmatan selama lima tahun (3+2) yang berakhir pada Mac 2021. Semakan Audit mendapati kontrak perkhidmatan...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Perkhidmatan BMJ
Dalam Tindakan :
46. Pengurusan Bayaran BMJ – Kelewatan Pembayaran kepada Syarikat Operator BMJ. Kontrak Perkhidmatan BMJ antara PAJ dengan syarikat operator menetapkan pembayaran perkhidmatan BMJ perlu dijelaskan tidak lewat daripada 25 hari bulan pada bulan berikutnya berdasarkan laporan prestasi bulanan yang perlu dihantar setiap minggu kedua bulan berikutnya. Syarikat operator berhak untuk mengenakan denda lewat bayar sebanyak 8% setahun kepada PAJ ke atas jumlah yang tertunggak selepas tujuh hari daripada tarikh yang ditetapkan.
47. Semakan Audit mendapati PAJ lewat membuat pembayaran kepada syarikat operator bagi tempoh bulan April 2021 hingga Mac 2025. Analisis Audit mendapati tempoh kelewatan adalah antara 100 hingga 717...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Perkhidmatan BMJ
Dalam Tindakan :
49. Pengurusan Bayaran BMJ – Tuntutan Syarikat Operator Dibayar Tanpa Kontrak Formal.Perenggan 7.1 Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 Surat Setuju Terima, Pesanan Kerajaan dan Inden Kerajaan Bagi Perolehan Kerajaan, bagi kontrak bermasa dibenarkan bayaran berkala sehingga tiga kali dalam tempoh empat bulan pertama selepas SST dikeluarkan dan sebelum kontrak formal ditandatangani. Bayaran berkala yang seterusnya akan dibuat selepas kontrak formal ditandatangani.
50. Semakan Audit mendapati SST telah dikeluarkan kepada syarikat operator pada 20 Ogos 2024 bagi perkhidmatan BMJ yang melibatkan 41 laluan untuk tempoh 1 September 2024 hingga 31 Mac 2025. Kontrak formal sepatutnya dimeterai selewat-lewatnya pada 19 Disember 2024. Namun,...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Perkhidmatan BMJ
Dalam Tindakan :
51. Perubahan Perkhidmatan BMJ Beroperasi Tanpa Kelulusan. Perenggan 1.1 Kontrak Perkhidmatan BMJ menyatakan bahawa Pegawai Penguasa iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) adalah bertanggungjawab untuk memantau dan menyelia pelaksanaan perkhidmatan BMJ dalam melaksanakan fungsi, hak serta kewajipan Kerajaan Negeri. Antara tanggungjawab Pegawai Penguasa yang dinyatakan adalah meluluskan perubahan laluan sedia ada dan laluan baharu BMJ.
52. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 sebanyak 58 (64.4%) daripada 90 perubahan dalam perkhidmatan BMJ yang meliputi perubahan laluan/kilometer/trip telah dilaksanakan oleh syarikat operator tanpa kelulusan daripada Pegawai Penguasa.
53. Analisis Audit mendapati sehingga tamat kontrak perkhidmatan BMJ pada 30...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Perkhidmatan BMJ
Dalam Tindakan :
54. Usia Bas BMJ Melebihi Lima Tahun. Kontrak Perkhidmatan BMJ antara PAJ dengan Kerajaan Negeri/PBT dan kontrak PAJ dengan syarikat operator menetapkan usia bas tidak melebihi lima tahun.
55. Semakan Audit mendapati 12 (15.4%) daripada 78 bas BMJ telah mencapai usia melebihi lima tahun iaitu antara enam hingga 12 tahun. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati tiada sebarang tindakan diambil oleh PAJ terhadap operator yang telah melanggar syarat kontrak. Butiran adalah seperti dalam Jadual 11 serta di Gambar 1 dan Gambar 2.
Isu : pengurusan aktiviti - Pengurusan Syarikat Subsidiari
Dalam Tindakan :
56. Pinjaman Kepada Subsidiari. Amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan iaitu MKD Handbook 2014 perenggan 2.5 (d) menjelaskan semua keputusan perniagaan yang material/signifikan dibuat melalui mesyuarat Lembaga Pengarah dan bukan secara Resolusi Lembaga Pengarah.
57. PAJ telah menyalurkan dana sejumlah RM3.50 juta secara pinjaman kepada PAJ-TFK bagi tujuan pengurusan dan pengoperasian TFAK. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati dana pinjaman telah diluluskan secara berperingkat melalui Ketetapan Bertulis LP PAJ.
58. Semakan Audit selanjutnya mendapati pengeluaran dana pinjaman hanya disahkan dalam mesyuarat LP PAJ antara 22 hingga 149 hari dari tarikh kelulusan Ketetapan Bertulis LP PAJ seperti di Jadual 12.
59. Amalan terbaik yang...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah
Dalam Tindakan :
61. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan dibuat berdasarkan Akta Syarikat 2016; Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021; dan The Green Book – Enhancing Board Effectiveness, April 2006.Â
62. Empat prinsip amalan tatakelola terbaik adalah Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah; Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman; Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan dengan Pemegang Taruh; dan Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat.
63. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkaitan dengan Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; dan Pelan Strategik/KPI/SOP. Elemen amalan terbaik tersebut telah diamalkan kecuali perkara berikut:
a) Lembaga Pengarah
i....
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman
Dalam Tindakan :
64. Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman dinilai melalui elemen amalan tatakelola yang baik iaitu Audit Dalaman; dan Jawatankuasa Audit (JKA) dan Risiko. Semakan Audit mendapati Unit Audit Dalam (UAD) tidak ditubuhkan oleh PAJ. Ketiadaan UAD menyebabkan tiada mekanisme bebas untuk menilai keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko, pematuhan dasar serta integriti operasi syarikat.
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan Dengan Pemegang Taruh
Dalam Tindakan :
65. Berdasarkan subseksyen 248(1) Akta Syarikat 2016, syarikat hendaklah menyediakan penyata kewangan beraudit dalam tempoh tidak melebihi enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan.
66. Semakan Audit mendapati Penyata Kewangan Beraudit tahun 2022, 2023 dan 2024 tidak pernah dibentangkan dalam Mesyuarat LP PAJ.
Perbadanan Johor
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Pengurusan Hartanah: Perjanjian Penyewaan Hartanah Tamat Tempoh dan Tidak Diperbaharui
Dalam Tindakan :
57. Berdasarkan Garis Panduan Perjanjian Penyewaan Bahagian Pengurusan Hartanah, perjanjian penyewaan perlu disediakan bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak iaitu antara pemilik dan penyewa. Surat perjanjian penyewaan mengandungi maklumat berkaitan kadar sewa, jumlah deposit,tarikh sewa berkuatkuasa, tempoh sewa dan maklumat berkaitan penamatan penyewaan.
58. Jabatan Hartanah menguruskan 26 penyewaan hartanah di KULIM. Berdasarkan Garis Panduan Penyewaan Hartanah, Jabatan Hartanah bertanggung jawab mengenal pasti penyewaan yang telah tamat tempoh dan mengambil tindakan sama ada meneruskan atau menamatkan penyewaan.
59. Semakan Audit mendapati sebanyak 19 daripada 26 (73.1%) perjanjian penyewaan telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui antara enam bulan hingga 10 tahun. Butiran...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Pengurusan Hartanah: Tunggakan Sewaan Hartanah
Dalam Tindakan :
63. Garis Panduan Penyewaan Hartanah, perenggan 5 menyatakan Jabatan Hartanah perlu memastikan kedua-dua pihak mematuhi terma kontrak seperti bayaran bulanan, keluasan sewaan dan tanggungjawab lain yang telah dimeterai di dalam kontrak perjanjian. KULIM menetapkan bayaran sewa mesti dibayar secara bulanan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di dalam perjanjian.
64. Semakan Audit terhadap Laporan Tunggakan Sewaan mendapati sejumlah RM1.66 juta tunggakan dicatatkan setakat 31 Disember 2024 melibatkan 16 penyewa yang masih aktif dengan tempoh tunggakan antara satu hingga 54 bulan seperti dalam Jadual 16.
65. Pihak Audit mendapati tiada terma penalti atas kelewatan bayaran sewaan dinyatakan di dalam perjanjian. Selain itu, isu...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Pengurusan Hartanah: Pengurusan Tioman Horizon Condotel
Dalam Tindakan :
66. Syarikat 1264124-X dilantik bagi menguruskan 12 unit servis apartmen Tioman HorizonCondotel bermula pada 1 Jun 2017 sehingga31 Mei 2021. Bermula pada 1 Jun 2021 sehingga pengauditan, servis apartmen telah terbiar kerana KULIM tidak menguruskan sendiri atau melantik pihak luar dalam mengendalikan apartmen tersebut.
67. Berdasarkan Penyata Kewangan KULIM bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, apartmen yang dibeli pada tahun 2012 dengan kos berjumlah RM2.90 juta telah diakaunkan dengan jumlah RM1.56 juta berdasarkan penilaian yang dibuatoleh syarikat penilaiyang dilantik oleh KULIM.
68. Lawatan fizikal Audit pada 10 September 2024 mendapati kesemua 12 unit servis apartmen berada dalam keadaan tidak terurus dan tidak...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Pengurusan Hartanah: Pengurusan Tioman Horizon Condotel – Bayaran Kumpulan Wang Penjelas
Dalam Tindakan :
69. Seksyen 24 (1)(a) Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan perbadanan pengurusan hendaklah membuka dan menyenggara satu akaun kumpulan wang penjelas. Semakan Audit mendapati KULIM telah membayar kumpulan wang penjelas dan penyenggaraan berjumlah RM120,304.80 kepada Perbadanan Pengurusan Tioman Horizon Condotel bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024.
70. Seksyen 59 (1)(a) Akta Pengurusan Strata 2013 pula menetapkan tanggungjawab perbadanan pengurusan adalah menyenggara dan menguruskan hartanah bersama. Lawatan fizikal Audit pada 10 September 2024 mendapati berlaku kerosakan di luar apartmen yang merupakan tanggungjawab Perbadanan Pengurusan Tioman Horizon Condotel. Kelemahan pemantauan oleh KULIM menyebabkan kerosakan tersebut tidak dilaporkan dan tindakan pembaikan tidak...
Dalam Tindakan :
71. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan dibuat berdasarkan Akta Syarikat 2016; Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 Siri 1 No. 1 Tahun 2024; Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021; dan The Green Book – Enhancing BoardEffectiveness, April 2006.
72. Empat prinsip amalan tatakelola terbaik yang disemak adalah keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah; keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; dan kemampanan dan tanggungjawab korporat.
Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
73. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga...
TERENGGANU SKILLS DEVELOPMENT CENTRE BERHAD
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Pusat Kemahiran Bertauliah - Program/Kursus Kemahiran
Dalam Tindakan :
25. Program/Kursus Kemahiran - Semakan Audit mendapati TESDEC Bhd. hanya mencapai tujuh (26.9%) daripada 26 sasaran sub aktiviti yang ditetapkan bagi program/kursus kemahiran pada tahun 2023 dan 2024 seperti dalam Jadual 4.
26. Analisis Audit mendapati bagi aktiviti Technical and Vocational Education and Training (TVET), TESDEC Bhd. telah mencapai sasaran kursus semasa, iaitu sebanyak tujuh kursus pada tahun 2023. Bagaimanapun, hanya enam kursus semasa yang ditawarkan berbanding tujuh kursus yang disasarkan pada tahun 2024.
27. Semakan Audit mendapati TESDEC Bhd. belum mencapai Kursus Tingkat Tahap dan Kursus Baru mengikut National Occupational Skill Standard (NOSS) pada tahun 2023...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Pusat Kemahiran Bertauliah - Program/Kursus Jangka Pendek
Dalam Tindakan :
33. Program/Kursus Jangka Pendek - Semakan Audit mendapati TESDEC Bhd. belum mencapai kesemua empat sasaran aktiviti yang ditetapkan pada tahun 2023 dan 2024 seperti dalam Jadual 5.
34. Analisis Audit mendapati hanya tiga (17.6%) program TVET yang ditawarkan berbanding 17 sasaran yang ditetapkan pada tahun 2023. Tiga program tersebut ialah kursus Latihan Pengendali Makanan, ECP Hybrid Electric Vehicle Technology dan Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installation and Maintenance dengan tempoh kursus antara satu hari hingga empat bulan. Semakan Audit mendapati sebanyak 11 program yang pernah dijalankan sebelum ini tidak dapat dijalankan pada tahun 2023 antaranya ialah kursus Safety and...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Kolej TESDEC)
Dalam Tindakan :
40. Semakan Audit mendapati pada tahun 2023 dan 2024, TSB hanya mencapai satu daripada empat aktiviti Kolej TESDEC seperti dalam Jadual 6.
41. Analisis Audit mendapati TSB hanya mencapai sasaran bagi program akademik sahaja pada tahun 2023 dan 2024. Sebanyak lima program akademik telah dilaksanakan terdiri daripada satu program sijil dan empat program diploma. Program sijil yang dijalankan ialah Sijil Sains dengan tempoh pengajian tiga semester. Program diploma pula ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (DTKA), Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan (DTKK), Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP) serta Diploma Pelancongan Haji dan Umrah (DPHU) dengan tempoh pengajian enam semester.
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Projek Penjanaan Kuasa Daripada Tenaga Diperbaharui
Dalam Tindakan :
45. Semakan Audit mendapati pada tahun 2023 dan 2024, pencapaian sasaran dua projek solar tidak dapat diukur. Selain itu, sasaran kajian lanjut NEM Fasa 2 dan bidang tujahan baru belum tercapai pada tahun 2023 dan 2024. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 7.
46. Semakan Audit mendapati pencapaian Projek NEM Fasa 1 dan LSS4 tidak dapat diukur kerana PS yang disediakan hanya menetapkan tahun Commercial Operation Date (COD) tanpa penetapan peratusan sasaran.
47. Semakan Audit juga mendapati Kajian Lanjut NEM Fasa 2 belum dicapai kerana hanya 34 daripada 50 sasaran lokasi projek telah dibuat. Kajian ini melibatkan perancangan...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Yuran - Tunggakan Yuran Pelajar Yang Telah Tamat Pengajian
Dalam Tindakan :
58. Tunggakan Yuran Pelajar Yang Telah Tamat Pengajian - Semakan Audit mendapati seramai 206 pelajar telah menamatkan pengajian bagi tahun 2021 hingga 2024. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap lejar akaun pelajar mendapati seramai 69 pelajar masih belum menjelaskan yuran pengajian berjumlah RM0.24 juta. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 48 pelajar mendapat tajaan penuh PTPTN dan YT, enam pelajar bukan tajaan penuh PTPTN manakala 15 orang pelajar tidak mendapat mana-mana tajaan. Maklumat lanjut tunggakan adalah seperti dalam Jadual 11.
63. Selain itu, semakan Audit juga mendapati TSB tidak mengeluarkan sebarang surat/notis peringatan kepada pelajar yang mempunyai tunggakan yuran. Ini menyebabkan tunggakan...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Yuran - Tunggakan Yuran Pelajar Yang Telah Berhenti/Ditamatkan Pengajian
Dalam Tindakan :
59. Tunggakan Yuran Pelajar Yang Telah Berhenti/Ditamatkan Pengajian - Semakan Audit terhadap Laporan Penghutang program akademik setakat 31 Disember 2024 mendapati seramai 52 pelajar yang telah berhenti/ditamatkan pengajian pada tahun 2021 hingga 2024 mempunyai tunggakan sejumlah RM0.18 juta. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati rekod pelajar yang berhenti/ditamatkan pengajian tersebut berbeza dengan rekod di Unit HEA dan Bahagian Kewangan.
60. Semakan Audit mendapati Unit HEA merekodkan seramai 29 pelajar yang berhenti/ditamatkan pengajian pada tahun 2021 hingga 2024 dengan tunggakan yuran sejumlah RM0.06 juta manakala rekod di Bahagian Kewangan pula adalah seramai 14 orang dengan tunggakan sejumlah RM0.06 juta. Perbezaan antara...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Projek (TSSB) - Projek LSS1 - Tanggungan Hutang Kepada TSB Bagi Pinjaman Projek LSS1
Dalam Tindakan :
68. Tanggungan Hutang Kepada TSB Bagi Pinjaman Projek LSS1 - Pada 8 Januari 2019, TSB telah membuat permohonan bantuan pinjaman dengan Kerajaan Negeri bagi menyiapkan pembangunan projek ladang solar TSSB iaitu projek LSS1 dan pada 1 April 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan berjumlah RM2.00 juta bagi tujuan tersebut. Pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh bayaran balik bermula Julai 2019 hingga Ogos 2020 dengan kadar RM0.70 juta (Julai 2019) dan RM0.10 juta sebulan (Ogos 2019 hingga Ogos 2020).
