Mengenai Sistem AGD
AGD ialah Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara yang disediakan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan Kedua (GTP 2.0) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti-Rasuah bagi menyediakan maklum balas terkini kepada orang awam agar dapat menggalakkan ketelusan dan mempercepatkan penyelesaian isu di peringkat agensi/jabatan.