69. Bagaimanapun, TSB tidak mampu untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan dan telah memohon penstrukturan semula bayaran...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Projek (TSSB) - Projek LSS1 - Projek Belum Siap Sepenuhnya
Dalam Tindakan :
74. Projek Belum Siap Sepenuhnya - Kontrak EPCC dengan kos projek berjumlah RM23.87 juta telah ditandatangani antara TGE dan Syarikat No. 1018572-P pada 15 Mei 2017. Berdasarkan Klausa 3.1 dalam Kontrak Perjanjian, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 22 bulan bermula 24 Februari 2017 hingga 24 Disember 2018. Mengikut Klausa 11.1 dalam Kontrak EPCC, sekiranya penyiapan kerja tertangguh bukan disebabkan oleh kesalahan Kontraktor, Syarikat No. 1018572-P hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada TGE dengan menyatakan punca kelewatan tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh berlakunya kelewatan. Klausa 11.2 dalam Kontrak EPCC menetapkan TGE boleh meluluskan lanjutan tempoh yang adil dan...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Projek (TSSB) - Projek LSS1 - Penalti oleh TNB
Dalam Tindakan :
79. Penalti oleh TNB - Klausa 6.1 dalam PPA menyatakan kegagalan membekal tenaga pada tarikh COD boleh menyebabkan TGE dikenakan denda maksimum 180 hari sejumlah RM1,000 per hari dengan kadar 3.5 MWac (RM630,000). Semakan Audit mendapati sehingga tarikh pengauditan pada 31 Disember 2024, projek LSS1 masih belum disiapkan sepenuhnya namun projek telah beroperasi dan menjana pendapatan bermula Januari 2020. Kelewatan penyiapan dan operasi projek menyebabkan TNB mengenakan penalti sejumlah RM0.63 juta. Bagaimanapun, TGE menghadapi masalah kewangan dan memohon penstrukturan semula bayaran penalti dan TNB telah meluluskan pembayaran secara ansuran sejumlah RM0.04 juta selama 15 bulan bermula 5 Januari 2023...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Projek (TSSB) - Projek LSS1 - Kerosakan di Bangunan Projek LSS1
Selesai :
81. Kerosakan di Bangunan Projek LSS1 - Klausa 8.1 dalam perjanjian bertarikh 15 Mei 2017 antara TGE dengan Syarikat No. 1018572-P menetapkan kontraktor perlu melaksanakan kerja dengan berkualiti. Bagaimanapun, berdasarkan Klausa 3.1 perjanjian penyelesaian bertarikh 20 Januari 2023, Syarikat No. 1018572-P telah dilepaskan daripada tanggungjawab menyiapkan baki kerja projek termasuk tanggungan membaiki kerosakan. Lawatan Audit pada 10 September 2024 mendapati berlaku kerosakan di bangunan projek LSS1 seperti dalam Gambar 5 hingga Gambar 8.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Aset - Kemudahan Dan Fasiliti
Dalam Tindakan :
82. Kemudahan dan Fasiliti - Lawatan fizikal Audit pada 23 Oktober 2024 mendapati sebanyak empat kemudahan dan fasiliti di TESDEC Bhd. mengalami kerosakan dan tidak berada dalam keadaan yang kondusif. Kerosakan yang berlaku adalah lampu tangga koridor rosak, pintu bilik air tercabut, turus pintu bilik air rosak dan cermin di perpustakaan retak seperti dalam Gambar 9 hingga Gambar 12. Semakan Audit juga mendapati kerosakan ini tidak direkodkan dalam Borang Laporan Kerosakan.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Aset - Pengurusan Aduan Kerosakan
Dalam Tindakan :
83. Pengurusan Aduan Kerosakan - TESDEC Bhd. dan TSB tidak mempunyai sebarang SOP berkaitan pengurusan aduan kerosakan. Selain itu, daftar kerosakan tidak diselenggara bagi memantau status aduan yang diterima dan tindakan yang telah diambil.
84. Semakan Audit mendapati setiap aduan kerosakan direkodkan dalam borang laporan kerosakan yang disediakan oleh juruteknik dan diluluskan oleh Timbalan Pengurus Besar/Pengurus Besar. Pembaikan kerosakan dibuat sama ada secara dalaman oleh juruteknik atau kontraktor bagi pembaikan yang tidak dapat dibuat oleh juruteknik.
85. Bagi kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh kontraktor, borang inden kerja disediakan dan pengesahan siap kerja akan dibuat oleh juruteknik bagi...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah; Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman; Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan Dengan Pemegang Taruh serta Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat
Dalam Tindakan :
90. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Lembaga Pengarah; Pengerusi; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; dan Pelan Strategik/Key Performance Indicator (KPI)/Standard Operating Procedure (SOP). Semakan Audit mendapati kelemahan seperti berikut:
a. Lembaga Pengarah
• Semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) TESDEC Bhd. berstatus tidak bebas; Kod Tatalaku dan Etika syarikat tidak disediakan; serta tiada pelan latihan dan peruntukan bagi program pembelajaran yang berterusan kepada Lembaga Pengarah. Kelemahan ini boleh meningkatkan risiko terhadap konflik kepentingan; mengurangkan objektiviti dalam pengawasan dan pemantauan ALP terhadap aktiviti syarikat; dan menjejaskan keberkesanan fungsi ALP.
• Selain...
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU
Isu : Prestasi Aktiviti - kutipan hasil - Kutipan Hasil LPS Bercantum Borang 4B
Dalam Tindakan :
a. Paragraph 66(1)(a) NLC menyatakan Temporary occupation licences may, subject to any contrary direction by the State Authority and to the provisions of any rules under section 14, be issued or renewed on behalf of the State Authority in the case of State land, by the Land Administrator. Arahan PTG Bil. 2/2009 pula menetapkan bayaran LPS bagi perusahaan pasir adalah pada kadar RM1,000 per hektar setahun atau sebahagiannya. Pengusaha perlu menjelaskan bayaran sebelum aktiviti pengambilan pasir sungai dibuat.
b. Semakan Audit mendapati kutipan hasil LPS Bercantum Borang 4B adalah berjumlah RM0.56 juta dengan kelulusan 180 lesen, iaitu masing-masing...
Isu : Prestasi Aktiviti - kutipan hasil - Kutipan Hasil Permit Pengalihan Pasir Sungai
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan Negeri mengenai Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Belanjawan telah menetapkan semua Pegawai Pengawal menyediakan cadangan anggaran hasil pada setiap tahun. Â Sehubungan itu, PTD bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran kutipan hasil bagi permit pengalihan pasir sungai dan anggaran ini ada dinyatakan dalam Penyata Akaun Hasil i-Speks. PTD mengenakan kutipan permit pengalihan bagi pengeluaran pasir sungai yang dibawa keluar sama ada dari tanah kerajaan atau tanah milik. Kutipan hasil permit adalah berdasarkan kuantiti pengeluaran pasir sungai yang dibawa keluar pada kadar yang ditetapkan. Arahan PTG Bil. 1/2003 menetapkan kadar fi bagi pengalihan pasir tanah kerajaan adalah sebanyak RM1.20...
Isu : Prestasi Aktiviti - kutipan hasil - Kutipan Caj Penggubahan Sumber
Dalam Tindakan :
a. Bilangan 3(g) Jadual Keempat, PPADAPS 2021 menetapkan caj penggubahan bagi aktiviti pengorekan pasir dan bahan mineral (sungai, laut dan lombong) adalah pada kadar RM1/metrik tan setahun. LAUT bertanggungjawab mengeluarkan bil dan membuat kutipan caj penggubahan sumber berdasarkan kuantiti pengeluaran. Subseksyen 57(5), ESAT 2020 pula memperuntukkan Pengarah boleh mengambil tindakan bagi bayaran tertunggak melebihi 90 hari.
b. Semakan Audit mendapati LAUT tidak menetapkan sebarang sasaran bagi kutipan caj penggubahan sumber. Kutipan dibuat melalui bil yang dikeluarkan berdasarkan kaedah pengiraan permit pengalihan pasir sungai yang diperoleh daripada PTD. Bagi tahun 2022 hingga 2024, kenaan caj penggubahan sumber dan kutipan...
Isu : Prestasi Aktiviti - Kuantiti Pengeluaran Pasir Sungai
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan Negeri mengenai Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Belanjawan menggariskan setiap PTD menetapkan sasaran kutipan hasil bagi permit pengalihan pasir sungai. Sasaran ini merupakan ukuran bagi menentukan kuantiti pengeluaran pasir sungai.
b. Semakan Audit mendapati PTD tidak menetapkan sasaran bagi kuantiti pengeluaran pasir sungai. Berdasarkan laporan pengeluaran, sebanyak 2,281 permit telah dikeluarkan dengan kuantiti pengeluaran sebanyak 2.14 juta meter padu (m3) bagi tahun 2022 hingga 2024 seperti dalam Jadual 7.
c. Analisis Audit mendapati kuantiti pengeluaran pasir sungai mencatatkan trend menurun pada setiap tahun, iaitu daripada 944,792 m3 (2022) kepada 648,982 m3 (2023) dan 546,572 m3 (2024). Penurunan ini...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pelaksanaan aktiviti pengambilan pasir sungai - Pengurusan Deposit
Selesai :
a. Mengikut Syarat Am di bawah Syarat Kelulusan Perusahaan Pasir Sungai dan Pasir Muara oleh PTG Terengganu, pengusaha hendaklah membayar sejumlah wang deposit kepada Pentadbir Tanah sebagaimana diperuntukkan dalam PTT 1966. Deposit ialah bayaran cagaran yang dikenakan kepada pengusaha sebagai jaminan pematuhan syarat pengambilan bagi menampung kos pemulihan sekiranya berlaku kerosakan kawasan. Deposit ini akan dipulangkan semula apabila pengusaha membuat tuntutan bayaran balik setelah tamat tempoh kelulusan dan Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa tiada kerosakan terhadap keadaan struktur tebing, dasar sungai, jalan, dan harta awam.
b. Sebelum tahun 2022, deposit bagi pengalihan bahan batuan telah ditetapkan pada kadar RM5,000. Bagaimanapun, Arahan...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pelaksanaan aktiviti pengambilan pasir sungai- Kutipan Hasil LPS Bercantum Borang 4B Tidak Mengikut Kadar yang Ditetapkan
Dalam Tindakan :
a. Arahan PTG Bil. 2/2009 menetapkan bayaran LPS bagi perusahaan pasir sungai dinaikkan daripada RM500 per hektar setahun kepada RM1,000 per hektar setahun atau sebahagiannya berkuat kuasa 9 Jun 2009. Pengusaha perlu menjelaskan bayaran sebelum aktiviti pengambilan pasir sungai dibuat.
b. Semakan Audit mendapati kutipan yang dikenakan kepada lapan pengusaha pasir sungai di PTD Besut dan seorang pengusaha di PTD Dungun tidak mengikut kadar yang ditetapkan berjumlah RM6,700 seperti dalam Jadual 10.
c. Semakan Audit mendapati PTD Besut membuat kutipan mengikut kadar yang lama iaitu RM500 per hektar setahun manakala PTD Dungun mengenakan bayaran mengikut kaedah pro rata berdasarkan keluasan tapak...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pelaksanaan aktiviti pengambilan pasir sungai - Pengurusan Buku Doket
Dalam Tindakan :
a. Arahan PTG Bil. 1/2003 menetapkan pengusaha pasir sungai menyediakan doket dengan sempurna yang mengandungi maklumat nombor permit, nombor doket, jenis bahan batuan, nombor pendaftaran kenderaan, jumlah muatan, tarikh dan jam pengalihan, serta tempat dihantar.
b. Semakan Audit mendapati kesemua buku doket telah disediakan oleh pengusaha mengikut format tersendiri dan tidak seragam malah menggunakan pelbagai format seperti nota penghantaran, bil tunai dan lain-lain. Selain itu, penyediaan buku doket tersebut juga tidak lengkap kerana tidak mengandungi sepenuhnya maklumat yang ditetapkan. Maklumat yang tidak lengkap adalah nombor permit, jenis bahan batuan, tarikh dan jam pengalihan, serta tempat dihantar. Keadaan ini berlaku kerana PTG...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pelaksanaan aktiviti pengambilan pasir sungai - Ketidakpatuhan Had Muatan Kenderaan
Dalam Tindakan :
a. Arahan PTG Bil. 1/2003 telah menetapkan syarat kawalan doket bagi pengalihan batu, granit, batu kuari, pasir sungai dan lain-lain. Setiap pengusaha yang diluluskan permit pengalihan pasir sungai perlu menyediakan doket dengan sempurna dan dibekalkan kepada pembeli. Doket perlu disediakan secara berasingan mengikut had muatan yang telah ditetapkan, iaitu 2.5 m3 bagi van empat roda, 4.5 m3 bagi lori enam roda dan 9 m3 bagi lori 10 roda. Semua doket hendaklah diperakui oleh PTD dengan ditandatangani serta dicap. Selain itu, PTD juga bertanggungjawab menyediakan dokumen BB.02 bagi merekodkan permohonan permit untuk mengalih bahan batuan.
b. Semakan Audit mendapati buku doket telah...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pemantauan dan penguatkuasaan - Ketidakpatuhan Syarat Lesen - Kedudukan Struktur Pencuci Pasir Tidak Mengikut Jarak Ditetapkan
Dalam Tindakan :
i. Jawatankuasa Menimbang Permohonan Menjalankan Perusahaan Berasaskan Kayu dan Perusahaan Lain yang bermesyuarat Kali Ke-2/2022 pada 3 April 2022 telah memutuskan kedudukan stockpile dan struktur pencuci pasir berada sekurang-kurangnya 30 meter dari tebing sungai. Selain itu, Syarat Teknikal di bawah Syarat Kelulusan Perusahaan Pasir Sungai dan Pasir Muara oleh PTG Terengganu juga menetapkan perkara yang sama.
ii. Pengukuran oleh LAUT menggunakan laser range finder bagi menentukan jarak struktur pencuci pasir adalah mengikut ketetapan syarat kelulusan lesen. Lawatan Audit ke daerah Dungun pada 11 Jun 2025 mendapati jarak struktur pencuci pasir dan kedudukan tebing sungai adalah kurang dari 30 meter iaitu pada...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - pemantauan dan penguatkuasaan - Ketidakpatuhan Syarat Lesen - Kolam Endapan Tidak Disedia
Dalam Tindakan :
i. Perkara 5.11 dalam Syarat Teknikal di bawah Syarat Kelulusan Perusahaan Pasir Sungai dan Pasir Muara oleh PTG Terengganu menetapkan pengusaha menyediakan sistem kawalan air yang sempurna untuk mengawal aliran air keluar dari stockpile atau semasa mencuci pasir dengan membina tiga kolam endapan. Kolam endapan ini perlu berada di luar rizab sungai atau minimum 30 meter dari tebing sungai.
ii. Lawatan Audit yang dijalankan di 21 lokasi pengambilan pasir mendapati kolam endapan tidak disediakan di kesemua tapak operasi pengambilan pasir sungai. Keadaan ini menyebabkan air dari kolam cucian dilepaskan terus ke dalam sungai seperti dalam Gambar 7 hingga Gambar 9.
iii. Pihak...
Isu : Pengurusan Aktiviti - pemantauan dan penguatkuasaan - ketidakpatuhan syarat lesen - Kawasan Aktiviti Pengambilan Pasir Sungai Yang Telah Tamat Operasi Tidak Dibaik Pulih
Dalam Tindakan :
a. Mengikut Syarat Am di bawah Syarat Kelulusan Perusahaan Pasir Sungai dan Pasir Muara oleh PTG Terengganu, pengusaha dikehendaki membawa keluar peralatan yang berada di tapak dan membaiki segala kerosakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tamat kelulusan permit. Wang deposit hanya akan dipulangkan apabila pengusaha mengemukakan permohonan selepas tamat tempoh kelulusan dan setelah Pentadbir Tanah berpuas hati tiada kerosakan terhadap keadaan struktur tebing, dasar sungai, jalan, dan harta awam. Wang deposit tidak boleh dipulangkan sehingga semua aktiviti pengambilan pasir sungai selesai dan tapak dikembalikan dalam keadaan bersih serta mematuhi syarat pembersihan yang ditetapkan oleh PBN.
b. Lawatan Audit di 21...
LANDASAN LUMAYAN SDN. BHD.
Isu : Pencapaian Objektif Syarikat
- Prestasi Pencapaian Mandat Syarikat
Selesai :
18. Objektif penubuhan Landasan Lumayan seperti yang termaktub dalam MoA antaranya adalah melaksanakan perniagaan sebagai pedagang am, pengeluar, pemborong, wakil penjual dan pemegang pelaburan. Aktiviti utama seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan beraudit iaitu kontraktor am dan pemaju didapati tidak selaras dengan objektif penubuhan yang termaktub dalam MoA.
19. Pengauditan bagi tempoh 2021 hingga 2024 mendapati syarikat melaksanakan aktiviti sebagai Pemaju Induk bagi melaksanakan projek SMG. Aktiviti yang dilaksanakan oleh Landasan Lumayan telah mendapat kelulusan daripada KNS melalui MMKN Bil.7/2018 pada 14 Mac 2018. Bagaimanapun, aktiviti sebagai Pemaju Induk dilaksanakan dengan kerjasama syarikat 1399076-D melalui perjanjian SSA yang telah dimeterai...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pentadbiran Subscription and Shareholders’ Agreement (SSA) - pematuhan klausa perjanjian ssa
Dalam Tindakan :
35.Semakan Audit dijalankan terhadap pengurusan dua aktiviti iaitu Pembangunan Sumber Air Bersepadu dan Pembangunan Mampan. Selain itu, semakan turut dijalankan terhadap pentadbiran Subscription and Shareholders’ Agreement (SSA) kerana sebahagian pelaksanaan aktiviti berkenaan diperincikan dalam perjanjian SSA. Semakan Audit mendapati Pengurusan Sumber Air Bersepadu telah dilaksanakan dengan baik dan penemuan Audit adalah seperti perenggan berikut:
36.Klausa 1.2 (Definisi), SSA menyatakan tarikh Unconditional adalah tarikh apabila Conditions Precedent (CP) yang terakhir telah dipenuhi mengikut terma dan ketetapan sebagaimana diperuntukkan dalam klausa 5.4. Semakan Audit terhadap surat Landasan Lumayan mengenai tarikh Unconditional berkuatkuasa adalah seperti dalam Carta 3.
37.Berdasarkan Klausa 1.2 (Definisi), SSA...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Perjanjian Novasi Pinjaman
Dalam Tindakan :
50.  Pada 17 Ogos 2017, KNS memberi pinjaman berjumlah RM45 juta kepada Landasan Lumayan dengan caj pembiayaan sebanyak 4% setahun (RM1.80 juta setahun) bagi tempoh lima tahun bermula 31 Julai 2022 hingga 31 Julai 2026. Daripada jumlah pinjaman tersebut, RM25.50 juta digunakan bagi kos pemuliharaan sungai manakala RM19.50 juta bagi pembangunan Taman Awam Pangkalan Batu dan Taman Rekreasi Mangrove Point.
51. Perenggan E, SSA menyatakan bahawa pihak-pihak bersetuju syarikat 1399076-D akan menanggung liabiliti berkaitan pinjaman yang diperoleh daripada KNS berjumlah RM45 juta selaras dengan terma perjanjian bertarikh 17 Ogos 2017, sebagaimana perjanjian pembiayaan tersebut boleh dipinda dari semasa...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pembangunan Mampan
- Pembangunan Projek Pemangkin
Dalam Tindakan :
55. Klausa 8.1, SSA menyatakan tarikh untuk memulakan tiga projek pemangkin iaitu Grand Bazaar, Cultural Village dan Retreat Resort, dan River Rehabilitation Initiatives Telok Kapas adalah selepas tarikh Subscription Completion (atau tidak lewat daripada tahun 2022).
56. Berdasarkan Klausa 19.2(1)(a) dan 19.2(2), SSA yang menjelaskan berkaitan perlanggaran SSA dan notis bertulis yang boleh dikeluarkan oleh Landasan Lumayan.
57. Semakan Audit mendapati Surat Kuasa Wakil telah diberikan oleh Landasan Lumayan kepada syarikat 1399076-D bagi projek Grand Bazaar serta Cultural Village dan Retreat Resort pada 8 April 2022 manakala Telok Kapas masih belum diberi kuasa kepada pihak tertentu.
58. Setakat 30...
Isu : TATAKELOLA - Keberkesanan dan kepimpinan lembaga pengarah
Dalam Tindakan :
60. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan dibuat berdasarkan Akta Syarikat 2016 dan MCCG 2021. Empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang disemak ialah Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah; Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman; Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan Dengan Pemegang Taruh dan Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat.
61. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkaitan dengan Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; Pelan Strategik/KPI; dan Prosedur Operasi Standard (SOP).
62. Semakan Audit mendapati satu elemen amalan terbaik tatakelola tidak diamalkan sepenuhnya iaitu Lembaga Pengarah.
a. Lembaga Pengarah
i. Seksyen...
Isu : pengurusan aktiviti - Pentadbiran Subscription and Shareholders’ Agreement (SSA) - Pindah Milik Tanah
Dalam Tindakan :
45. Dalam memastikan hala tuju dan perancangan syarikat adalah jelas, terkawal dan sejajar dengan objektif penubuhan syarikat, pengarah syarikat adalah tertakluk kepada peruntukan subseksyen 213(1) Akta 777, di mana beliau hendaklah melaksanakan kuasanya bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan syarikat. Selanjutnya, menurut subseksyen 213(2) Akta 777, seorang pengarah syarikat hendaklah dengan ketelitian, kemahiran dan usaha yang munasabah melaksanakan:
a. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan
b. Apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang pada hakikatnya ada pada seorang pengarah.
46. Semakan Audit mendapati perjanjian Subscription and...
Isu : TATAKELOLA - Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman
Dalam Tindakan :
63.Perenggan 10.1 dan 10.2, Prinsip A, MCCG 2021 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah mewujudkan pengurusan risiko dan kawalan dalaman bagi memastikan terdapat proses pemantauan berterusan terhadap keberkesanan sistem kawalan dalaman.
64.Semakan Audit mendapati peranan Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa Risiko dan Audit Dalam diwujudkan di peringkat agensi induk. Pihak Audit dimaklumkan tiada sebarang kajian risiko yang dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat Landasan Lumayan atau agensi induk bagi mengenal pasti semua risiko berkaitan sebelum perjanjian SSA dimeterai.
WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD
Isu : Prestasi Aktiviti - Pembangunan Hartanah
Dalam Tindakan :
31.Pada tahun 2021 hingga 2024, WHB telah mensasarkan pelancaran 18 projek baharu hartanah dengan nilai pembangunan kasar atau gross development value (GDV) berjumlah RM1.290 bilion. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati WHB hanya melancarkan 10 (55.6%) projek hartanah dengan nilai GDV berjumlah RM745.88 (57.8%) juta bagi tempoh yang sama.
32.Pelancaran projek tidak mencapai sasaran ditetapkan disebabkan oleh kekangan bagi mendapatkan kelulusan daripada PBT dan agensi terlibat seperti kebenaran merancang, perubahan susun atur dalam pelan induk projek dan mendapatkan persetujuan pembangunan daripada penduduk sekitar. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.
Isu : Prestasi Aktiviti - Prestasi Syarikat Dorman
Dalam Tindakan :
43.Perkara 7, Arahan Amalan No. 3/2017, Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyatakan syarikat menjadi dorman apabila tidak mempunyai sebarang operasi atau aktiviti dan tiada transaksi perakaunan dalam satu tahun kewangan. Semakan Audit mendapati sebanyak sembilan syarikat berstatus dorman dan tidak menjana pendapatan bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024. Analisis Audit selanjutnya mendapati semua sembilan syarikat dorman mengalami kerugian selepas cukai bagi tahun 2021 hingga 2024 berjumlah RM738,399.
44.Pihak Audit dimaklumkan sembilan syarikat tersebut ditubuhkan untuk memudahkan perancangan bagi memulakan sebuah perniagaan pada masa hadapan dan untuk mengurangkan kos penubuhan syarikat. Pihak Audit juga mendapati tiada perbincangan hala tuju yang dibuat dalam Mesyuarat...
Isu : Pembangunan Hartanah - Unit Hartanah belum dijual
Dalam Tindakan :
46.Berdasarkan Pelan Perancangan Tahunan WHB bagi tahun 2024, Kumpulan WHB mensasarkan penjualan hartanah yang meliputi kediaman dan komersial sebanyak 120 unit (83.9%) daripada 143 unit yang masih belum terjual, dengan sasaran pendapatan berjumlah RM109 juta.
47.Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2024, WHB tidak mencapai sasaran penjualan hartanah dengan jualan sebanyak 70 (49%) unit merangkumi 48 unit kediaman dan 22 unit komersial dan baki belum terjual adalah sebanyak 73 (51%) unit bernilai GDV RM55.94 juta. Hartanah yang belum terjual menyebabkan syarikat perlu menanggung kos penyenggaraan dan menjejaskan pendapatan syarikat.
Dalam Tindakan :
48.Prosedur Kerja Unit Tidak Terjual, WHB menetapkan unit yang masih tidak terjual perlu dipantau dan disenggara dua kali setahun untuk memastikan unit dalam keadaan baik.
49.Sampel pemeriksaan fizikal Audit dilaksanakan pada 14 Mei 2024 terhadap empat projek hartanah, iaitu lot komersial Jati Kos Rendah, Jati 4, Apartment Alami, dan lot komersial Alami kerana bilangan unit tidak terjual yang tertinggi dan tempoh sedia dijual adalah paling lama. Semakan Audit mendapati unit komersial projek Jati dan lot komersial Alami berada dalam keadaan baik dan disenggara.
50.Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal Audit di Apartment Alami mendapati tiga (23.1%) daripada 13 unit mengalami kerosakan serta tidak...
Isu : prestasi aktiviti - Prestasi Pelaburan Dalam Syarikat Subsidiari
Dalam Tindakan :
39.Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) 9, dalam model kerugian kredit dijangka menetapkan sesebuah entiti dikehendaki mengiktiraf penjejasan nilai aset kewangan, termasuk pelaburan dalam instrumen hutang seperti bon atau pinjaman dalam tempoh 12 bulan atau sepanjang hayat instrumen tersebut.
40.Kos pelaburan WHB dalam syarikat subsidiari terdiri daripada modal awal dan pelaburan tambahan untuk menyokong projek baharu serta peluasan pemasaran yang berbentuk saham biasa. Analisis dijalankan untuk melihat trend nilai pelaburan semasa WHB berbanding kos pelaburan dalam 37 syarikat subsidiari/sub-subsidiarinya bagi tahun 2021 hingga 2024 seperti dalam Carta 2.
41.Semakan Audit mendapati WHB telah melabur sejumlah RM710.35 juta dalam syarikat subsidiari/sub-subsidiari setakat tahun...
Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Isu : Prestasi Aktiviti - Pulangan Dividen Daripada Syarikat Subsidiari
Dalam Tindakan :
26. Subseksyen 131(1) Akta Syarikat [Akta 777] menyatakan tertakluk pada Seksyen 132, suatu syarikat hanya boleh membuat pengagihan kepada pemegang syer daripada keuntungan syarikat jika syarikat menjadi solven.
27. Berdasarkan minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Siri Ke-108 Bil.1/2016 pada 12 Julai 2016, Lembaga telah memutuskan semua syarikat subsidiari di bawah Kumpulan Yayasan Sabah hendaklah mengagihkan dividen minimum wajib sebanyak 30% daripada keuntungan bersih tahunan kepada pemegang saham. Seterusnya, ICSB telah menaikkan kadar agihan dividen tersebut kepada 60% daripada keuntungan bersih tahunan. Ketetapan ini telah diluluskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah ICSB Ke-214 pada 2 Julai 2024.
Isu : Prestasi Aktiviti - Kos Pelaburan Berbanding Nilai PELABURAN Semasa
Dalam Tindakan :
34. Berdasarkan Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) 136 (Kemerosotan Aset), sesebuah entiti hendaklah menilai sama ada terdapat sebarang petunjuk bahawa nilai aset mungkin terjejas. Entiti hendaklah merekodkan jumlah aset kepada nilai boleh pulihnya berdasarkan penjejasan nilai tersebut.
35. Analisis Audit dijalankan untuk melihat trend nilai pelaburan ICSB berdasarkan kos pelaburan dalam syarikat subsidiari sejak tahun 2020. Kos pelaburan dalam 41 syarikat subsidiari bagi tahun 2020 hingga 2023 adalah berjumlah RM875.75 juta manakala pada tahun 2024 berjumlah RM857.23 juta. Penurunan pelaburan ini adalah disebabkan pembubaran dua syarikat subsidiari ICSB pada tahun 2024 iaitu Anco Furniture Sdn. Bhd. (15 Mac 2024)...
Isu : Prestasi Aktiviti - Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari - SYARIKAT SUBSIDIARI AKTIF
Dalam Tindakan :
42. Analisis Audit dijalankan untuk menilai prestasi kewangan 32 syarikat subsidiari aktif dan sembilan syarikat subsidiari tidak aktif berdasarkan penyata kewangan beraudit tahun 2020 hingga 2024. Analisis Audit juga dijalankan terhadap dua syarikat subsidiari yang telah dibubarkan pada tahun 2024 berdasarkan penyata kewangan beraudit tahun 2020 hingga 2023.
43. Penyata kewangan syarikat subsidiari bagi tahun kewangan 2020 hingga 2024 telah diaudit oleh firma audit swasta yang dilantik dan diberi laporan tanpa teguran bagi tempoh tersebut. Analisis merangkumi ekuiti pemegang saham; prestasi pendapatan; dan keuntungan/kerugian sebelum cukai.
44. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan syarikat subsidiari aktif bagi tempoh...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Pengurusan Pelaburan
Dalam Tindakan :
67. Selaras dengan objektif penubuhan ICSB sebagai syarikat pemegang pelaburan, pengurusan aktiviti dinilai berdasarkan pengurusan pelaburan yang dibuat dan pendahuluan kepada syarikat berkaitan.
68. Merujuk kepada objektif penubuhan ICSB, aktiviti utama syarikat adalah menjalankan aktiviti pelaburan dan perkhidmatan pengurusan kepada syarikat subsidiari. Sehingga tahun 2024, sejumlah RM857.23 juta telah dilaburkan oleh ICSB melalui pegangan saham dalam 39 syarikat subsidiari.
69. Semakan Audit mendapati ICSB tidak menetapkan sebarang dasar dan polisi bagi aktiviti pelaburan yang dibuat. Selain itu, ICSB juga tidak menyediakan garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) serta tidak menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan bagi menilai pelaburan...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Pendahuluan Kepada Syarikat Berkaitan
Dalam Tindakan :
71. ICSB memberi pendahuluan kepada syarikat induk, syarikat subsidiari, syarikat subsidiari kepada syarikat induk, syarikat bersekutu dan juga syarikat usaha sama. Pendahuluan tersebut merangkumi pinjaman antara syarikat, yuran pengurusan, bil perubatan dan gaji kakitangan. Pendahuluan ini adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan tiada jadual bayaran balik ditetapkan. Setakat 31 Disember 2024, baki pendahuluan terkumpul adalah berjumlah RM523.26 juta seperti dalam Jadual 14.
72. Analisis Audit mendapati baki pendahuluan menunjukkan penurunan bagi tempoh tahun 2020 hingga 2024 bagi syarikat induk (41.1%), syarikat subsidiari kepada syarikat induk (72.6%) dan syarikat bersekutu (100%). Manakala baki pendahuluan syarikat subsidiari dan syarikat usaha sama...
Isu : Aspek Tatakelola - Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
Dalam Tindakan :
75. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan adalah berdasarkan prinsip utama amalan terbaik tatakelola seperti yang digariskan dalam MCCG 2021.
76. Empat prinsip amalan terbaik tatakelola adalah Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah; Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman; Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan dengan Pemegang Taruh; dan Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat.
77. Secara keseluruhannya, ICSB telah mengamalkan dua prinsip amalan terbaik tatakelola manakala dua prinsip amalan tatakelola tidak diamalkan sepenuhnya iaitu Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah serta Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman.
78. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah...
Isu : Aspek Tatakelola - Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman
Dalam Tindakan :
79. Keberkesanan Audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman dinilai melalui elemen amalan tatakelola yang baik iaitu Audit Dalaman; dan Jawatankuasa Audit (JKA). Penemuan Audit seperti dalam Jadual 17.
Isu : Prestasi Aktiviti - Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari - SYARIKAT SUBSIDIARI TIDAK AKTIF
Dalam Tindakan :
60. Setakat 31 Disember 2024, ICSB memiliki tujuh syarikat subsidiari berstatus tidak aktif dengan modal saham berjumlah RM109.08 juta manakala dua syarikat subsidiari tidak aktif telah dibubarkan dengan modal saham berjumlah RM18.52 juta. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 12.
61. Analisis Audit mendapati pendapatan syarikat subsidiari tidak aktif mencatatkan trend turun naik bagi tempoh tahun 2020 hingga 2024. Walaupun syarikat mencatatkan pendapatan dalam tahun tersebut, pendapatan yang direkodkan bukan diperoleh daripada aktiviti utama syarikat dan bersifat pasif seperti hasil daripada faedah simpanan bank, sewaan aset dan penepian hutang oleh pemiutang (waiver of debts). Terdapat juga syarikat yang tidak menjana...
Isu : Prestasi Aktiviti - Penjejasan Nilai Saksama Pelaburan Mengikut Bidang Perniagaan
Dalam Tindakan :
40. Analisis Audit juga dibuat terhadap penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat subsidiari mengikut bidang perniagaan pada tahun 2024. Bidang agro perikanan mencatatkan penjejasan nilai sepenuhnya sebanyak 100%, manakala lain-lain bidang, perhutanan dan hartanah masing-masing mencatatkan penjejasan nilai yang tinggi sebanyak 88.3%, 80.8% dan 70.5%. Bidang pelancongan serta minyak, gas dan tenaga pula merekodkan kadar penjejasan yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 9.8% dan 1.7%, manakala bidang agro perladangan menunjukkan tiada penjejasan nilai pelaburan. Butiran nilai saksama syarikat subsidiari ICSB mengikut bidang perniagaan adalah seperti dalam Jadual 8.
41. Semakan Audit mendapati ICSB tidak mempunyai Jawatankuasa Pelaburan yang khusus bagi menilai...
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
Isu : PENCAPAI PRESTASI PROGRAM - PENCAPAIAN PRESTASI PROJEK
Dalam Tindakan :
a. Di bawah RMKe-12, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan untuk tempoh tahun 2021 hingga 2025 bagi 16 projek pembangunan fasiliti dan infrastruktur pelancongan berjumlah RM52.11 juta seperti dalam Jadual 3.
b. Analisis Audit terhadap Jadual 3 mendapati, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan adalah RM2.30 juta (6.7%) berbanding peruntukan diluluskan RM34.11 juta. Ini disebabkan terdapat satu projek dalam pelaksanaan, iaitu Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Pulau Sipadan bernilai RM7 juta dan satu projek belum mula, iaitu Projek Peningkatan Kemudahan Jeti Pelancongan Bersistematik di Pulau Manukan bernilai RM25 juta. Pihak LPATTS memaklumkan pelaksanaan projek ini akan dibuat...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF - PEWARTAAN TAMAN MARIN
Dalam Tindakan :
a. Program dalam strategi 2, Teras 1 Pelan Tindakan LPATTS (2020-2025) menyasarkan peningkatan keluasan kawasan taman marin dengan pewartaan dua taman marin iaitu Pulau Mantanani dan Darvel Bay menjelang tahun 2024.
b. Berdasarkan Carta Alir Proses Pewartaan Taman, proses dan fasa mewartakan taman marin mengambil masa selama 38 bulan melibatkan peringkat LPATTS, Kabinet Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah/Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan kelulusan Yang di-Pertua Negeri (TYT). Carta Alir Proses Pewartaan Taman adalah seperti dalam Rajah 2.
c. Semakan Audit mendapati LPATTS telah merancang dan mengenal pasti enam lokasi yang berpotensi untuk diwartakan sebagai kawasan taman...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF - AKTIVITI PEMULIHARAAN - PROJEK PEMULIHARAAN TAMAN MARIN
Dalam Tindakan :
i. Di bawah RMKe-12, Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan dua Projek Pemuliharaan Terumbu Karang di TMTS berjumlah RM2 juta di bawah peruntukan pembangunan. Daripada jumlah tersebut, projek bernilai RM0.70 juta masih dalam pelaksanaan, manakala projek bernilai RM1.30 juta masih belum mula. Pihak LPATTS memaklumkan Projek Restorasi Karang berjumlah RM1.30 juta belum dimulakan kerana masih menunggu kelulusan pengecualian tatacara tender biasa daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MoF Sabah). Butiran lanjut seperti dalam Jadual 5.
ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati, bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 LPATTS telah meluluskan peruntukan mengurus sejumlah RM8.81 juta untuk lima aktiviti pemuliharaan taman marin melibatkan...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF - AKTIVITI PEMULIHARAAN - PENCAPAIAN LITUPAN KARANG HIDUP
Dalam Tindakan :
i. Usaha pemuliharaan terumbu karang dilaksanakan bagi memulihkan terumbu karang serta meningkatkan litupan karang di kawasan terjejas. Pemuliharaan ini dilaksanakan melalui aktiviti pemantauan berterusan terhadap persekitaran kawasan tersebut dengan mengambil kira kehadiran pelbagai spesis ikan dan invertebrata seperti landak laut, timun laut, kima, udang kara serta Crown of Thorns Starfish (COT).
ii. LPATTS menjalankan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan Reef Check Malaysia dalam melaksanakan pemantauan berkala terhadap litupan terumbu karang. Penilaian kesihatan terumbu karang dilaksanakan melalui kaedah Point Intersect Transact (PIT) berdasarkan peratusan litupan karang hidup di stesen persampelan yang ditentukan oleh LPATTS. Status kesihatan terumbu karang dikelaskan kepada...
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF - AKTIVITI PEMULIHARAAN - HAKISAN PANTAI
Dalam Tindakan :
i. Objektif Enakmen Taman-Taman 1984 (Pindaan 2024) adalah melindungi dan memulihara haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta habitat semulajadinya, memelihara dan menyenggara perkhidmatan ekosistem; dan memelihara benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah, etnologi, sains dan pemandangan.
ii. Laporan Kajian Kerapuhan Pantai Tahun 2022 oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyatakan tahap kerapuhan pantai adalah keadaan di mana struktur atau bentuk pantai menjadi lemah dan mudah terhakis akibat tindakan semula jadi seperti ombak, arus laut, angin serta aktiviti manusia. Pengiraan tahap kerapuhan pantai menggunakan tujuh pemboleh ubah iaitu geomorfologi; kadar perubahan garis pantai; cerun pantai; jenis batuan;...
Isu : IMPAK PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM - PENGISYTIHARAN TAMAN BERTARAF ANTARABANGSA
Dalam Tindakan :
i. Program di bawah Strategi 1, Teras 1, Pelan Tindakan LPATTS (2020-2025) menyasarkan pengisytiharan lima taman marin sebagai tapak ASEAN Heritage Park (AHP) menjelang tahun 2024 dan penyenaraian satu taman marin dalam IUCN Green List menjelang tahun 2025. ASEAN Heritage Park merupakan pengiktirafan tertinggi untuk kawasan perlindungan yang mempunyai kepentingan pemuliharaan di rantau ASEAN. IUCN Green List pula adalah piawaian antarabangsa bagi kawasan perlindungan bertujuan mengiktiraf kejayaan dalam mencapai keberhasilan pemuliharaan dan menilai kemajuan dalam mengurus kawasan perlindungan.
ii. Semakan Audit mendapati, setakat Oktober 2025 dua permohonan telah dikemukakan kepada AHP dan IUCN, iaitu masing-masing Taman Marin Pulau...
Isu : KEROSAKAN ASET DI TAMAN MARIN
Dalam Tindakan :
a. LPATTS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan, penyenggaraan serta keselamatan semua aset yang berada di kawasan pulau termasuk bangunan, jeti, laluan pejalan kaki dan kemudahan infrastruktur.
b. Lawatan Audit pada 15 April 2025 di TMTAR, 23 Jun 2025 di TMPS dan 30 Oktober 2025 di TMPT mendapati perkara berikut:
i. Base Camp, Pulau Gaya, TMTAR
Laluan jeti ke pulau telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan akibat ombak besar semasa ribut. Selain itu, bangunan stor di pulau tersebut masih dalam proses pembaikan selepas ranap dihempap pokok. Kerosakan ini berlaku pada tahun 2024 dan sehingga tarikh lawatan Audit,...
Isu : TUNGGAKAN SEWA KONSESI
Dalam Tindakan :
a. Klausa perjanjian 1.1 hingga 1.2 antara LPATTS dan konsesi menyatakan, pembayaran sewa hendaklah dibayar mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian, tanpa mengira sama ada konsesi tersebut beroperasi atau belum beroperasi. Konsesi Taman Marin antaranya meliputi operasi hotel/chalet, aktiviti sukan laut dan restoran.
b. Semakan Audit terhadap dokumen perjanjian konsesi di taman marin mendapati, LPATTS telah mengikat perjanjian dengan 39 buah syarikat konsesi. Daripada jumlah tersebut, 11 perjanjian konsesi yang sedang berkuat kuasa masih belum beroperasi disebabkan pembinaan bangunan dan kemudahan struktur belum siap sepenuhnya. Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod sewa konsesi bagi tempoh 2021 hingga 2024...
INVEST-IN PENANG BERHAD
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - Perancangan Strategik
Dalam Tindakan :
17. Objektif penubuhan InvestPenang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Syarikat adalah untuk menggalakkan kemasukan pelaburan melalui promosi dan menyediakan perkhidmatan fasilitasi kepada pelabur.
18. Amalan 1.1 Panduan G1.1 MCCG 2021, menjelaskan berkaitan tanggungjawab Lembaga Pengarah dalam mencapai matlamat dan objektif syarikat dengan memastikan pelan strategik syarikat menyokong nilai jangka panjang termasuk strategi mengenai ekonomi, alam sekitar dan sosial.
19. Pihak Audit mendapati InvestPenang tidak menyediakan Pelan Strategikbagi menentukan hala tuju syarikat semenjak syarikatditubuhkan pada 5 November 2004.
20. Semakan Audit selanjutnya mendapati InvestPenang ada menyediakan KPI bagi tahun 2021 hingga 2024. Bagaimanapun, sasaran dan pencapaian KPI tidak dibentangkan kepada LembagaPengarah bagi tujuan menilai...
Isu : PRESTASI AKTIVITI - Prestasi Aktiviti Promosi Pelaburan dan Prestasi Aktiviti Perkhidmatan Fasiliti
Dalam Tindakan :
27. Semakan lanjut Audit terhadap prestasi bagi dua aktiviti utama mendapati perkara berikut:
Prestasi Aktiviti Promosi Pelaburan
28. Aktiviti promosi pelaburan yang dilaksanakan oleh InvestPenang adalah persidangan, penyertaan pameran serta ekspo dalam dan luar negara. InvestPenang telah menyediakan KPI aktiviti promosi yang menetapkan sasaran bilangan promosi yang akan dilaksanakan di dalam dan luar negara bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024. Berdasarkan KPI, sebanyak 39 bilangan aktiviti promosi akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
29. Semakan Audit mendapati InvestPenang tidak mencapai sasaran KPI ditetapkan pada tahun 2021 dengan hanya tiga (37.5%) daripada lapan sasaran. Bagaimanapun, pencapaian KPI bagi tahun 2022 dan 2023 didapati telah...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Promosi Pelaburan
Dalam Tindakan :
40. Semakan Audit dijalankan terhadap dua perkara iaitu promosi pelaburan dan inisiatif industri Penang SMART Centre bagi menilai sama ada aktiviti telah dilaksanakan secara cekap, berhemat dan berkesan. Semakan Audit adalah seperti perenggan berikut:
41. Aktiviti promosi pelaburan ke luar dan dalam negara dilaksanakan oleh InvestPenang selaras dengan objektif penubuhannya untuk menggalakkan kemasukan pelaburan melalui misi pelaburan. Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) misi pelaburan/international trade show/conference antarabangsa ke luar negara yang digunakan, KPE akan mengarahkan supaya misi pelaburan dilaksanakan dan satu kertas kerja perlu disediakan dengan maklumat yang lengkap seperti tujuan dan objektif misi, kos dan senarai delegasi yang terlibat. Kertas...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah dan Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman
Dalam Tindakan :
51. Penilaian amalan tatakelola Syarikat Kerajaan yang baik adalah berdasarkan keperluan umum yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan Empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang disemak ialah keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah; keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; serta kemampanan dan tanggungjawab korporat.
Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah
52. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif; Pelan Strategik/KPI; SOP dan Setiausaha Syarikat. Lembaga Pengarah InvestPenang dianggotai oleh 11 orang yang terdiri daripada pegawai Kerajaan, Ahli Dewan Undangan...
GEORGE TOWN WORLD HERITAGE INCORPORATED
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - PERANCANGAN STRATEGIK
Dalam Tindakan :
Objektif penubuhan GTWHI adalah mengurus TWDGT seperti melaksana, merancang, menyelia, menyelaras dan memantau polisi, kajian projek, tinjauan dan penyiasatan mengenai hal-hal warisan serta memulihara keseluruhan TWDGT termasuk untuk menilai dan memantau semua tapak warisan, bangunan dan lain-lain untuk tujuan pemuliharaan.
Garis Panduan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) Tahun 2024, Bahagian B, Peranan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MKD, Peranan dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah [Perkara 6.2(c) dan (d)] menetapkan tanggungjawab LP dalam meluluskan Pelan Strategik bagi mencapai objektif penubuhan syarikat. LP juga hendaklah memastikan syarikat melaksanakan mandat yang telah ditetapkan melalui penyediaan strategi, pelan perniagaan, pelan pengurusan risiko dan rangka kerja...
Isu : PENCAPAIAN PRESTASI AKTIVITI UTAMA - PENCAPAIAN AKTIVITI PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
Dalam Tindakan :
Penilaian prestasi aktiviti GTWHI dilaksanakan berdasarkan dua aktiviti utama iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan serta program budaya warisan di TWDGT.
Aktiviti utama GTWHI seperti yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan Beraudit adalah memelihara, melindungi, mengurus dan mempromosikan TWDGT.
GTWHI menerima peruntukan dari KNPP untuk melaksanakan projek pemeliharaan dan pemuliharaan di TWDGT. Peruntukan yang diterima adalah berdasarkan projek yang dirancang oleh GTWHI dan diluluskan oleh LP.
Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024, GTWHI telah melaksanakan 10 projek yang 527 sub projek dengan kos berjumlah RM25 juta bagi aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan di TWDGT. Sehingga bulan Disember...
Isu : PENCAPAIAN PROGRAM BUDAYA WARISAN - BILANGAN PROGRAM BUDAYA WARISAN dan Sambutan Terhadap Program Budaya Warisan
Dalam Tindakan :
Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, GTWHI juga berperanan melaksanakan program pemuliharaan warisan untuk memupuk budaya warisan dan menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi melalui projek komuniti di TWDGT dan membangunkan budaya warisan yang mampan untuk pelancong.
GTWHI menerima peruntukan geran mengurus secara tahunan daripada KNPP untuk melaksanakan program budaya warisan dengan mengadakan pelbagai perayaan warisan, persidangan, bengkel dan kursus kepada orang awam, masyarakat setempat dan pelancong di TWDGT. Peruntukan yang diterima adalah berdasarkan program yang dirancang oleh GTWHI dan diluluskan oleh LP.
Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024, GTWHI telah menerima sejumlah RM9.08 juta bagi melaksanakan 12 program yang...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - PROJEK PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN - INSENTIF PEMBAIKAN DAN PEMULIHARAAN UNTUK BANGUNAN WARISAN KATEGORI I (RIC1)
Dalam Tindakan :
Semakan Audit dijalankan terhadap dua perkara iaitu projek pemeliharaan dan pemuliharaan dan program budaya warisan bagi menilai sama ada aktiviti tersebut telah dilaksanakan secara cekap, berhemat dan berkesan.
Program Insentif Pembaikan Dan Pemuliharaan Bangunan Warisan merupakan satu inisiatif pemberian geran yang dikendalikan oleh GTWHI dengan kerjasama KNPP. Program ini bertujuan membantu pemilik bangunan menjalankan kerja pembaikan fizikal dan pemuliharaan premis warisan.
Setakat 7 Mei 2025, sebanyak 52 projek bernilai RM10.47 juta yang dirancang dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Geran GTWHI di bawah RIC1. Sebanyak empat daripada 52 projek telah disiapkan berjumlah RM0.69 juta, manakala 44 projek bernilai...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - PROJEK PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN - INSENTIF PEMBAIKAN DAN PEMULIHARAAN UNTUK BANGUNAN WARISAN KATEGORI II (RIC2)
Dalam Tindakan :
Sebanyak 369 projek di bawah RIC2 yang bernilai RM8.37 juta telah dirancang untuk dilaksanakan oleh GTWHI. Pada 25 April 2025, Jawatankuasa Geran telah memutuskan untuk menggugurkan sebanyak 21 projek bernilai RM433,700 dan membatalkan 14 projek yang bernilai RM318,450 disebabkan oleh komitmen yang tidak ditunaikan oleh pemohon. Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil.1 Tahun 2024 pada 2 Mei 2024 telah meluluskan sebanyak tujuh projek bernilai RM175,064 untuk diserahkan kepada MBPP secara perjanjian persefahaman di antara kedua-dua pihak. Pada 31 Januari 2025, GTWHI dan MBPP telah bersetuju menggabungkan tujuh permohonan tersebut menjadi satu projek Skim Perumahan Awam Mahkamah Rakyat yang akan diuruskan oleh...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - PROGRAM BUDAYA WARISAN - GEORGE TOWN FESTIVAL (GTF) - Syarat-syarat Perjanjian Tidak Dipatuhi - Perbelanjaan Tidak Langsung Melebihi Had
Dalam Tindakan :
Perenggan 8.2 Perjanjian GTF Tahun 2021 menyatakan Pengurus Acara dibenarkan untuk memperuntukkan perbelanjaan tidak langsung sehingga had maksimum RM75,000 untuk menampung kos yang merangkumi pembayaran gaji pekerja festival, sewaan pejabat operasi, bayaran bil utiliti (air, elektrik, internet dan telekomunikasi) serta kos percetakan dan pengeposan.
Semakan Audit terhadap Jadual Perbelanjaan Tidak Langsung, Penyata Kewangan GTF Tahun 2021 mendapati Syarikat A memperuntukkan sejumlah RM315,639 bagi menampung kos festival seperti yang dinyatakan dalam perenggan perjanjian. Peruntukan ini adalah melebihi had berjumlah RM240,639 berbanding had maksimum RM75,000 seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 22.
Dalam Tindakan :
Penilaian amalan tatakelola Syarikat Kerajaan yang baik adalah berdasarkan keperluan umum yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang baik iaitu keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah; keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; serta kemampanan dan tanggungjawab korporat.
Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah
Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah (LP); Ketua Pegawai Eksekutif; Pelan Strategik/KPI; SOP dan Setiausaha Syarikat. LP GTWHI dianggotai oleh lapan orang yang terdiri daripada pegawai Kerajaan, Ahli...
Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
Isu : Prestasi Aktiviti - Pengeluaran Air - Unjuran Permintaan Air
Dalam Tindakan :
20. SAP telah melaksanakan aktiviti utama selaras dengan objektif penubuhannya dengan pembekalan air terawat kepada pengguna di seluruh Negeri Perlis berteraskan aktiviti pengeluaran dan pengagihan air terawat yang melibatkan empat sub aktiviti seperti unjuran permintaan air, rizab margin, kehilangan air tidak berhasil (NRW) dan parameter kualiti air terawat.
21. Semakan lanjut terhadap pengeluaran air dan pengagihan air terawat adalah seperti berikut:
22. Negeri Perlis mempunyai empat LRA yang dioperasikan oleh SAP iaitu LRA Arau Fasa I, II dan III, LRA Arau Fasa IV, LRA Timah Tasoh serta LRA Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) Sungai Baru. Sumber air utama yang digunakan...
Isu : Prestasi Aktiviti - Pengeluaran Air - Rizab Margin
Dalam Tindakan :
28. Uniform Technical Guidelines For The Design Of Water Treatment Plants menyatakan rizab margin untuk mana-mana negeri adalah nisbah antara pengeluaran semasa loji kepada jumlah kapasiti reka bentuk loji yang dinyatakan dalam peratusan. Rizab Margin minimum yang perlu dikekalkan pada setiap masa ialah 15% untuk semua kawasan perkhidmatan atau bekalan. Selain itu, SAP melalui KPI OP3 telah menetapkan sasaran rizab margin minimum bagi tempoh tiga tahun masing-masing sebanyak 3.2%, 21.7% dan 21.8%.
29. Semakan Audit terhadap Laporan Pengeluaran Air Terawat dan kapasiti reka bentuk empat LRA bagi tahun 2022 hingga 2024 mendapati kadar rizab margin di Negeri Perlis...
Isu : Prestasi Aktiviti - Pengagihan Air Terawat - Kehilangan Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water (NRW)
Dalam Tindakan :
35. Piawaian International Water Association (IWA) menyatakan NRW didefinisikan sebagai jumlah isi padu air terawat yang telah disalurkan ke dalam sistem pengagihan namun gagal diterjemahkan kepada hasil pendapatan bagi pihak operator utiliti. Secara teknikal, pengukuran NRW dikira berdasarkan perbezaan mutlak antara jumlah keseluruhan air yang dibekalkan ke dalam rangkaian daripada loji rawatan (System Input Volume) dengan jumlah air yang direkodkan secara sah dan dibilkan kepada pengguna (Billed Authorized Consumption). Piawaian IWA yang diguna pakai oleh SPAN bagi Laporan Imbangan Air (Water Balance Report) adalah satu dokumen teknikal yang merekodkan perakaunan air secara terperinci bagi sesebuah operator air.
36....
Isu : Prestasi Aktiviti - Pengagihan Air Terawat - Parameter Kualiti Air Terawat
Dalam Tindakan :
46. Parameter kualiti air terawat adalah berdasarkan Perenggan 3.2.2 Standard Kualiti Air Minum, Piawaian Mutu Air Minum Kebangsaan 2000 (NDWQ) yang menetapkan kualiti air minum diukur dari segi ciri mikrobiologi, fizikal, kimia dan radioaktif serta menyenaraikan beberapa ciri dengan piawaian yang disyorkan untuk perlindungan maksimum pengguna. Kualiti parameter asas ditetapkan melalui Standard Quality Assurance Programme (QAP) dan keberkesanan proses rawatan air dinilai melalui pencapaian Standard QAP oleh operator air.
47. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan kualiti air yang dibekalkan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam QAP yang melibatkan lima parameter utama iaitu E. Coli, Residue Chlorine...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Pengurusan Projek CAPEX
Dalam Tindakan :
60. Peruntukan projek CAPEX SAP merangkumi pembiayaan daripada pinjaman Persekutuan berjumlah RM105.61 juta bagi melaksanakan Program Mitigasi Jangka Sederhana Sistem Bekalan Air Negeri Perlis. Skop projek meliputi tambahan proses unit berkapasiti 40 JLH di LRA Arau Fasa IV, tambahan 24 JLH unit pemprosesan air di LRA Timah Tasoh dan menaik taraf pam air mentah dan pam air bersih bertekanan tinggi di LRA Arau I, II dan III serta Intake Guar Sanji. Bagi membiayai program ini, pinjaman disalurkan kepada Kerajaan negeri di bawah RP4 Rancangan Malaysia ke-11 dan SAP dilantik sebagai agensi pelaksana. SPAN telah meluluskan rancangan perniagaan boleh pinda...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Kadar Usia Dan Penggantian Meter
Dalam Tindakan :
64. Berdasarkan amalan terbaik yang disarankan oleh pihak SPAN, kadar usia penggunaan bagi setiap unit meter itu adalah pada tujuh hingga 10 tahun. Saranan ini bagi membolehkan pengesahan status ketepatannya melalui ujian meter berdasarkan piawaian pengujian meter yang sah dapat dilaksanakan.
65. Semakan Audit terhadap Laporan Air dan Pembentungan SAP yang dikeluarkan oleh pihak SPAN sehingga tahun 2024 mendapati sebanyak 49,586 unit meter berusia kosong hingga tujuh tahun manakala sebanyak 32,084 unit meter berusia tujuh tahun ke atas. Butiran lanjut seperti dalam Carta 8.
66. Secara keseluruhannya, bilangan meter yang melebihi usia tujuh tahun mempamerkan trend peningkatan...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Kecekapan Pengebilan Dan Kutipan
Dalam Tindakan :
73. Pelan Perniagaan SAP menyatakan air terawat yang dikeluarkan oleh LRA akan diagihkan kepada pengguna yang berdaftar. Berdasarkan rekod SAP, bilangan akaun pengguna yang aktif di seluruh Negeri Perlis sehingga 31 Disember 2024 adalah sebanyak 81,222 akaun dan bilangan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 1,684 akaun iaitu 2.1% berbanding 79,538 akaun pada tahun 2023. Analisis pertumbuhan akaun pengguna mengikut kategori bagi tahun 2022 hingga 2024 seperti dalam Jadual 18.
74. Berdasarkan KPI Kecekapan Pengebilan yang diluluskan oleh SPAN, SAP hendaklah mencapai tahap 99% pada tahun 2022 hingga 2024 bagi pengeluaran bil berbanding akaun pengguna. Semakan Audit mendapati KPI Kecekapan...
Dalam Tindakan :
85. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan adalah berdasarkan Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 dan Green Book yang merupakan amalan terbaik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memastikan syarikat awam diuruskan dengan cekap, telus dan berintegriti.
86. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan keberkesanan dan kepimpinan lembaga pengarah ialah Lembaga Pengarah; Pengerusi; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan dan Pelan Strategik/Prosedur Operasi Standard (SOP).
87. Semakan Audit mendapati elemen terbaik tersebut telah dipatuhi kecuali surat pelantikan Pengerusi tidak menyatakan secara jelas tugas dan tanggungjawab Pengerusi. Kelemahan ini boleh mengakibatkan ketidakjelasan peranan dan akauntabiliti ...
Dalam Tindakan :
94. Pendapatan dan perbelanjaan utama SAP didapati selaras dengan aktiviti utamanya sebagai Syarikat berfokuskan kepada masyarakat (people centric) iaitu menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat. Analisis Audit terhadap Penyata Kewangan Beraudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 mendapati SAP mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM70.23 juta. Liabiliti syarikat pula melebihi jumlah aset menyebabkan berlaku defisit aset bersih iaitu sejumlah RM69.73 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 23 dan Carta 10.
95. Analisis Audit seterusnya menilai kemampanan kewangan syarikat bagi melaksanakan aktiviti syarikat berdasarkan perkara berikut:
a) Analisis Untung Rugi Selepas Cukai dan Untung Rugi Terkumpul
SAP mencatatkan kerugian selepas...
Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd.
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT
Selesai :
Pelan Perniagaan
19. Objektif penubuhan 3P sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Syarikat antaranya adalah menjalankan perniagaan meneroka, mengekstrak, melombong, mengeksport, mengimport, memproses, membeli, menjual, dan mengedar tanah merah, pasir laut, pasir sungai, pasir lombong dan pasir silika. 3P juga berperanan menjalankan perniagaan dengan kontraktor bagi pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan, syarikat, persatuan, individu dalam bidang pembinaan, pembaikan, mereka bentuk sungai, pembaikan sungai, jalan, jambatan, terowong dan kawasan tadahan hujan.
20. Seksyen 211 dan seksyen 213 Akta 777 menyatakan fungsi fidusiari Lembaga Pengarah adalah termasuk tugas dan tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal syarikat berdasarkan kemahiran dan kecekapan yang munasabah...
Selesai :
Pencapaian Pelan Perniagaan
26. The Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 amalan 4.1 menggariskan bahawa Lembaga Pengarah bersama pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap tadbir urus kelestarian dalam syarikat, termasuk menetapkan strategi, keutamaan dan sasaran kelestarian syarikat. Lembaga Pengarah disarankan mengambil kira pertimbangan kelestarian semasa melaksanakan tugasnya, termasuk antaranya pembangunan dan pelaksanaan strategi syarikat, pelan perniagaan, pelan tindakan utama serta pengurusan risiko. Pengurusan strategik bagi perkara kelestarian yang material hendaklah dipacu oleh pengurusan kanan.
27. Semakan Audit terhadap minit Mesyuarat Lembaga Pengurusan MB Inc. bagi tempoh tahun 2022 hingga bulan Jun 2025 mendapati pelaksanaan dan pencapaian Pelan Perniagaan Lima...
Selesai :
Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama
32. Jadual Kelima, Bahagian II (Perenggan 2) Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa ulasan perniagaan dalam Laporan Pengarah boleh mengandungi analisis menyeluruh tentang perkembangan dan prestasi syarikat, termasuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Jadual Kelima, Bahagian II (Perenggan 8) pula mendefinisikan KPI sebagai faktor-faktor yang membolehkan perkembangan, prestasi atau kedudukan perniagaan syarikat diukur dengan berkesan.
33. Perenggan 3.2 Green Book Enhancing Board Effectiveness April 2006 menetapkan penyediaan dan penggunaan KPI merupakan amalan tadbir urus korporat yang baik sebagai kaedah bagi Lembaga Pengarah untuk menyelia prestasi syarikat dan menentukan sama ada syarikat telah diurus dengan betul.
34. Semakan Audit...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Kutipan
Selesai :
i. Bayaran Deposit
45. Perenggan 4.1.4 dalam dokumen SOP Pengurusan Pasir (SOP-3P-PSR-00) menetapkan 3P bertanggungjawab melaksanakan kutipan bayaran deposit, royalti, tribute dan lain-lain bayaran daripada pengusaha melalui penyelarasan bersama Unit Kewangan.
46. Setiap pengusaha yang melaksanakan aktiviti pengeluaran bahan batuan di Negeri Perak perlu membayar deposit mengikut kadar yang ditetapkan oleh agensi berkaitan. Deposit yang dikenakan antaranya ialah wang cagaran bagi kerosakan tebing sungai termasuk struktur sedia ada, bayaran selenggaraan jalan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Akaun Amanah Jabatan Kerja Raya (JKR), deposit pasir lombong, deposit pasir sungai, deposit royalti awal dan deposit penggunaan SPSM.
Selesai :
ii. Bayaran Royalti
50. Warta Kerajaan Pindaan 2014 berkaitan peraturan mineral dan kaedah tanah Perak telah menetapkan kadar bayaran royalti bahan batuan dan mineral yang perlu dipatuhi oleh pengusaha. Kadar ini telah dipinda pada tahun 2015 bagi mineral pasir lombong dan silika seperti dalam Jadual 7.
51. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bilangan 1802 bertarikh 7 Januari 2015 telah meluluskan pengurangan kadar royalti bagi Permit K2 dan Permit K3 sebanyak RM1/tan sebagai tambahan kepada kadar bayaran yang ditetapkan untuk Permit 4C (bahan batuan) dan Lesen Pemindahan Bahan Mineral yang dikenakan bagi pemindahan dalam Negeri Perak.
Selesai :
iii. Pemulangan Deposit
55. Perenggan 5.4.6 dalam dokumen SOP Pengurusan Pasir (SOP-3P-PSR-00) berkaitan penutupan tapak operasi menetapkan 3P melalui Unit Perhubungan Perniagaan perlu menyediakan laporan status pemulangan deposit yang disemak dan disokong oleh wakil unit 3PÂ serta Ketua Jabatan 3P sebelum mendapat perakuan KPE MB Inc. atau Pengarah 3P bagi pemulangan deposit kepada pengusaha dalam tempoh 14 hari setelah menerima perakuan.
56. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Jun 2025, permit operasi bagi 42 pengusaha telah tamat tempoh dan telah menamatkan operasi mulai bulan November 2021 hingga September 2024. Semakan Audit selanjutnya mendapati deposit bagi 23 (53.8%) daripada 42 pengusaha tersebut...
Isu : PEMANTAUAN TAPAK OPERASI
Selesai :
i. Pengurusan Penyelarasan Data
57. 3P telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat 594690-T pada 1 Januari 2016 untuk langganan aplikasi SPSM bagi pengurusan sumber mineral secara masa nyata serta penyelesaian bersepadu bagi pengurusan dan pemantauan operasi sumber mineral. Tujuan SPSM dibangunkan adalah untuk menjejak dan mengeluarkan dokumentasi bagi tujuan pengeluaran mineral yang sah dalam negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Mineral (Perak) 2003 dan membuat pengiraan royalti serta fi yang berkaitan dengan aktiviti tersebut. Penyedia perkhidmatan iaitu Syarikat 594690-T adalah pemilik kepada sistem tersebut.
58. Semakan Audit mendapati, mulai tahun 2016, 3P telah menggunakan SPSM bagi memantau...
Selesai :
ii. Ketidakpatuhan Terhadap Syarat Teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran
62. Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai (Pindaan 2020) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah menetapkan keperluan teknikal yang perlu dipatuhi oleh setiap pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pengambilan pasir sungai. Antara keperluan teknikal yang perlu dipatuhi adalah melibatkan lokasi pengambilan pasir, kerja ukur, penentuan isi padu pasir sungai yang boleh dikeluarkan, kaedah pengambilan pasir, aktiviti pengumpulan (stockpile), pembersihan dan penggredan pasir serta perlindungan sungai dan persekitarannya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 9.
63. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2022 hingga Jun 2025, Laporan...
Selesai :
66. Penilaian amalan tatakelola Syarikat Kerajaan yang baik adalah berdasarkan keperluan umum yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan MCCG 2021. Empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang disemak ialah kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah; keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; dan kemampanan dan tanggungjawab korporat.
Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
67. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah; Setiausaha Syarikat; dan SOP. Semakan Audit mendapati kelemahan seperti yang berikut:
a. Pengerusi
Semakan Audit mendapati...
Institut Darul Ridzuan Berhad
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT
Dalam Tindakan :
Pencapaian Prestasi Aktiviti Utama
21. Jadual Kelima, Bahagian II (Perenggan 2) Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa ulasan perniagaan dalam Laporan Pengarah boleh mengandungi analisis menyeluruh tentang perkembangan dan prestasi syarikat, termasuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Jadual Kelima, Bahagian II (Perenggan 8) pula mendefinisikan KPI sebagai faktor-faktor yang membolehkan perkembangan, prestasi atau kedudukan perniagaan syarikat diukur dengan berkesan.
22. Pencapaian prestasi aktiviti utama IDR diukur berdasarkan perancangan aktiviti dalam pelan strategik dan model operasi, pencapaian KPI yang ditetapkan serta analisis hasil dan perbelanjaan aktiviti.
23. Semakan Audit mendapati IDR ada menyediakan KPI bagi tahun 2021, namun aktiviti utamanya tidak dilaksanakan...
Dalam Tindakan :
29. Semakan Audit terhadap KPI Kajian dan Perundingan pada tahun 2022 serta Kajian dan Penerbitan pada tahun 2023 Â mendapati pencapaian adalah kurang daripada 80% daripada sasaran ditetapkan. Perincian penemuan Audit adalah seperti berikut:
Prestasi Aktiviti Kajian dan PerundinganÂ
30. Pada tahun 2022 dan 2023, IDR menyasarkan 56 aktiviti bagi aktiviti Kajian dan Perundingan. Bagaimanapun, IDR hanya melaksanakan 29 (51.8%) aktiviti mengikut tempoh ditetapkan manakala 27 (48.2%) aktiviti tidak dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan. Ini termasuklah aktiviti penerbitan 10 buah buku yang sepatutnya diterbitkan pada tahun 2022 namun hanya dapat disiapkan pada tahun 2023. Butiran terperinci adalah...
Isu : PRESTASI AKTIVITI - PASAK
Dalam Tindakan :
Program Pembelajaran Secara Dalam Talian Tuisyen Cikgu Saarani
38. Program Pembelajaran Secara Dalam Talian di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) dirangka untuk membantu pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
39. PASAK telah mengguna pakai Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 – Surat Setuju Terima, Pesanan Kerajaan Dan Inden Kerajaan Bagi Perolehan Kerajaan yang menetapkan kontrak perjanjian hendaklah ditandatangan dalam tempoh empat bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani.
40. Semakan Audit mendapati PASAK telah melantik Syarikat 1013515-D melalui Perjanjian Perkhidmatan Penyediaan Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian dengan kos sejumlah RM500,000 bagi tempoh 22 Ogos...
Dalam Tindakan :
Pemilihan Peserta TVET Modular Industri Tidak Memenuhi Syarat Pemilihan
53. Carta Alir TVET Modular Industri menyatakan setiap permohonan perlu berdaftar melalui aplikasi Perak Talent. Tapisan kelayakan pemohon adalah berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh PASAK dalam Garis Panduan Peserta Latihan TVET Modular Industri. Pemohon yang layak akan ditemuduga oleh pihak Majikan. Seterusnya setiap peserta perlu melalui proses pemilihan oleh Penyedia Latihan dan senarai peserta yang terpilih perlu disahkan oleh PASAK bagi tujuan mengeluarkan surat tawaran. Setiap peserta yang menyertai program latihan ini akan diberikan elaun pada kadar antara RM300 hingga RM500 secara bulanan.
54. Garis Panduan Peserta Latihan TVET...
Isu : PRESTASI AKTIVITI - PORT
Dalam Tindakan :
Perbelanjaan Tanpa Kelulusan Pejabat Kewangan Negeri
56. Surat Pegawai Kewangan Negeri (PKN) bilangan PKN.PK.5/90 Jilid 2(2) bertarikh 16 Februari 2021 telah meluluskan peruntukan mengurus sejumlah RM35,000 bagi tujuan pembinaan pagar di sekeliling premis PORT.
57. Semakan Audit mendapati sejumlah RM35,000 telah dibelanjakan melalui 13 baucar bayaran. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati hanya sejumlah RM7,000 (20%) peruntukan digunakan untuk pembinaan pagar. Bakinya, sejumlah RM28,000 (80%) melibatkan 12 baucar bayaran telah dibayar untuk tujuan lain seperti pembayaran kebersihan pejabat sejumlah RM8,071 dan sejumlah RM19,929 digunakan untuk menampung kos Program Ipoh International Art Festival (IIAF) 2021. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual...
Dalam Tindakan :
58. Penilaian amalan tatakelola Syarikat Kerajaan yang baik adalah berdasarkan keperluan umum yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan MCCG. Empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang disemak ialah kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah; keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman; integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan dengan pemegang taruh; dan kemampanan dan tanggungjawab korporat.
Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
59. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah (LP); Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; dan Pelan Strategik/KPI/SOP. Semakan Audit mendapati kelemahan seperti yang berikut:
Dalam Tindakan :
Syarikat Subsidiari Dorman
75. Berdasarkan Buku Panduan Borang Nyata Syarikat 2021 Sistem Taksir Sendiri, sesebuah syarikat dianggap sebagai dorman jika tidak mempunyai sebarang transaksi akaun yang signifikan dalam satu tahun kewangan sebelum berlakunya perubahan sebahagian besar dalam pemegangan ekuitinya. Ini bermakna tidak ada daftar masuk dalam akaun syarikat selain daripada perbelanjaan minimum untuk memenuhi keperluan perundangan yang telah ditetapkan seperti fi audit, fi setiausaha syarikat dan fi penyediaan akaun.
76. Semakan Audit mendapati dua syarikat subsidiari IDR iaitu Ideas Research Sdn. Bhd. (IRSB) dan Pangkor Dialogue Sdn. Bhd. (PDSB) berstatus dorman. Kedua-dua syarikat ini ditubuhkan pada 13 Julai 2009...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI
Dalam Tindakan :
32. Semakan Audit dijalankan terhadap empat sampel aktiviti utama bagi menilai sama ada aktiviti telah dilaksanakan secara cekap, berhemat dan berkesan. Semakan Audit terhadap satu aktiviti utama IDR, dua aktiviti PASAK dan satu aktiviti PORT adalah seperti perenggan berikut.
IDR - Aktiviti Penyelidikan dan Penerbitan
33. Perenggan 3 Perlembagaan IDR membenarkan IDR berkolaborasi dengan badan lain dan luar negara bagi mencapai objektif penubuhannya antaranya menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan.
34. Semakan Audit mendapati pada tahun 2021, IDR tidak menerima geran dan sumbangan untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Pada tahun 2022 dan 2023 pula, IDR telah...
Pahang Corporation Sdn. Bhd.
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT - PERancangan strategik - Pencapaian prestasi aktiviti utama
Dalam Tindakan :
20. Objektif penubuhan Pahang Corp sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Syarikat adalah untuk menguruskan aset Kerajaan Negeri Pahang secara komersial dan menerokai peluang pelaburan baharu seterusnya memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri.
21. Pahang Corp mengguna pakai The Guidelines on Conduct of Directors of Listed Corporations and Their Subsidiaries (Guidelines) are issued pursuant to section 158 and subsection 15(1)(q) of the Securities Commission Malaysia Act 1993 (SCMA) berkuat kuasa 30 Julai 2020 yang menyatakan peranan Lembaga Pengarah antaranya seperti berikut:
i. Melaksanakan tugasnya dengan suci hati demi kepentingan syarikat;
ii. Melaksanakan tanggungjawab dengan ketelitian, kemahiran dan usaha yang munasabah;...
Isu : Prestasi Aktiviti - Program Pemutihan Tanah Milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) di Cameron Highlands
Dalam Tindakan :
35. Mesyuarat MMK Pahang Ke-5/2020 bertarikh 29 Januari 2020, telah meluluskan pelaksanaan kaedah Skim Sewaan Tanah Pertanian (SSTP) milik PSK seluas 13,655 ekar (78 blok tanah) di Cameron Highlands. Keseluruhan tanah tersebut telah dipajak kecil kepada Pahang Corp selaku pengurus hartanah. Pahang Corp bertanggungjawab melaksanakan pemutihan tanah dengan kaedah SSTP. Tempoh pajakan kecil antara pihak Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) dan Pahang Corp adalah selama 10 tahun dengan opsyen penyambungan 10 tahun. Perjanjian pajakan antara ketiga-tiga pihak iaitu PSK, PKCH dan Pahang Corp telah dimeterai pada 5 Mei 2020.
36. Pelaksanaan SSTP bertujuan untuk memutihkan tanah milik Kerajaan...
Isu : PRESTASI AKTIVITI - Keluasan Sewaan Tanah Terkumpul dan Kutipan Sewa Tanah Pertanian di Cameron Highlands
Dalam Tindakan :
44. Berdasarkan bajet tahunan syarikat yang diluluskan dalam Mesyuarat ALP bagi tahun 2021 hingga 2024, Pahang Corp hendaklah mencapai sasaran keluasan Sewaan Tanah Terkumpul yang ditetapkan iaitu antara 3,323 ekar hingga 5,000 ekar manakala sasaran jumlah kutipan sewaan tanah pertanian pula ditetapkan antara RM13.14 juta hingga RM23.52 juta. Tiada sasaran ditetapkan bagi bilangan surat tawaran dikeluarkan kepada pekebun.
45. Prestasi keluasan Sewaan Tanah Terkumpul adalah berdasarkan surat tawaran yang telah dikeluarkan kepada pekebun setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat JKPTDCH. Kadar sewaan yang telah ditetapkan ialah RM4,500/ekar (individu) dan RM6,000/ekar (syarikat) dengan sewaan selama tiga tahun dengan opsyen penyambungan...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Kontrak Perjanjian Lewat Ditandatangan
Dalam Tindakan :
56. Sewaan Tanah Pertanian di Cameron Highlands.
Berdasarkan perenggan 3(c)(1) Templat Surat Tawaran Sewaan Tanah bagi Kegunaan (Pertanian) yang ditetapkan dalam SOP LEMD Pahang Corp menyatakan perjanjian antara penyewa dengan Pahang Corp akan ditandatangani dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
57. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2024, hanya 259 (14.9%) daripada 1,739 pekebun yang telah ditawarkan SSTP selesai menandatangani perjanjian sewaan dengan Pahang Corp. Pekebun terlibat merupakan kategori pekebun yang mengusahakan lot tanah secara LPS. Baki 1,480 (85.1%) pekebun belum menandatangani perjanjian telah melebihi tempoh tiga bulan daripada tarikh surat tawaran dan Surat Setuju...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Penyewa Yang Belum Memperolehi Sijil MyGAP
Dalam Tindakan :
60. Berdasarkan SOP LEMD Pahang Corp, penetapan syarat-syarat khas penyewaan dalam surat tawaran, perenggan c(3), penyewa hendaklah mendapatkan pensijilan Malaysian Good Agricultural Practice (MyGAP) dalam tempoh 30 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
61. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2024, 212 (81.9%) daripada 259 pekebun yang telah selesai menandatangani perjanjian, masih belum mempunyai sijil MyGAP dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian. Kelewatan pekebun yang belum mendapatkan sijil MyGAP akan menjejaskan proses pembaharuan perjanjian selepas genap tiga tahun perjanjian berkuat kuasa. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Kontrak Lanjutan Belum Dilaksanakan Bagi Pekebun Yang Telah Mencapai Tempoh Sewaan Tiga Tahun
Dalam Tindakan :
62. Berdasarkan Perjanjian Sewaan antara Pahang Corp dan Penyewa, Fasal 4, perenggan 4.3, dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh sewaan, Penyewa boleh memohon secara bertulis kepada Tuan punya untuk melanjutkan tempoh sewaan selama dua tahun bergantung kepada kemajuan Projek tersebut.
63. Semakan Audit terhadap 150 sampel pekebun melibatkan 130 kategori individu dan 20 kategori syarikat mendapati tiada permohonan lanjut tempoh perjanjian sewaan secara bertulis daripada semua pekebun setelah tempoh perjanjian sewaan tamat mulai 29 Januari 2024. Tiada kelulusan lanjut tempoh sewaan oleh Pahang Corp setakat tarikh pengauditan dijalankan.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Tunggakan Hasil Sewaan Tanah
Dalam Tindakan :
64. Perjanjian Sewaan, Seksyen 7, Jadual Kedua, Bayaran Sewaan Selepas Perjanjian Ditandatangan menyatakan bahawa penyewa hendaklah menjelaskan bayaran sewaan sebelum atau pada tarikh ulang tahun perjanjian pada setiap tahun sehingga perjanjian tersebut tamat.
65. Semakan Audit mendapati tunggakan sewaan tanah Pahang Corp meningkat kepada RM15.42 juta pada tahun 2021 dan RM25.34 juta pada tahun 2022 iaitu masing-masing meningkat sebanyak RM7.17 juta (86.9%) dan RM9.92 juta (64.3%). Peningkatan ini disebabkan oleh jumlah penghutang yang bertambah pada tahun tersebut. Selain itu, permohonan baharu yang diluluskan pada kedua dua tahun tersebut termasuk kelulusan permohonan baharu bagi tahun 2020 yang mengambil kira...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Denda Tidak Dikenakan Terhadap Tunggakan Sewaan
Dalam Tindakan :
67. Berdasarkan Fasal 3: Tafsiran Denda Lewat Bayar dalam Perjanjian Sewaan antara Pahang Corp dan penyewa menyatakan denda akan dikenakan sebanyak 8% dari jumlah sewaan yang tertunggak yang sepatutnya dibayar setiap tahun oleh penyewa. Selain itu, berdasarkan notis peringatan yang dikeluarkan Pahang Corp kepada penyewa menyatakan kegagalan penyewa membuat bayaran sebelum 31 Januari tahun berikutnya boleh menyebabkan tawaran sewaan tanah dibatalkan.
68. Semakan Audit mendapati tunggakan sewaan tanah yang melebihi tempoh satu tahun selepas 31 Januari tahun berikutnya tidak dikenakan denda sebanyak 8% atas tunggakan oleh syarikat bagi tempoh tahun 2020 hingga 2023. Berdasarkan pengiraan pihak Audit, anggaran denda tunggakan sewa...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Tanah Yang Diusaha Oleh Pekebun Tanpa Kebenaran/Tanah yang Diusahakan Untuk Tujuan Komersial - TANAH YANG DIUSAHAKAN TANPA KEBENARAN
Dalam Tindakan :
69. Berdasarkan Minit Mesyuarat ALP Bil. 2 dan 3 Tahun 2021 serta Bil. 1 Tahun 2022 menyatakan bahawa tanah yang diceroboh oleh pekebun haram digantikan dengan pekebun tempatan baharu yang berdaftar dengan Pahang Corp. Tindakan undang-undang dan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap pengusaha lot tanah yang ingkar dan tidak memberi kerjasama.
70. Pihak Audit telah melawat lot tanah pertanian di Mukim Ulu Telom, Mukim Ringlet dan Mukim Tanah Rata Cameron Highlands pada 1 hingga 3 Oktober 2024. Lawatan dilaksanakan bersama-sama pegawai dari Pahang Corp dan juruukur KUP. Pemeriksaan Audit mendapati berlaku pencerobohan ke atas tanah pertanian milik PSK seperti...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Tanah Yang Diusaha Oleh Pekebun Tanpa Kebenaran/Tanah yang Diusahakan Untuk Tujuan Komersial - Tanah Untuk Kegunaan Pertanian Diusahakan Dengan Tujuan Komersial
Dalam Tindakan :
b. Tanah Untuk Kegunaan Pertanian Diusahakan Dengan Tujuan Komersial
i. Enam individu/syarikat telah menerima tawaran sewaan tanah daripada Pahang Corp untuk tujuan pertanian melibatkan lot tanah seluas antara 0.62 ekar hingga 8.24 ekar namun tanah tersebut diusahakan dengan tujuan komersial iaitu tapak meletak kereta, pusat pelancongan dan kedai cenderamata.
ii. Setakat bulan November 2024, jumlah sewa tanah pada kadar pertanian RM4,500/ekar yang telah dibayar oleh individu/syarikat terlibat ialah RM0.12 juta.
iii. Lot tanah pertanian terlibat adalah seperti dalam Jadual 13 dan antara contoh gambar lot tanah yang terlibat seperti dalam Gambar 13 hingga Gambar 15.
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Siasatan Tapak dan Pemantauan Oleh Pahang Corp
Dalam Tindakan :
71. SOP LEMD Pahang Corp berkaitan sewaan tanah disediakan bagi merangka, merancang, mentadbir dan memantau sewaan tanah untuk kegunaan pertanian di Cameron Highlands bagi pembangunan ekonomi Negeri Pahang berdasarkan perancangan yang diluluskan oleh ALP. Berdasarkan SOP Bahagian Operasi, surat tawaran sewaan tanah bagi tujuan pertanian dikeluarkan terus ke atas penama tanah berstatus LPS asal manakala bagi tanah kategori permohonan baru atau kategori permohonan terlebih usaha pula, surat tawaran hanya akan dikeluarkan setelah laporan penuh tanah dan siasat tapak dilaksanakan.
72. Semakan Audit mendapati laporan penuh tanah dan siasatan tapak ada dilaksanakan ke atas tanah bagi kategori permohonan baru...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - KEPIMPINAN DAN KEBERKESANAN LEMBAGA PENGARAH
Dalam Tindakan :
74. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah ialah Pengerusi; Lembaga Pengarah; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif (KPE); Prosedur Operasi Standard (SOP); Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); Jawatankuasa Audit; dan Audit Dalam. Semakan Audit mendapati kelemahan seperti yang berikut:
a. Lembaga Pengarah
MCCG 2021 amalan 5.2 menyatakan sekurang-kurangnya separuh daripada komposisi Lembaga Pengarah adalah pengarah berstatus bebas. Semakan Audit mendapati ALP Pahang Corp terdiri daripada lapan ahli termasuk Pengerusi yang juga dilantik sebagai wakil korporat dalam Pahang Corp. Keanggotaan ALP Pahang Corp terdiri daripada tujuh ALP Pahang Corp berstatus bukan...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko, dan Kawalan Dalaman
Dalam Tindakan :
75. Keberkesanan audit, pengurusan risiko dan kawalan dalaman dinilai melalui elemen amalan tatakelola yang baik iaitu Jawatankuasa Audit dan Risiko; serta Audit Dalam. Semakan Audit mendapati perkara berikut:
a. Audit Dalam
i. MCCG 2021 panduan 11.1 menyatakan peranan utama Audit Dalam adalah untuk menilai pematuhan, pengurusan kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan. Audit Dalam membantu Jawatankuasa Audit (JKA) dalam menilai dan meningkatkan keberkesanan.
ii. Semakan Audit mendapati setakat bulan Disember 2024, Unit Audit dan Pengurusan Risiko (UAPR) Kumpulan masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sejak penubuhannya pada 27 Disember 2021. Perkara ini disebabkan Pahang Corp masih dalam...
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
Isu : Prestasi Pencapaian Projek - Kelewatan Kontraktor Menyiapkan Projek
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Perenggan 5.1, Perjanjian Jual Beli - Tertakluk kepada Fasal 44 Kontrak JKR, Penjual hendaklah, atas tanggungan dan belanja sendiri,dengan cara yang bagus dan baik buatannya, selaras dengan piawaian dan amalan pembinaan yang diiktiraf amnya, mematuhi kehendak-kehendak Kerajaan dan menurut Spesifikasi dan Pelan Bangunan, membina dan menyiapkan Bangunan dan menyerahkan milikan kosong Bangunan kepada Pembeli dalam masa tiga puluh sembilan (39) bulan selepas tarikh Penjual menerima Surat Setuju Terima daripada Kerajaan (selepas ini disebut "Tempoh Penyiapan"). Untuk mengelakkan keraguan, Bangunan yang siap dibina hendaklah dibuktikan dengan Perakuan Siap Kerja yang dikeluarkan oleh Project Director (PD).
b. Semakan...
Isu : Kualiti Kerja Pembinaan Blok B, PPSAS - Kualiti Kerja Pembinaan
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Klausa 47.2 dokumen kontrak, kontraktor hendaklah pada bila-bila masa sepanjang tempoh Defect Liability Period (DLP) membaiki sebarang kecacatan, ketidaksempurnaan atau sebarang kerosakan yang mungkin timbul dan yang disebabkan reka bentuk, bahan,barangan, mutu kerja atau peralatan yang tidak selaras dengan kontrak seperti yang ditentukan oleh Project Director (PD). Tempoh DLP bagi Blok B, PPSAS adalah selama 24 bulan daripada tarikh Certificateof Partial Occupation (CPO) iaitu mulai 16 November 2024 hingga 15 November 2026.
b. Semakan Audit mendapati kecacatan dan pembaikan di Blok B, PPSAS, telah direkodkan oleh JKR Pahang dalam Sistem Pemantauan Daftar Kecacatan dan Kerja-Kerja Pembaikan...
Isu : Kelemahan Pengurusan dan Penyelarasan dalam Pelaksanaan Komponen Wetland
Dalam Tindakan :
a. Wetland ialah kawasan rizab sungai seluas 9.6 ekar dan kolam tadahan seluas 32 ekar yang dibina sebagai sebahagian daripada komponen Civil & Infrastructure Works di tapak projek PPSAS dan dilaksanakan oleh kontraktor projek iaitu Syarikat 1030877-V. Fungsinya secara umum adalah untuk menapis dan merawat air larian hujan (stormwater) daripada kawasan bangunan pentadbiran, jalan dan infrastruktur sekitarnya sebelum dilepaskan ke saliran utama Sungai Pinang, yang terletak di bahagian hilir kawasan pembangunan PPSAS. Ia juga bertindak sebagai kawasan takungan semula jadi bagi mengurangkan beban banjir dan mengekalkan kualiti air melalui pemendapan sedimen dan menjadi elemen landskap ekologi semula jadi dan...
Isu : Kelemahan Perancangan Projek PPSAS Bagi Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan (STP 2) Berpotensi Menyebabkan Pembaziran RM1.70 Juta
Dalam Tindakan :
a. Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], Seksyen 46 yang berkaitan perkara kehendak bagi pemaju untuk membina sistem bekalan air dan sistem pembetungan menyatakan “Pemaju sesuatu pembangunan baru hendaklah membina suatu sistem bekalan air dan suatu sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu dalam pembangunannya mengikut kehendak yang dinyatakan dalam pelan dan spesifikasi yang diluluskan oleh Suruhanjaya mengikut seksyen 45â€. Seksyen 47 pula adalah berkaitan perkara pemaju hendaklah menyerahkan sistem bekalan air atau sistem pembetungan pembangunan baru kepada pemegang lesen perkhidmatan dengan subseksyen (1) hingga subseksyen (7) yang menerangkan secara terperinci perihal perkara tersebut.
b....
Isu : Pemantauan dan Penguatkuasaan Kontrak - Laporan Ketidakpatuhan [Non-conformance Report (NCR)] Yang Belum Diambil Tindakan
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina JKR, semua kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan mengikut lukisan dan spesifikasi yang diluluskan seperti dinyatakan dalam dokumen kontrak. Laporan Ketidakpatuhan (Non-Conformance Report [NCR]) ialah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penguasa seperti JKR atau juru perunding, apabila sesuatu kerja pembinaan tidak mematuhi spesifikasi kontrak; lukisan kejuruteraan; standard JKR; atau prosedur kualiti yang ditetapkan.
b. NCR hendaklah ditutup selepas tindakan pembetulan dilaksanakan dan disahkan oleh jurutera JKR dalam tempoh masa yang munasabah sebelum Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion [CPC]) dikeluarkan.
c. Semakan Audit mendapati sehingga 31...
MELAKA FINANCE HOUSE BERHAD
Isu : PENCAPAIAN OBJEKTIF SYARIKAT
Selesai :
19. Objektif penubuhan MFHB sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Syarikat adalah untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan kredit dan pelaburan/penyewaan hartanah.
20. Semakan Audit mendapati MFHB tidak mewujudkan pengukuran secara khusus bagi menilai pencapaian objektif syarikat. Tiada sasaran ditetapkan bagi menilai pelaksanaan dan pencapaian kedua-dua aktiviti utama. Oleh itu, pihak Audit menilai pencapaian objektif MFHB berdasarkan tiga perkara iaitu bilangan peminjam dan amaun pinjaman bagi aktiviti perkhidmatan kredit serta prestasi penyewaan bagi aktiviti pelaburan/penyewaan hartanah.
Isu : Bayaran Balik Pinjaman
Dalam Tindakan :
31. Perjanjian antara MFHB dan peminjam-peminjam perumahan DHB dirangka berdasarkan Jadual K, Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan Dan Pelesenan) 2003. Fasal 1 (Bayaran Balik Ansuran) menyatakan bayaran balik ansuran dalam perjanjian ini hendaklah genap masa dan kena dibayar tanpa dituntut.
32. Akta 400, Bahagian V, Subseksyen 17(1) pula menyatakan sebarang tunggakan yang belum dibayar boleh dikenakan faedah/denda mengikut kadar lapan peratus (8%) atas tunggakan.
33. Prosedur Kerja Perkhidmatan Kredit dan Pemulihan MFH/ISO/PK-102 bertarikh 7 April 2022 dan MFH/ISO/PKD2-01 bertarikh 1 Oktober 2023, menyatakan bahawa skop tugas Divisyen Perkhidmatan Kredit Komuniti adalah mengurus dan menyelia akaun pelanggan untuk memastikan bahawa akaun pelanggan tiada...
Isu : BAYARAN DEPOSIT TIDAK DIKUTIP
Dalam Tindakan :
37. Garis Panduan Pengurusan Hartanah MFHB (kemas kini 2018), (iii) Prosedur Penyewaan Hartanah menyatakan penyewa perlu menjelaskan dua bulan deposit, melibatkan satu bulan sewaan bulan pertama, deposit utiliti dan deposit renovasi (jika perlu) selepas perjanjian penyewaan disediakan oleh panel peguam dan telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah.
38. Merujuk perjanjian antara MFHB dan penyewa, perenggan 4.1 menyatakan penyewa akan membayar kepada MFHB sewaktu perjanjian ini ditandatangani jumlah seperti keterangan sebagai deposit sekuriti untuk pematuhan dan perlakuan penyewa terhadap terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini. Jumlah bayar deposit tersebut akan dikekalkan nilainya sepanjang tempoh sewaan dan akan dibayar semula...
Dalam Tindakan :
41. Garis Panduan Pengurusan Hartanah MFHB (kemas kini 2018), (iii) Prosedur Penyewaan Hartanah menyatakan sewaan bulanan hendaklah dijelaskan oleh penyewa selama tempoh penyewaan. Jika tiada bayaran dijelaskan, surat peringatan hendaklah dikeluarkan kepada penyewa. Sekiranya tiada bayaran dijelaskan walaupun surat peringatan telah dikeluarkan, MFHB boleh membatalkan sewaan tersebut berdasarkan perjanjian penyewaan.
42. Merujuk perjanjian antara MFHB dan penyewa, perenggan 3.1 menyatakan penyewa akan membayar sewa bulanan kepada MFHB dan mesti dibayar pada atau sebelum tarikh tujuh hari bulan setiap bulan semasa di dalam tempoh sewa tanpa apa-apa kekurangan. Perenggan 3.2 pula menyatakan sekiranya penyewa gagal membuat pembayaran sewaan bulanan dalam tempoh...
Isu : Pemeriksaan Fizikal Terhadap Unit Hartanah Tidak Terjual/Disewakan
Dalam Tindakan :
45. Sebagai sebuah syarikat yang terlibat dengan pelaburan dan penyewaan hartanah, penyenggaraan dan keselamatan hartanah adalah penting bagi memastikan hartanah dalam keadaan baik serta menjamin keselamatan dan keselesaan penyewa. Kesemua hartanah milik MFHB diselia oleh Divisyen Pengurusan Hartanah dan Komersial.
46. Seksyen 246, Akta Syarikat 2016 [Akta 777] menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah memastikan sistem kawalan dalaman syarikat dapat menjamin aset syarikat dilindungi daripada kerugian dan hanya transaksi dibenar dijalankan serta direkod untuk menyediakan penyata kewangan yang benar.
47. Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan Diperbadankan Disember 2014 (MKD Handbook) pula menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah memastikan SOP merangkumi proses, prosedur dan...
Isu : Tunggakan Bayaran RTO
Dalam Tindakan :
52. Perjanjian Jual Beli dengan kaedah sewa beli [Rent To Own (RTO)] antara MFHB dengan salah seorang kakitangan dan anak kepada kakitangan tersebut telah ditandatangani pada 31 Ogos 2021.
53. Perjanjian RTO ini adalah bagi satu unit lot kedai pejabat tiga tingkat yang beralamat di No. PS 12, Pusat Perniagaan Sebang Jaya, Bandar Pulau Sebang, Seksyen 2, Alor Gajah, Melaka. Tempoh perjanjian adalah selama 25 tahun bermula dari 1 Disember 2021 dan berakhir pada 30 November 2046 dengan kadar sewa bulanan berjumlah RM3,088.
54. Semakan Audit mendapati tiada bayaran RTO bulanan berjumlah RM3,088 dibuat kepada MFHB oleh kakitangan berkenaan. Bagaimanapun, terdapat...
Isu : Pengurusan Bil Cukai Taksiran Harta
Dalam Tindakan :
56. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Subseksyen 147(2) menyatakan jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam setiap tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 148. Subseksyen 148(1) pula menyatakan untuk menuntut sesuatu tunggakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan suatu waran tahanan (Borang F) dalam Jadual Pertama Akta ini dan boleh menyita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya.
57. Semakan Audit mendapati MFHB tidak menjelaskan tunggakan bil cukai taksiran...
Isu : Keberkesanan dan Kempimpinan Lembaga Pengarah
Dalam Tindakan :
59. Keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah merangkumi penilaian terhadap elemen tatakelola seperti Lembaga Pengarah; Pengerusi; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; Rancangan Korporat/Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); serta Prosedur Operasi Standard (SOP). Semakan Audit mendapati kelemahan seperti yang berikut:
a) Lembaga Pengarah
i. Piagam Lembaga Pengarah MFHB menggariskan bilangan mesyuarat Lembaga Pengarah pada kekerapan empat kali dalam tempoh satu tahun. Semakan Audit mendapati bilangan mesyuarat Lembaga Pengarah hanya diadakan dua hingga tiga kali setahun, tidak mematuhi kekerapan yang ditetapkan.
ii. Akta Syarikat 2016 [Akta 777], Subseksyen 216(1) menggariskan bahawa Pengarah boleh mewakilkan mana-mana kuasa Lembaga Pengarah kepada jawatankuasa (JK)...
Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan
Isu : Prestasi Projek - Prestasi Pelaksanaan Projek
Dalam Tindakan :
a. PJTMH dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui kutipan caj penggunaan air dan cukai taksiran. Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek Pelaburan Negeri (JKPPPN), sehingga bulan November 2025 sebanyak tujuh PJTMH telah diluluskan dan perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri dengan pihak syarikat.
b. Setakat bulan November 2025, sebanyak empat projek (57.1%) telah siap pembinaan dan tiga projek (42.9%) masih dalam pembinaan seperti dalam Jadual 3.
c. Semakan lanjut Audit terhadap empat projek yang telah siap dibina mendapati tiga projek telah beroperasi, iaitu Projek Janakuasa Tenaga Mini Hidro Sungai Kenerong, Kuala Krai, Projek Janakuasa Tenaga...
Isu : Prestasi Projek - Prestasi Kutipan Caj Penggunaan Air
Dalam Tindakan :
a. Mengikut Perkara 5.11 dan Jadual G, Perjanjian Konsesi Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui Projek Tenaga Mini Hidro Sungai Kenerong, syarikat dikehendaki membayar kepada Kerajaan Negeri caj penggunaan air selama 30 tahun bermula bulan April 2000 hingga Mac 2030. Bayaran caj penggunaan air bagi tahun 2000 hingga 2009 adalah berjumlah RM200,000 setahun, tahun 2010 hingga 2019 berjumlah RM300,000 setahun dan tahun 2020 hingga 2030 berjumlah RM400,000 setahun.
b. Mengikut Perkara 5.9 Perjanjian Konsesi Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui Projek Mini Hidro Sungai Rek, syarikat dikehendaki membayar kepada Kerajaan Negeri caj penggunaan air sejumlah RM84,000 setahun.
c. Mengikut Perkara 5.6 dan Jadual...
Isu : Pengurusan Projek - Pembinaan Bangunan Tanpa Kelulusan Kebenaran Merancang dan
Pelan Bangunan
Dalam Tindakan :
a. Subseksyen 19(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] menetapkan tiada seorang pun, selain Pihak Berkuasa Tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika Kebenaran Merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
b. Subseksyen 22(3) Akta 172 menetapkan selepas memberikan pertimbangan kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh, tertakluk pada subseksyen (4), memberikan Kebenaran Merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk pada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan Kebenaran Merancang.
c. Subseksyen 27(1) Akta 172 menetapkan...
Isu : Pengurusan Projek - Tunggakan Cukai Taksiran
Dalam Tindakan :
a. Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], memberi kuasa rasmi kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengenakan cukai taksiran ke atas semua pegangan (premis, tanah, bangunan) dalam kawasan pentadbiran mereka.
b. Subseksyen 147(2) Akta yang sama menetapkan tindakan jika cukai taksiran tidak dibayar, jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam setiap tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut.
c. Semakan Audit terhadap rekod kutipan cukai taksiran di MDD bagi Projek Janakuasa...
Isu : Pengurusan Projek - Kelemahan Pemantauan
Dalam Tindakan :
a. Berdasarkan Kertas MMK kali ke 9/2019 mengenai cadangan penyelarasan berkaitan pemantauan projek pelaburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri, Mesyuarat JKPPPN hendaklah diadakan secara berkala tiga hingga empat kali setahun bagi memantau semua projek pelaburan yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.
b. Semakan Audit terhadap fail Minit Mesyuarat JKPPPN mendapati JKPPPN bagi tempoh 2022 hingga 2024 hanya bermesyuarat sekali setahun, iaitu pada 13 April 2022, 16 Januari 2023 dan 10 September 2024. Sehingga tarikh semakan Audit pada 23 November 2025, Mesyuarat JKPPPN bagi tahun 2025 masih belum diadakan.
c. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat JKPPPN...
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Kontrak Kerajaan, Perolehan dan Pembekalan - Pengurusan Geran Kerajaan
Dalam Tindakan :
43. Pengurusan Geran Kerajaan. Bagi tahun 2021 hingga 2024, KPKB telah menerima geran Kerajaan berjumlah RM2.36 juta yang disalurkan menerusi perbadanan induk iaitu PKINK. Tujuan pemberian geran tersebut adalah bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pertanian Negeri Kelantan berdasarkan permohonan KPKB setiap tahun yang dikemukakan melalui kertas kerja.
44. Semakan Audit terhadap sampel iaitu aktiviti pembekalan Program Gerakan Pertanian Al-Falah (GEPA) Pondok dan Tahfiz mendapati sejumlah RM0.55 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan program tersebut untuk tempoh 2021 hingga 2023. Tiada peruntukan diterima bagi program tersebut pada tahun 2024.
45. Berdasarkan Kertas Kerja yang...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Sewaan dan Pajakan Hartanah - Tunggakan Sewaan Hartanah
Dalam Tindakan :
49. Tunggakan Sewaan Hartanah. Terma 2(a) perjanjian sewaan bangunan dan terma berkaitan bayaran sewa bulanan dalam surat tawaran sewa antara KPKB dan penyewa menyatakan penyewa perlu menjelaskan bayaran sewaan mengikut tempoh yang ditetapkan. Terma 6.1 perjanjian sewaan tanah pula menyatakan bahawa sekiranya bayaran sewaan tanah tidak dijelaskan dalam masa tujuh hari selepas ianya perlu dibayar, maka pihak KPKB berhak untuk mengambil milik dengan serta merta dan perjanjian sewaan akan ditamatkan tanpa prejudis kepada hak KPKB.
50. Semakan Audit terhadap fail penyewa mendapati tiga penyewa mempunyai tunggakan sewa bagi tempoh antara satu hingga 18 bulan yang berjumlah RM73,297 setakat 31...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Sewaan dan Pajakan Hartanah - Proses Pendaftaran Pajakan Belum Selesai
Dalam Tindakan :
52.Proses Pendaftaran Pajakan Belum Selesai. KPKB menandatangan Perjanjian Pajakan dengan syarikat pemajak pada 8 Disember 2010 bagi melaksanakan projek pertanian menggunakan teknologi infra green house di Tanah Tinggi Lojing bagi tempoh 30 tahun bermula 8 Disember 2010 sehingga 7 Disember 2040. Pada 1 November 2023, perjanjian baharu telah ditandatangani oleh kedua belah pihak bagi menggantikan perjanjian pajakan sedia ada dengan terma baharu selama 66 tahun mulai daripada tarikh perjanjian baharu sehingga 31 Oktober 2089.
53. Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, syarikat pemajak perlu menjelaskan bayaran berjumlah RM1 juta kepada KPKB bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan. Setakat Disember 2024, syarikat pemajak tersebut...
Dalam Tindakan :
57. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan adalah berdasarkan Akta Syarikat 2016 dan MCCG 2021. Empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola yang disemak ialah seperti berikut:
• Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah;
• Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman;
• Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan Dengan Pemegang Taruh; dan
• Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat.
58. Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkaitan dengan Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah ialah Lembaga Pengarah; Pengerusi; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan; dan Pelan Strategik/KPI/SOP. Semakan Audit mendapati kelemahan seperti berikut:
a) Lembaga Pengarah
Semua Ahli Lembaga Pengarah KPKB berstatus bukan...
Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah
Isu : Pengurusan Aktiviti - Pengurusan Kemudahan dan Fasiliti
Dalam Tindakan :
a. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 Pengurusan Aset Kerajaan menetapkan pengurusan aset milik Kerajaan yang teratur adalah penting bagi memastikan aset yang diperoleh digunakan secara optimum oleh semua jabatan Kerajaan. Selain itu, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.1, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan adalah bertujuan untuk menguruskan harta modal dan aset alih bernilai rendah yang meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan penyelenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. Pelaksanaan Pengurusan aset alih di LMM telah menerima pakai pekeliling berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan 2014. Tarikh kuatkuasa penggunaan Pekeliling Perbendaharaan telah diputuskan untuk digunakan oleh LMM melalui Mesyuarat Lembaga Maktab Mahmud Negeri...
Dalam Tindakan :
ii. Kerja Penyenggaraan Tandas, Maktab Padang Terap
Kerja penyenggaraan tandas serta kerja-kerja berkaitan berjumlah RM70,000 melalui peruntukan KPM telah dilaksanakan dan dibayar pada 8 Disember 2024 melalui Arahan Pembayaran 1154/2024. Berdasarkan butiran kerja di senarai kuantiti yang dilaksanakan adalah kerja pemasangan 15 unit frame dan 15 unit pintu tandas jenis besi.
Semakan Audit mendapati kerja pemasangan 15 unit frame dan 15 unit pintu jenis besi yang berjumlah RM10,335 telah dibayar sepenuhnya pada 8 Disember 2024. Bagaimanapun, lawatan Audit bersama wakil LMM pada 21 Julai 2025 dan 3 Disember 2025 mendapati kerja pemasangan hanya melibatkan 15 unit pintu jenis besi tanpa pemasangan...
Dalam Tindakan :
iii. Kerja Membersih Semak, Meratakan Tanah dan Menanam Rumputdi Padang, Maktab Padang Terap
Kerja membersih semak, meratakan tanah dan menanam rumput di padang berjumlah RM49,900 telah dilaksanakan dan telah diperakui siap kerja oleh Penolong Jurutera (JA29) LMM bertarikh 8 Ogos 2024. Bayaran terhadap kerja berkenaan telah dibuat melalui Arahan Pembayaran 799/2024 bertarikh 12 September 2024. Lawatan Audit bersama wakil LMM pada 21 Julai 2025 dan 3 Disember 2025 mendapati kerja membersih semak, meratakan tanah dan penanaman rumput berkeluasan 2,900m2 adalah tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Berdasarkan kiraan Audit, keluasan padang yang telah dibersihkan hanya berkeluasan 2,466 m2 iaitu berbeza daripada...
Dalam Tindakan :
iv. Aset Alih Belum Digunakan dan Disimpan di Tempat Tidak Selamat, Maktab Pokok Sena
Para 5.1 Penyimpanan Aset Alih, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.4 menyatakan aset alih hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset alih. Setiap pegawai aset adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset alih di bawah tanggungjawabnya.
Lawatan Audit yang dijalankan pada 15 Julai 2025 di Aras 1 dan 2, Asrama Putera Maktab Pokok Sena mendapati 20 set katil besi (20 tiang katil dan 20 papan...
Dalam Tindakan :
v. Penyenggaraan dan Pelupusan Aset
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.7 menyatakan pelupusan aset alih Kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan agensi Kerajaan tidak menyimpan aset alih yang tidak boleh digunakan, menjimatkan ruang simpanan, memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada Kerajaan dan memastikan kaedah pelupusan bersifat mesra alam dan lestari. Agensi hendaklah mengenal pasti aset alih yang tidak ekonomi untuk dibaiki, usang, rosak, tidak boleh digunakan, luput tempoh penggunaan dan tidak lagi diperlukan. Agensi perlu mengambil tindakan pelupusan aset berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Komputer Rosak di Makmal Komputer, Maktab Alor Setar
Merujuk kepada Surat No. Rujukan Bil.(08) Dlm.LMM07/24/002...
Isu : Pengurusan Aktiviti - Pengurusan Perolehan - Senarai Kuantiti dan Dokumen Tidak Lengkap
Dalam Tindakan :
Senarai Kuantiti dan Dokumen Tidak Lengkap
a. Merujuk kepada Proses Kerja Bahagian Pembangunan LMM, perolehan aset dan penyenggaraan di LMM adalah dilaksanakan secara sebut harga. BQ merupakan sebahagian daripada dokumen sebut harga dan BQ yang lengkap hendaklah mengandungi spesifikasi kerja, pengukuran, lokasi dan harga. Mengikut garis panduan dan arahan penyaluran peruntukan khas bagi kerja naik taraf dan penyenggaraan kecil Sekolah Agama Bantuan Kerajaan tahun 2024 (Tandas SABK) oleh KPM menghendaki LMM perlu mematuhi semua arahan dan peraturan berkaitan yang berkuat kuasa dan juga perlu menyimpan dan menguruskan semua rekod awam yang terlibat berdasarkan arahan dan peraturan berkaitan pengurusan...
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
Isu : Prestasi Aktiviti - Prestasi Aktiviti Pembangunan Tanah Industri - Pembangunan IZP 4A
Dalam Tindakan :
29. Pembangunan tanah industri IZP 4A dan IZP 5 telah dirancang untuk dilaksanakan mengikut tempoh selaras dengan Pelan Strategik 2021-2025.  Prestasi pembangunan IZP 4A dan      IZP 5 adalah seperti berikut:
30.Pada 1 Disember 2019, Lembaga Pengarah KTPC telah meluluskan perluasan kawasan tambahan IZP 4 iaitu Fasa IZP 4A dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) pada 19 Mei 2021 telah meluluskan permohonan pengambilan tanah bagi pembangunan IZP 4A. Pembangunan IZP 4A dibiayai oleh KTPC melalui pembiayaan sukuk daripada bank tempatan dengan kos berjumlah RM232.43 juta.
31.Pembangunan IZP 4A yang berkeluasan 250.07 ekar...
Isu : Prestasi Aktiviti - Prestasi Aktiviti Pembangunan Tanah Industri - Pembangunan IZP 5
Dalam Tindakan :
37.Pada 25 Oktober 2020, Lembaga Pengarah KTPC telah meluluskan pembangunan tanah industri IZP 5 dan pada 10 Disember 2024 MMK telah meluluskan permohonan pengambilan tanah bagi pembangunan IZP 5, seterusnya diwartakan pada 10 Jun 2021 di bawah Seksyen 8 Akta 486.
38.Peruntukan pembangunan IZP 5 berjumlahRM327.31 juta diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos pengambilan tanah berjumlah RM195 juta secara pinjaman dan pembangunan infrastruktur tanah berjumlah RM132.31 juta secara pemberian geran. Â Pembangunan IZP 5 melibatkan pengambilan lapan lot tanah berkeluasan 445.57 ekar yang dimiliki oleh Syarikat B (tiga lot tanah berkeluasan 12.59 ekar) dan empat individu (lima...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Aktiviti Pajakan Tanah Industri - Tanah Industri yang Telah Dipajak Belum Dibangunkan
Dalam Tindakan :
64. Semakan Audit dijalankan terhadap dua aktiviti utama bagi menilai sama ada aktiviti telah dilaksanakan secara cekap, berhemat dan berkesan. Semakan Audit seperti perenggan berikut.
65.Klausa 5.8 Construction of Building, Perjanjian Pajakan menyatakan syarikat perlu mendapat kelulusan pelan bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh tertentu bermula daripada tarikh perjanjian ditandatangani manakala pembangunan perlu dilaksanakan dalam tempoh tertentu setelah mendapat kelulusan kebenaran merancang. “Notice to Remedy†akan dikeluarkan oleh KTPC sekiranya syarikat tidak mematuhi tempoh yang telah ditetapkan dan seterusnya denda akan dikenakan mengikut kadar yang dinyatakan dalam perjanjian melalui “Notice of Penaltyâ€. Selanjutnya klausa 8.1 (c) berhubung...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pengurusan Aktiviti Sewaan Aset - Penyenggaraan dan Pembaikan Aset Sewaan KTPC
Dalam Tindakan :
68.Berdasarkan perjanjian sewaan, KTPC bertanggungjawab terhadap penyenggaraan dan pembaikan aset sewaan termasuk kemudahan asas bangunan. Bagaimanapun, bagi peralatan guna habis seperti lampu, pili air dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab penyewa. KTPC telah membelanjakan sejumlah RM6.11 juta untuk penyenggaraan dan pembaikan aset sewaan bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024. Kos tersebut adalah termasuk pembaikan bagi kerosakan yang dilaporkan oleh penyewa. KTPC telah membangunkan sistem berasaskan web iaitu eMaintenance pada bulan Ogos 2021 bagi pengurusan aduan kerosakan daripada penyewa.
69.Semakan Audit terhadap laporan sistem eMaintenance mendapati 878 aduan telah diterima daripada penyewa setakat 31 Disember 2024. Sebanyak 80...
Isu : PENGURUSAN AKTIVITI - Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari
Dalam Tindakan :
70.Berdasarkan kepada Perlembagaan Syarikat, KTPC bertanggungjawab untuk menyediakan ekosistem yang mencukupi dan sewajarnya di KHTP. Sebagai usaha berterusan untuk melengkapkan ekosistem, KTPC telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sokongan bagi memastikan syarikat pelabur kekal beroperasi di KHTP. KTPC memiliki lima syarikat subsidiari yang melaksanakan perkhidmatan sokongan di KHTP di mana setiap syarikat subsidiari diberi mandat yang berbeza bagi memenuhi keperluan syarikat pelabur. Sebanyak empat syarikat subsidiari berstatus aktif manakala satu syarikat tidak aktif. Kesemua syarikat tersebut adalah milikan penuh KTPC dengan pegangan saham berjumlah RM55 juta. Butirannya adalah seperti dalam Jadual 14.
71.Pelan Strategik 2021-2025, Teras Strategik 8...
Isu : ASPEK TATAKELOLA - Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah
Dalam Tindakan :
78. Penilaian tatakelola Syarikat Kerajaan adalah berdasarkan empat prinsip utama Amalan Terbaik Tatakelola iaitu  Keberkesanan dan Kepimpinan Lembaga Pengarah;  Keberkesanan Audit, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman; Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan dengan Pemegang Taruh; serta Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat.
79.Elemen amalan terbaik tatakelola yang berkait dengan keberkesanan dan kepimpinan Lembaga Pengarah ialah Lembaga Pengarah; Pengerusi; Setiausaha Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif; Jawatankuasa Berkaitan dan Pelan Strategik/Prosedur Operasi Standard (SOP).
80.Seksyen 210 hingga Seksyen 218 Akta 777 menyatakan berkaitan kuasa umum Lembaga Pengarah untuk mengurus, mengawal urusan syarikat, tanggungjawab fidusiari, nilai dan etika pengarah yang perlu...